Rabu, 24 Oktober 2012


Tajuk Ramalan SPM 2012

Untuk SPM 2012 tajuk yang paling popular ialah daripada Tema akhir di tingkatan 5, tema ini memang wajib keluar dalam SPM pada tiap-tiap tahun. Tajuk yang belum keluar lagi dalam SPM tinggal  beberapa tajuk lagi : Pelajar boleh mengulangkaji tajuk-tajuk seperti

1. Perang Dunia Pertama

2. Blok Dunia
3. Perang Dingin
4. Dasar Luar malaysia

Pelajar boleh melihat contoh-contoh soalan :


Jelaskan faktor-faktor yang membawa berlakunya Perang Dunia Pertama
(1914-1918)****                                                                                                                        
F1        -  Berlaku disebabkan kemunculan nasionalisme di Eropah.
H1a      -  Negara-negara kecil di Eropah bersatu membentuk sebuah negara bangsa lebih besar.
H1b      -  Kuasa-kuasa besar ini berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan.
H1c      -  Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa besar ini sanggup berperang untuk                     
                membuktikan kekuasaan masing-masing.
F2        -  Wujud pakatan negara-negara Eropah.
H2a      -  iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
C2a      -  Pakatan Kuasa Tengah terdiri Jerman, Austria-Hungry dan Italy
C2b      -  Pakatan Bertiga terdiri Britain , Peranchis dan Rusia.
H2b      -  Persaingan antara kedua-dua pakatan i mengancam perimbangan kuasa dunia yang wujud
   pada masa itu.
F3        -  Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.
H3a      -  bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan untuk mendapatkan bahan mentah
H3b      -  dan untuk memasarkan barang keluaran mereka
F4        -  Faktor politik
H4a      -  Archduke Franz Ferdinand  pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya dibunuh oleh
   pengganas Serbia.
H4b      -  Austria yang mendapat sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia.
H4c      -  Serbia pula disokong oleh sekutunya Rusia dan Peranchis
F5        -  Serangan Jerman terhadap Perancis
H5a      -  Jerman yang menyerang Perancis melalui negara berkecuali Belgium menimbulkan                  
                kemarahan Britain.
H5b      -  Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman.
H5c      -  Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan Amerika turut                       
                terlibat dalam perang itu.

Jelaskan kesan Perang Dunia Pertama dari segi ekonomi.            *****

F1        -  Negara-negara yang berperang mengalami inflasi        
F2        -  Menanggung hutang peperangan yang tinggi kerana perbelanjaan perang yang besar
F3        -  Diakhir perang Pakatan Bertiga membelanjakan US$125 bilion
F4        -  Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan US$60 bilion
F5        -  membawa kepada masalah pengangguran
F6        -  Pasaran dunia diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun
F7        -  ia memberi kesan kepada negara Eropah terutama Britain
F8        -  Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan luarnya.  

Mengapakah Liga Bangsa gagal mencapai matlamat penubuhannya?****

F1        Gagal menggalakkan keamanan / kesejahteraan dunia
F2        Tidak berjaya mencapai  kerjasama antarabangsa
F3        Gagal menjamin keselamatan dunia
F4        Kuasa-kuasa besar tidak akur dengan prinsip Liga Bangsa
F5        Pencerobohan Perancis di Ruhr ( Jerman )1923
F6        Pencerobohan Jepun di Manchuria 1931
F7        Pencerobohan Itali di Habsyah (Ethiopia)
F8        Pencerobohan Itali di Perancis  1940
F9        Jepun menarik diri daripada Liga Bangsa 1931
F10       Liga Bangsa sebuah organisasi yang lemah
F11       Tidak disertai Amerika Syarikat dan Soviet Union
F12       Liga Bangsa dibubarkan pada tahun 1945

Jelaskan bagaimana kemelesetan ekonomi dunia tahun 1929 antara faktor berlakunya
Perang Dunia Kedua.

