Khamis, 3 Mei 2012

TAJUK FOKUS SEJARAH KERTAS 2 SPM 2012 (TEMA 12)


TAJUK FOKUS TEMA 12


TAJUK FOKUS TEMA 12

Pengenalan

Tema 12 ialah Bab 9 Tingkatan 5.
Tema 12 dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Tema 12.1 dan Tema 12.2.

Tema 12.1 terdiri daripada tajuk-tajuk berikut :
  • Perang Dunia Pertama dan Kedua
  • Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin
  • Dasar Luar Malaysia

Tema 12.2 pula terdiri daripada tajuk-tajuk berikut :
  • Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa
  • Malaysia Dalam Pertubuhan Serantau
  • Cabaran Masa Depan

Daripada analisis yang dubuat, Tema 12 menawarkan satu soalan dalam peperiksaan Sejarah Kertas 2 SPM sama ada soalan Struktur atau soalan Esei, kecuali SPM 2006 sahaja yang menawarkan dua soalan. Perincian analisis adalah sebagaimana berikut :

TEMA
BAB
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
12.1
9

ESE
ESE





FOKUS
12.2
9
ESE

STR
ESE
STR
ESE
ESE
ESE



Tema 12.2 lebih popular untuk dijadikan item peperiksaan berbanding Tema 12.1. Tema 12.2 lebih diberi fokus untuk diuji kepada calon. Hanya pada tahun 2005 sahaja Tema 12.2 diketepikan.

Sepanjang 8 tahun pelaksanaan Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM, sebanyak 7 kali Tema 12 menawarkan soalan Esei dalam peperiksaan.  Hanya tahun 2006 dan 2008 sahaja Tema 12 menawarkan soalan Struktur. Dari tahun 2009 hingga tahun 2011, Tema 12 menawarkan soalan Esei.

Tahun 2012 .... bagaimana ?

Jangan bimbang ... abezek sudah tau ...
Tumpukan tajuk berikut, InsyaAllah ....


BLOK DUNIA DAN PERANG DINGIN
·         Maksud blok dunia
·         Faktor kemunculan blok dunia
·         Sebab berlakunya perang dingin
·         Perbezaan ideologi kapitalis dengan komunis
·         Cara kuasa besar menyebarkan pengaruh
·         Kesan perang dingin terhadap negara Dunia Ketiga

DASAR LUAR MALAYSIA

·         Faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar
·         Prinsip dasar luar tahap pertama yang bersifat pro-Barat
·         Prinsip dasar luar tahap kedua yang bebas dan berkecuali
·         Prinsip dasar luar tahap ketiga yang mengutamakan kepentingan ekonomi
·         Faedah mengadakan hubungan luar

MALAYSIA DALAM HUBUNGAN SERANTAU (ASEAN)

·         Matlamat penubuhan ASEAN
·         Pengisytiharan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
·         Langkah merealisasikan prinsip ZOPFAN
·         Kerjasama ekonomi dan sosial dalam kalangan negara ASEAN

Cabaran Masa Depan

·         Kepentingan ICT
·         Faktor kerajaan mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC)
·         Definisi k-masyarakat dan k-ekonomi
·         Kepentingan k-ekonomi dan k-masyarakat
  • Langkah mewujudkan k-masyarakat

TAJUK FOKUS SEJARAH KERTAS 2 SPM 2012 (TEMA 10)


MODUL LATIHAN TEMA 11 (BAB 3 – BAB 8 TINGKATAN LIMA)