F1        Kemelesetan ekonomi berlaku di Amerika Syarikat
F2        Kemudian merebak ke seluruh dunia
F3        Amerika tidak mampu menyediakan pinjaman untuk Jerman
F4        Jerman tidak mampu membayar hutang perang
F5        Kemelesetan ekonomi menyebabkan negara-negara Eropah mengurangkan peruntukan ketenteraan
F6        Di antaranya ialah negara Britain, Peranchis dan Itali
F7        Jerman cuba mengalih perhatian rakyat daripada masalah ekonomi
F8        Jerman bertindak mengukuhkan ketenteraannya
F9        Jerman menjalankan dasar perluasan kuasa
F10       Jepun juga cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah            ekonomi
F11       Jepun mengukuhkan kuasa ketenteraan
F12       Jepun merangsang aktiviti dasar perluasan kuasa
F13       Jepun menakluki Manchuria 1931
F14       Jerman menduduki Peranchis
F15       Jepun menduduki Indo-China

. Apakah yang dimaksudkan dengan blok dunia ?

F1     Negara yang sehaluan bersatu
F2     Negara yang bertindak bersama-sama untuk kepentingan ahli
F3     Negara ini tampil dalam pelbagai bentuk sama ada berdasarkan aspek politik/ ekonomi/ geografi

Mengapakah terbentuknya blok dunia ?

F1    Perbezaan  ideologi dan fahaman politik
F2    Persaingan antara blok kapitalis (Amerika) dengan blok komunis (Soviet Union)
F3    Kedua-dua blok berusaha membuktikan kekuatan
F4    Ingin menjaga kepentingan masing-masing

Jelaskan ciri-ciri Blok Dunia berikut selepas tamat Perang Dunia Kedua.***
Blok Kapitalis
 
 



F1        Blok kapitalis merupakan negara demokratik
F2        Kerajaannya dipilih melalui pilihan raya
F3        Blok kapitalis memberi peluang perniagaan persendirian
F4        Blok kapitalis juga memberi peluang pemilikan persendirian
F5        Blok kapitalis menganjurkan kebebasan individu sepenuhnya



Blok Komunis
 
 



F1        Blok komunis diperintah oleh diktator
F2        Hanya Parti Komunis sahaja yang diiktiraf
F3        Bagi blok komunis perniagaan dimiliki oleh kerajaan
F4        Kerajaan komunis sahaja menguruskan perniagaan
F5        Blok komunis melindungi / mengawal kebebasan individu

Jelaskan perkembangan perkembangan politik berikut selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.

(i)                     Blok Dunia****

F1        Kebuntuan dalam rundingan penyelesaian Perang Dunia Kedua
H1a      Menimbulkan bibit perpecahan
H1b      Blok dunia merupakan Negara-negara yang sehaluan
H2a      Bertindak secara bersama
H2b      Menjaga kepentingan ahli
H2c      Tampil dalam pelbagai bentuk
H2d      Sama berdasarkan aspek politik/ekonomi /geografi
H2e      Terbentuk semasa Perang Dingin berasaskan geopolitik

(ii)                    Perang Dingin****

F1        Berlaku disebabkan perbezaan ideologi/fahaman politik
H1a      Persaingan kuasa antara berlaku blok kapitalis dengan blok komunis
H1b      Blok kapitalis diketuai oleh Amerika Syarikat
H1c      Blok Komunis diketuai oleh Soviet Union
F2        Tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung
H2a      Bersaing membuktikan kekuatan
H2b      Bersaing untuk menyebarkan pengaruh
H2c      Memajukan kepentingan masing-masing di Eropah/ Asia
H2d      Melalui propaganda/bantuan ekonomi/bantuan ketenteraan
F3        Negara Dunia ketiga mengamalkan sikap berkecuali
H3a      Kedua-dua blok berusaha mempengaruhi pegangan Negara-negara Dunia Ketiga
H3b      Tawaran bantuan pertahanan/ekonomi
H3c      Negara Dunia Ketiga menjadi rebutan dua kuasa besar/ Rebutan Amerika Syarikat/Soviet Union/China
F4        Penubuhan NATO/Pakatan Warsaw/SEATO( South East Asia Treaty Organisation)
H4a      Berlaku perlumbaan senjata
           






Apakah kesan daripada  Perang Dingin?****

F1        Pembentukan blok dunia
F2        Yang terbahagi kepada blok kapitalis dan blok komunis
F3        Penubuhan NATO
F4        Penubuhan pakatan WARSAW
F5        Pembentukan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (South-East Asia Treaty Organization / SEATO
F6        Berlaku perlumbaan senjata
F7        Negara Dunia Ketiga membina identiti sendiri
F8        Negara Dunia Ketiga tidak memihak kepada mana-mana blok

Dasar-Dasar Luar Malaysia

Kepentingan penggubalan dasar luar Malaysia.

F1
Menjamin keselamatan rakyat dan negara
F2
Memelihara kepentingan nasional
F3
Mengekalkan kedaulatan negara
F4
Menggalakkan pembangunan/ kemajuan ekonomi
F5
Menjaga keamanan sejagat
F6
Menjadi warga dunia yang bertanggungjawab
F7
Memupuk kesejahteraan dunia

Bentuk Hubungan Luar
Maksud
Bilateral
Hubungan terus dengan negara tertentu
Multilateral
Hubungan melalui kumpulan atau pertubuhan seperti ASEAN, OIC

Terangkan lima asas penggubalan dasar luar Malaysia sejak mencapai kemerdekaan

F1
·         Faktor Sejarah
H1a
·         Hubungan perdagangan dengan China, Arab, Siam dan Kepulauan Melayu
H1b
·         Hubungan serumpun di Kepulauan Melayu
H1c
·         Contoh Brunei, Singapura, Indonesia dan Malaysia.
H1d
·         Menyertai Komanwel selepas merdeka
H1e
·         Pro-Barat kerana mengamalkan dasar anti komunis
H1f
·         Bergantung kepada Barat untuk mendapatkan bantuan pertahanan
F2
·         Faktor Ekonomi
H2a
·         Mengamalkan pasaran bebas
H2b
·         Hubungan baik dengan Britaian dan Amerika Syarikat kerana pasaran bijih timah dan getah
H2c
·         Mengharapkan pasaran dan modal dari Barat selepas merdeka
H2d
·         Menggalakkan kemasukan pelaburan asing
H2e
·         Meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk
H2f
·         Pelaksanaan Dasar Pandang ke Timur
H2g
·         Berbaik dengan Jepun dan Korea Selatan
H2h
·         Meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia
H2i
·         Mengalakkan kemasukan pelaburan negara Jepun dan Korea
F3
·         Faktor Politik
H3a
·         Mengamalkan amalan demokrasi berparlimen
H3b
·         Berhak menentukan hala tuju masa depan negara berdasarkan prinsip keamanan sejagat
H3c
·         Menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain
H3d
·         Menyokong Palestin untuk mewujudkan keamanan di Asia Barat
H3e
·         Berpegang teguh kepada prinsip piagam PBB
H3f
·         Menyokong resolusi PBB ke arah keamanan dunia

F4

·         Kedudukan Geografi
H4a
·         Berkongsi sempadan dengan Indonesia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand
H4b
·         Perairan menjadi laluan kapal dagang dunia
F5
·         Faktor Demografi
H5a
·         Menjalin hubungan baik dengan negara Islam
H5b
·         Tidak menjalin hubungan degan Israel kerana menceroboh Palestin
H5c
·         Menentang dasar aparteid
H5d
·         Menghargai kebebasan beragama dan budaya hidup rakyat

Perkembangan Dasar Luar Malaysia (spm 2010 )

Tahap Pertama: Tunku Abdul Rahman ( 1957 – 1970 )

·         Dasar pro-Barat yang antikomunis
·         Dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel
·         Ia dilaksanakan disebabkan faktor politik,ekonomi dan sosial.
·         Faktor politik merujuk kepada ancaman komunis.
·         Malaysia mendapatkan bantuan  pertahanan daripada negara-negara Komanwel.
·         Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) 1956.
·         Dasar berbaik dengan negara jiran disebabkan timbul krisis selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia,terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia.
·         Malaysia menandatangani beberapa perjanjian dan menubuhkan ASA 1961 dan
      Maphilindo pada 1962 serta ASEAN pada 1967.
·         Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain.
·         kerana Malaysia anggota blok sterling,mengharapkan permintaan negara Barat
·         terhadap hasil timah dan getah dan pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia.
·         Bagi mengurangkan kebergantungan ini,Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas
·         Mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Jepun.