TAJUK-TAJUK FOKUS TEMA 11

BAB
TAJUK / SUBTAJUK
3


Pembinaan Negara dan Bangsa
  • Konsep dan amalan realpolitik
  • Amalan realpolitik dalam pembinaan negara bangsa Itali dan Jerman
  • Prinsip pembinaan negara Islam Madinah
  • Keunikan pembinaan negara Malaysia
3
Warisan Negeri Melayu
  • Kandungan dan persamaan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu
  • Latar belakang Sistem Jemaah Menteri Kelantan serta bidang tugas jemaah Menteri
  • Prinsip demokrasi yang terdapat dalam pentadbiran Adat Perpatih di Negeri Sembilan
5
Pakatan Murni
  • Maksud dan matlamat pakatan murni
  • Penubuhan JHAK dan matlamat penubuhannya
  • Hasil rundingan antara UMNO dengan JHAK
  • Peranan Dato’ Onn Jaafar ke arah mewujudkan pakatan murni
  • Langkah mewujudkan pakatan murni antara kaum
  • Kejayaan pakatan murni
5
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
  • Keanggotaan dan peranan Suruhanjaya Reid
  • Isu yang diberi keutamaan oleh Suruhanjaya Reid semasa merangka perlembagaan PTM 1957
  • Proses merangka perlembagaan PTM 1957
  • Isi Perjanjian PTM 1957
  • Kepentingan Perjanjian PTM 1957
6
Faktor Pembentukan Malaysia dan Reaksi Terhadapnya
  • Idea pembentukan Malaysia
  • Faktor yang mendorong pembentukan Malaysia
  • Kepentingan pembentukan Malaysia
  • Reaksi Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia
  • Langkah menangani penentangan Indonesia
6
Langkah Pembentukan Malaysia
  • Reaksi rakyat Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia
  • Langkah mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dan Sabah
  • Usaha yang dilaksanakan untuk merealisasikan pembentukan Malaysia
  • Nilai yang boleh diambil daripada pembentukan Malaysia
6
Kuasa Pemerintahan
Badan Perundangan
  • Maksud Badan Perundangan
  • Ciri Dewan Negara dan Dewan Rakyat
  • Proses menggubal dan meluluskan undang-undang di Parlimen
Badan Pelaksana
  • Tanggungjawab jemaah menteri
  • Struktur sesebuah kementerian
  • Ciri badan berkanun
  • Suruhanjaya perkhidmatan dan tugasnya
Badan Kehakiman
  • Bidang kuasa badan kehakiman
  • Hirarki mahkamah di Malaysia
  • Status hakim
  • Peranan Peguam Negara
6
Pilihan Raya
  • Maksud pilihan raya
  • Peranan dan tugas Suruhanjaya Pilihan Raya
  • Maksud pilihan raya umum dan pilihan raya kecil
  • Keadaan yang membolehkan pilihan raya kecil diadakan
  • Proses pilihan raya
  • Syarat menjadi calon dalam pilihan raya
  • Kelayakan menjadi pengundi dalam pilihan raya
6
Perpaduan Kebangsaan
  • Kedudukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Malaysia
  • Langkah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
  • Objektif kerajaan mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
  • Ciri Kebudayaan Kebangsaan
  • Sebab sukan boleh berperanan ke arah mewujudkan perpaduan
6
Wawasan 2020
  • Matlamat Wawasan 2020
  • Teras kemajuan bersepadu
  • Cabaran Wawasan 2020
  • Strategi menghadapi cabaran Wawasan 2020
  • Ciri masyarakat Malaysia pada tahun 2020
  • Tanggungjawab merealisasikan Wawasan 2020

Petunjuk :


Tajuk Pilihan Pertama



Tajuk Pilihan Kedua 

MODUL LATIHAN TAJUK FOKUS SPM 2012 (TEMA 10)


MODUL LATIHAN TEMA 10 (BAB 1 – BAB 2 TINGKATAN LIMA)


TAJUK : PENGENALAN BIROKRASI BARAT DI ASIA TENGGARA

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah ciri pemerintahan tradisional di IndoChina sebelum penjajahan Perancis di negara tersebut.
[2 markah]

(b)               Nyatakan sistem pentadbiran birokrasi Union Indochinoise yang dilaksanakan oleh Perancis semasa menjajah IndoChina.
[2 markah]

(c)                Apakah yang anda faham tentang sistem encomienda ?
[2 markah]

(d)               Berikan dua tugas encomiendero di bawah sistem encomienda.
[2 markah]

(e)                Pada pendapat anda, mengapakah sistem encomienda ditentang oleh masyarakat tempatan Filipina ?
[2 markah]


SOALAN ESEI

(a)               Huraikan ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh penjajah Barat di tanah jajahannya di Asia Tenggara.
[8 markah]

(b)               Nyatakan perubahan pentadbiran yang dilaksanakan oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn di Thailand.
[6 markah]

(c)                Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kesan pelaksanaan sistem birokrasi terhadap pemerintahan di negara Asia Tenggara.
[6 markah]


TAJUK : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah yang dimaksudkan dengan semangat nasionalisme ?
[2 markah]

(b)               Nyatakan dasar penjajah yang menyebabkan munculnya semangat nasionalisme.
[2 markah]

(c)                Nyatakan ciri nasionalisme di Asia Tenggara pada tahap berikut :

(i)   Tahap pertama
[2 markah]

(ii)     Tahap kedua
[2 markah]

(d)               Pada pendapat anda, mengapakah setiap warganegara perlu memiliki semangat cinta akan negara ?
[2 markah]

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah matlamat perjuangan Jose Rizal di Filipina ?
[2 markah]

(b)               Nyatakan langkah yang dilakukan oleh Andres Bonifacio untuk menuntut kemerdekaan Filipina daripada Sepanyol.
[2 markah]