  Tahap Kedua: Tunku Abdul Razak  (1972 -1976) & Tun Hussein  ( 1976 – 1981 )

·         Mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
·         Perubahan ini  disebabkan kurangnya peranan AMDA dan kurangnya pengaruh British di Timur  
·         Ia juga kerana pergolakan yang berlaku di Vietnam.
·         Mengisytiharkan ZOPFAN
·         Menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China.
·         Menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976.

 Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad ( 1981 – 2003)

·         Dasar tahap ini mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberi penekanan kepentingan ekonomi.
·         Malaysia menjalin hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN,seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
·         Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model pembangunan.
·         Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain menerusi
·         lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri,Dato Seri Dr Mahathir ke negara Afrika,Amerika Selatan Caribbean dan Pasifik Selatan.
·         Melalui siri lawatan ini,Malaysia  menandatangani perjanjian perdagangan dua hala.
·         Malaysia menjalin hubungan dengan negara Dunia Ketiga.
Sumber cikgusejarah

Isnin, 15 Oktober 2012

TERKINI SOALAN KBKK



PROGRAM MAHIR SOALAN KBKK 2010 SEHINGGA 2013
 SOALAN DAN SKEMA


TINGKATAN 4

Bab 1

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan sumbangan tamadun 
Indus kepada perkembangan tamadun manusia

Mengeksploitasi kelebihan yang dimiliki
Mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan seharian
Perancangan bandar / Mohenjo-Daro / Harappa
Sumbangan ilmu geometri/ kesenian / matematik / pembinaan
Perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat
Yang mempunyai rangkaian jalan raya yang lurus
Teknologi pembakaran batu bata
Sikap keterbukaan
Hubungan dengan tamadun lain / Mesopotamia / Mesir Purba
Agama Hindu
Tugasan piktograf
Cap mohor
Ilmu pengetahuan
Arca
(Mana-mana jawapan munasabah)


Berdasarkan pemerhatian anda, adakah bandar tempat tinggal anda 
merupakan bandar yang terancang?
Berikan alasan-alasan anda.
Ya:
Ada jalan raya
Petempatan tersusun, berjajar
Sistem pembentungan
Kewujudun majlis perbandaran
Bangunan tersusun
Aktiviti pembinaan dikawal selia oleh kerajaan
(Mana-mana jawapan munasabah)

Tidak:
Petempatan berselerak
Tiada jalan rayaKemudahan infrastruktur tidak teratur
Ketiadaan badan pengawal selia petempatan
Petempatan sering dilanda bencana
(Mana-mana yang munasabah)

Bab 2

Bab 2
Pahang
Pada pengetahuan sejarah anda,apakah kebaikan sistem pemerintahan 
demokrasi?

F1 Rakyat terlibat dalam memilih/membentuk  kerajaan
F2 Rakyat boleh bersuara/kemukakan pandangan
F3 Pemimpin tidak berkuasa mutlak
F4 Menjamin hak asasi rakyat
F5 Tidak kejam
F6 Kedaulatan di tangan rakyat
F7 Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihan raya
F8 Menjamin kerajaan yang adil/stabil
(Terima mana-mana jawapan munasabah)

Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada perkembangan ekonomi 
dalam tamadun India dan China untuk menjadikan Malaysia sebagai
 sebuah negara maju.       

sentiasa bersikap inovatif
sentiasa berusaha membaiki/ meningkatkan kehidupan
memelihara/ mengekalkan keamanan negara
mempunyai pemerintahan yang kuat/ adil
Pemerintahan yang berwibawa
meneliti/ menghayati perubahan masyarakat lampau
Pengetahuan agama yang baik/ falsafah/ sains dan teknologi
kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku/ pandangan jauh
meningkatkan pemikiran/ kemahiran
meningkatkan ilmu
meneroka bidang baru
Mana-mana jawapan munasabah

Bab 5
Sebagai seorang pemimpin, apakah peranan anda untuk memastikan 
keamanan  dan keharmonian negara terus berkekalan? 
                         
Mengamalkan akhlak yang mulia
Saling bertolak ansur
Menunjukkan teladan yang baik
Mengutamakan kesabaran
Memiliki kebijaksanaan
Mengutamakan perpaduan
Mengadakan perundingan
Mengadakan perjanjian damai
Berbincang secara harmoni / lembut
Menggunakan diplomasi
Menunjukkan sikap persefahaman
Tidak mudah menyerah kalah
Menanam sikap perjuangan
Cekal menempuh rintangan/ halangan
Melantik orang tengah yang berkecuali
Mengamalkan sikap berkecuali
Mematuhi Piagam PBB
Merealisasikan Gagasan ‘Satu Malaysia’
Mana-mana jawapan munasabah


BAB 6

Pada pendapat anda, bagaimanakah Malaysia boleh muncul sebagai pusat
  keilmuan?

Mencapai kualiti pendidikan setanding negara maju
Menganjurkan banyak seminar/konvensyen berkaitan ilmu bertaraf antara bangsa
Memajukan prasarana pendidikan bertaraf dunia
Meningkatkan jumlah pelajar luar negara/antara bangsa menuntut di IPT negara
Melahirkan ramai tokoh pemikir/cendekiawan/intelektual dalam
pelbagai bidang ilmu
Memajukan kegiatan penyelidikan/R&D
Menggalakkan kegiatan penulisan
Menggalakkan kegiatan penterjemahan
(Mana-mana jawapan munasabah)

Pahang
Pada pandangan anda, bagaimanakah Malaysia boleh menjadi pusat 
kecemerlangan ilmu di persada dunia?

F1 Mengambil lebih ramai pelajar luar negara
F2 Melahirkan ramai cendekiawan tempatan
F3 Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)
F4 Menaiktaraf universiti di negara ini
F5 Menyediakan pelbagai kursus yang relevan
F6 Menaiktaraf tenaga pengajar institusi pengajian tinggi
F7 Menggalakkan program pertukaran pelajar
F8 Memajukan program penterjemahan
F9 Memajukan program penulisan karya-karya/buku baru
F10 Menganjurkan program pendidikan antarabangsa



Bab 8

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah fungsi wang?

Kuasa membeli
Lambang status 
Keperluan hidup
Penjagaan kesihatan 
Peluang pendidikan 
Keselesaan hidup
Keharmonian rumahtangga
Memenuhi kehendak
(Mana-mana jawapan munasabah)

Pahang

Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilakukan supaya
 nilai hidup yang dibawa oleh Islam ini terus diamalkan dalam kalangan 
masyarakat di Malaysia?

F1 Melalui kempen
F2 Melalui didikan ibu bapa
F3 Melalui aktiviti sekolah/persatuan
F4 Pihak media massa memperbanyak program berkaitan
F5 Peranan sesebuah keluarga menghidupkan budaya ini
F6 Generasi muda mesti mempunyai jati diri yang kukuh
F7 Generasi muda mesti berbangga/tidak malu mengamalkan
     budaya ini
F8 Peranan pemimpin

(Terima mana-mana jawapan munasabah)

(a)   Berikan empat cadangan anda untuk mengembalikan kegemilangan
       negara kita dalam bidang perdagangan.            

Bersama-sama berganding bahu  memajukan negara

Berusaha gigih demi masa depan negara

Menekankan  kemajuan dari sudut dunia /akhirat

Memajukan ekonomi / pendidikan / politik / sosial

Menjadi modal insan terbilang / memiliki personaliti unggul

Mendapatkan pendidikan berkualiti / berprestasi tinggi 

Mempunyai sikap positif untuk membangunkan bangsa

Berfikiran kritis / kreatif dalam memajukan bangsa

Mencipta inovasi / nilai baru / ciptaan baru

Mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran

Meningkatkan disiplin diri

Sentiasa mengamalkan sahsiah / sikap / akhlak / moral yang baik

Memanfaatkan usaha kerajaan / mengambil peluang / melibatkan diri dalam mengembangkan ilmu pengetahuan          

Melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan minda / keterampilan diri

Menjauhi diri daripada gejala negatif

Mematuhi ajaran agama

Memelihara jati diri

Mengamalkan gaya hidup sihat

Menyemai semangat nasionalisme

Mengekalkan tradisi / budaya bangsa

Mengamalkan kontrak sosial

Mengamalkan perkongsian kuasa / kerjasama politik

Mengekalkan keharmonian kaum  

Setiap kaum berusaha melahirkan identiti masyarakat yang merdeka

Perbezaan warna kulit / agama / bahasa / bangsa diketepikan

Permuafakatan dalam membuat keputusan

Bertoleransi dalam kalangan masyarakat

Mengutamakan keamanan / persefahaman

Mengekalkan perpaduan / Gagasan Satu Malaysia

(Mana-mana jawapan yang munasabah)                                 






Bab 10

Kemasukan imigran Cina dan India telah mewujudkan masyarakat berbilang 
kaum di Malaysia hari ini.
Cadangkan bagaimana perpaduan kaum dapat dipupuk.