(c)                Nyatakan peranan Raden Adjeng Kartini untuk mengubah nasib rakyat Indonesia.
[2 markah]

(d)               Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tindakan yang dilakukan oleh penjajah Barat untuk menangani gerakan bersifat radikal di Asia Tenggara ?
[2 markah]

(e)                Sebagai generasi selepas merdeka, mengapakah kita harus menghargai perjuangan nasionalis silam ?
[2 markah]



SOALAN ESEI

(a)               Terangkan faktor kemunculan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.
[6 markah]

(b)               Nyatakan ciri perbezaan gerakan nasionalisme antara tahap pertama dengan tahap kedua di Asia Tenggara.
[8 markah]

(c)                Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah kuasa Barat menangani gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara ?
[6 markah]

SOALAN ESEI

(a)               Terangkan perkembangan gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina atau di Indonesia.
[8 markah]

(b)               Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah nasionalisme di Thailand berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara ?
[6 markah]

(c)                Pada pendapat anda, apakah faktor yang menjamin kejayaan sesuatu perjuangan ?
[6 markah]


TAJUK : GERAKAN ISLAH

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah maksud gerakan Islah ?
[2 markah]

(b)               Namakan dua tokoh Kaum Muda di Tanah Melayu.
[2 markah]

(c)                Nyatakan matlamat perjuangan Kaum Muda.
[2 markah]

(d)               Apakah cabaran yang dihadapi oleh Kaum Muda dalam mencapai matlamat perjuangannya ?
[2 markah]

(e)                Sebagai pemimpin Kaum Muda, apakah tindakan yang boleh anda laksanakan untuk menghadapi cabaran di atas ?
[2 markah]


TAJUK : AKHBAR, MAJALAH & NOVEL : PENGGERAK NASIONALISME

SOALAN STRUKTUR

(a)               Berikan dua akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan di negara kita pada tahun 1930-an.
[2 markah]

(b)               Apakah isu yang dibincangkan oleh penulis dalam akhbar tersebut ?

(i)   Isu ekonomi
[2 markah]

(ii)     Isu sosial
[2 markah]

(c)                Nyatakan persoalan berkaitan wanita yang dibincangkan oleh pengarang majalah Bulan Melayu.
[2 markah]

(d)               Pada pendapat anda, mengapakah media cetak menjadi saluran utama untuk  membangkitkan kesedaran masyarakat di negara kita ?
[2 markah]

SOALAN ESEI

(a)               Jelaskan isu politik, ekonomi dan sosial yang dibangkitkan dalam akhbar berbahasa Melayu di negara ini pada tahun 1930-an.
[9 markah]

(b)               Berdasarkan pengetahuan anda, apakah mesej semangat kebangsaan yang disampaikan oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) melalui novel karangan beliau.
[6 markah]

(c)                Pada pendapat anda, mengapakah persoalan berkaitan orang Melayu diberi perhatian meluas oleh media cetak sekitar tahun 1930-an ?
[5 markah]

TAJUK : NASIONALISME PERSATUAN MELAYU

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah matlamat perjuangan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ?
[2 markah]

(b)               Berikan dua peranan Mohamed Eunos Abdullah dalam Kesatuan Melayu Singapura (KMS).
[2 markah]

(c)                Nyatakan kejayaan yang dicapai oleh Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dalam perjuangannya.
[2 markah]

(d)               Nyatakan tujuan penubuhan Persatuan Sabahat Pena Malaya (PASPAM).
[2 markah]

(e)                Sekiranya anda menjadi pemimpin Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM), apakah aktiviti yang akan anda laksanakan untuk mencapai matlamat penubuhan persatuan tersebut ?
[2 markah]
SOALAN STRUKTUR


(a)        Apakah tujuan penubuhan persatuan Melayu di  Negeri Melayu Bersekutu (NMB) ?
[2 markah]

(b)        Nyatakan dua tindakan bersifat politik yang dilakukan oleh Kesatuan
            Melayu Muda (KMM) untuk membantu Jepun menentang British di Tanah Melayu.
[2 markah]

(c)        Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,  me ngapakah hasrat Kesatuan Melayu
            Muda  (KMM)  untuk membentuk Melayu Raya tidak tercapai ?
[2 markah]

(d)               Apakah matlamat persatuan Melayu menganjurkan Kongres Melayu pada tahun 1939 dan 1940 ?
[2 markah]

(e)                Pada pendapat anda, mengapakah Kongres Melayu berjaya meningkatkan kesedaran nasionalisme orang Melayu ?
[2 markah]
 
Sumber Abg Zek kito