Sukatan pelajaran sekolah yang sama
Penubuhan sekolah wawasan
Sekolah satu aliran / aliran kebangsaan
Pengamalan kebudayaan
Amalan budaya dan agama yang berbeza dihormati
Menggalakkan budaya rumah terbuka / perayaan raya bersama
One Malaysia
Sukan untuk semua
Program Latihan Khidmat Negara / PLKN
Amalan gotong-royong dan Rukun Tetangga
Melalui subjek Sejarah / Pendidikan Moral / Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Perkahwinan antara kaum digalakkan
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

Pahang

Pada pengetahuan sejarah anda, apakah kesan dasar kerajaan British
 terhadap orang Melayu?

F1 Terpaksa membayar cukai
F2 Tidak bebas mengusahakan/memiliki tanah
F3 Melayu terdedah dengan ekonomi wang
F4 Melayu terpaksa bergantung dengan orang tengah untuk
     meminjam wang
F5 Terpaksa menjual tanah untuk melangsaikan hutang
F6 Melayu kekal miskin/sebagai petani
F7 Pekebun kecil Melayu terpinggir daripada aliran/kemajuan
     ekonomi
F8 Melayu tidak berpeluang terlibat dengan ekonomi moden
F9 Melayu gagal bersaing dalam ekonomi
F10 Dasar tanah British menyulitkan orang Melayu
(Terima mana-mana jawapan munasabah dan kesan positif)

Sebagai masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia,  bagaimanakah 
 anda   berusaha mengisi kemerdekaan negara?                                        

Bersama-sama berganding bahu  memajukan negara

Berusaha gigih demi masa depan negara

Menekankan  kemajuan dari sudut dunia /akhirat

Memajukan ekonomi / pendidikan / politik / sosial

Menjadi modal insan terbilang / memiliki personaliti unggul

Mendapatkan pendidikan berkualiti / berprestasi tinggi 

Mempunyai sikap positif untuk membangunkan bangsa

Berfikiran kritis / kreatif dalam memajukan bangsa

Mencipta inovasi / nilai baru / ciptaan baru

Mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran

Meningkatkan disiplin diri

Sentiasa mengamalkan sahsiah / sikap / akhlak / moral yang baik

Memanfaatkan usaha kerajaan / mengambil peluang / melibatkan diri dalam mengembangkan ilmu pengetahuan          

Melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan minda / ketrampilan diri

Menjauhi diri daripada gejala negatif

Mematuhi ajaran agama

Memelihara jati diri

Mengamalkan gaya hidup sihat

Menyemai semangat nasionalisme

Mengekalkan tradisi / budaya bangsa

Mengamalkan kontrak sosial

Mengamalkan perkongsian kuasa / kerjasama politik

Mengekalkan keharmonian kaum  

Setiap kaum berusaha melahirkan identiti masyarakat yang merdeka

Perbezaan warna kulit / agama / bahasa / bangsa diketepikan

Permuafakatan dalam membuat keputusan

Bertoleransi dalam kalangan masyarakat

Mengutamakan keamanan / persefahaman

Mengekalkan perpaduan / Gagasan 1 Malaysia

(Mana-mana jawapan yang munasabah)                                 



Tingkatan 5

Bab 1

Anda adalah pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah anda, cadangkan aktiviti yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan beraja di negara kita.

Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar
Menghormati lambang-lambang kebesaran
Menghayati Rukun Negara
Menganjurkan pertandingan bahas/pidato/syarahan/kuiz/melukis berkaitan Yang di Pertuan Agong dan raja
Lawatan ke muzium diraja
Mencari maklumat berkaitan melalui internet
Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja
Menggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu
Meraikan hari keputeraan sultan
Kembara Tengku Mahkota dibukukan
(Mana-mana jawapan munasabah)

Sebagai warganegara, apakah usaha yang perlu anda lakukan bagi menghadapi cabaran yang mendatang bagi mengekalkan Malaysia sebagai negara yang berdaulat?

F1 Cekal/tabah
F2 Tidak berputus asa
F3 Berani
F4 Bijaksana
F5 Berfikiran positif
F6 Berdayasaing
F7 Menguasai pelbagai ilmu
F8 Mempunyai jati diri yang kukuh
F9 Berpegang teguh kepada ajaran agama
F10Sentiasa bersatupadu
F11Semangat patriotic/cinta akan negara
F12Berinovasi/kreatif
(Terima mana-mana jawapan munasabah)





Bab 2
Sebagai seorang pemimpin persatuan di sekolah, bagaimanakah anda menangani setiap cabaran yang dihadapi?

F1 Tidak berputus asa
F2 Berani menghadapi risiko
F3 Cekal/tabah
F4 Berfikiran positif
F5 Rasional
F6 Bijaksana
F7 Berilmu
F8 Bertoleransi
(Terima mana-mana jawapan munasabah)

(a)   Pada pandangan anda, apakah peranan akhbar yang sewajarnya  demi  
       kemajuan dan kemakmuran negara ?
Melahirkan / membangkitkan  semangat kebangsaan
Membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri
Membangkitkan kesedaran agar masyarakat bersatu padu
Memajukan bangsa
Menggalakkan semua golongan memajukan diri
Memajukan pendidikan untuk semua kaum
Menggalakkan masyarakat  maju dalam ekonomi
Mana-mana jawapan munasabah



Bab 4

Sebagai warganegara Malaysia, bagaimanakah anda dapat mengisi kemerdekaan negara kita?

Berusaha sehingga mencapai kejayaan
Bertolak ansur dalam politik
Mewujudkan kerjasama
Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat
Sanggup berkorban demi kebaikan bersama
Menjaga kedaulatan negara
Merealisasikan dasar-dasar kerajaan
Menjaga nama baik negara
Mempromosikan Malaysia di luar negara
Menjayakan konsep 1Malaysia
(Mana-mana jawapan munasabah)

Sebagai warganegara Malaysia, mengapakah kita mesti mengamalkan
 sikap bertoleransi dalam kehidupan seharian?

F1 Menjamin keharmonian hidup
F2 Menjamin kestabilan negara
F3 Mempercepat pembangunan negara
F4 Tidak berlaku pertumpahan darah
F5 Menjaga nama baik/imej negara
F6 Mengeratkan perpaduan
(Terima mana-mana jawapan munasabah)

Sebagai penduduk Tanah  Melayu,  mengapakah kita perlu menentang 
Malayan Union ?            

F1     Masa tidak sesuai         
F2     Kuasa Raja-Raja terhakis.
F3     Raja-Raja kehilangan tahta/kredibiliti
F4     Agama Islam akan tercabar
F5     Zakat dipungut di bawah nama Gabenor
F6     Pemberian kerakyatan yang longgar
F7     Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil
F8     Mengancam status quo orang Melayu.
F9     Ekonomi orang Melayu bertambah mundur
F10   Pendidikan orang Melayu akan bertambah mundur.
F11   Bimbang warisan tamadun akan hilang.
F12   Menghapuskan sejarah yang dibina oleh Kesultanan Melaka

Bab 5
 (a)       Jelaskan iktibar yang boleh dipelajari daripada perjuangan
 tokoh -tokoh     kemerdekaan negara kita.        

Rela berkorban
Menggunakan pendekatan musyawarah/ mesyuarat/ perundingan/ kesepakatan
Mendukung konsep kerjasama antara kaum/ pemimpin
Menggunakan kebijaksanaan 
Permuafakatan dalam membuat keputusan
Bertoleransi dalam kalangan masyarakat
Mengutamakan keamanan
Mengamalkan toleransi/ tolak ansur
Mengamalkan pendekatan diplomasi
Perpaduan kaum diutamakan
Mengutamakan kesejahteraan/ kesentosaan
Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara
(Mana-mana jawapan yang munasabah)                                 
                                                    

Bab 6
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah cabaran semasa
 pembentukan Malaysia berjaya diatasi?

F1 PTM/British berusaha menjelaskan pembentukan Malaysia
F2 Semangat perpaduan dalam kalangan pemimpin
F3 Sikap toleransi dalam kalangan pemimpin
F4 Pemimpin memberikan kerjasama
F5 Pemimpin mempertimbangkan pandangan penduduk yang
     terlibat
F6 Kebijaksanaan pemimpin PTM/TAR tidak menggunakan
     Kekerasan semasa menghadapi tentangan
F7 Menghantar bantahan rasmi mengikut saluran betul/PBB
F8 Mengadakan lawatan untuk menjelaskan keadaan
F9 Menggunakan cara diplomasi
F10Kerjasama daripada rakyat
(Terima mana-mana munasabah)



Pada pendapat anda apakah ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki pemimpin
negara ketika itu dalam usaha  pembentukan Malaysia.
             
Menyekat pengaruh parti berhaluan kiri di Singapura/berhaluan kiri
Membendung / menyekat / menjadi benteng  ancaman komunis
Mempercepat kemerdekaan Singapura/Sarawak/Sabah
Menjana pembangunan sosial/ekonomi/ politik
Memelihara kestabilan poltik di rantau Asia Tenggara
Memastikan kepentingan British terpelihara
Mewujudkan satu pasaran yang luas
Menggalakkan pelaburan
Menggalakkan perkembangan industri pertanian
Memanfaatkan keistimewaan semulajadi/sumber alam di negeri-negeri ini
Mengimbangi jumlah / kadar pertumbuhan kaum
Membina kesepakatan / semangat setiakawan antara negara
Mewujudkan semangat toleransi / kerjasama
Memastikan kedaulatan negara / negeri terjamin
Mengekalkan kesejahteraan / perpaduan antara negeri
(Mana-mana jawapan yang munasabah)                                 


Bab 9

Bagaimanakah generasi muda Malaysia hari ini dapat memanfaatkan 
keamanan negara?

Belajar bersungguh-sungguh hingga ke peringkat tertinggi
Memupuk perpaduan antara kaum
Menjaga keamanan dan keselamatan negara
Hidup bertoleransi dan berganding bahu
Memajukan ekonomi ke peringkat global
Menghasilkan produk untuk pasaran
Memelihara kedaulatan negara
Memelihara demokrasi sedia ada di negara kita
Menghidupkan semangat 1Malaysia
(Mana-mana jawapan munasabah)

Pada pendapat anda, mengapakah hubungan luar penting bagi sesebuah 
Negara?

F1 Meningkatkan eksport/import negara
F2 Menarik pelabur asing
F3 Pertukaran teknologi/kepakaran
F4 Mengekalkan kedaulatan negara
F5 Menjamin kestabilan/keamanan  dunia
F6 Menjalin kerjasama erat dalam semua aspek
F7 Mewujudkan perdagangan dua hala
F8 Menyelesaikan sebarang masalah secara toleransi/rundingan
F9 Menarik lebih ramai pelancong luar
F10Meningkatkan imej negara di mata dunia
(Terima mana-mana jawapan munasabah)


 Pada pandangan anda, mengapakah  negara  kita perlu terus menjalin  
hubungan baik  dengan  negara luar?               
               
Mengekalkan kestabilan politik / negara /serantau/dunia
Meningkatkan kerjasama/kemajuan/ekonomi
Meningkatkan kemajuan sains / teknologi
Memastikan kemajuan negara berterusan
Menarik kemasukan pelabur-pelabur asing
Memajukan bidang perindustrian/peladangan negara
Meluaskan pasaran eksport keluaran negara
Mendapat pertukaran teknologi
Membantu mengekalkan keamanan dunia sejagat
Mengelakkan pergolakan/pergeseran/krisis antara negara-negara
Mengekalkan persefahaman
Meneruskan hubungan diplomatik
Membina semangat setiakawan
Membuka peluang pekerjaan
Membantu meningkatkan prasarana
Menjalin kerjasama dalam bidang perubatan/kesihatan
(Mana-mana jawapan yang munasabah)