Isnin, 5 November 2012

Tajuk Panas Kertas 2 Sejarah 2012

Berikut merupakan tajuk2 panas terkini yang saya peroleh .. sila bandingkan ya .. selamat menjawab!

PILIHAN 1 - STRUKTUR

1. T4B3 - Maritim - Kedah Tua / Pelabuhan entreport / Sbb maritim perlukan agraria
2. T4B4 - Semangat Assabiah
3. T4B7 - Islam di AT - Kerajaan awal / Peranan pedagang / Pusat ilmu / Usaha mubaligh
4. T4B10 - Dwiekonomi - Tradisional / jenis kegiatan / Kesan 
ESEI

5. T4B1 - Tamadun Mesopotamia / Undang2 Hammurabi
6. T4B3 - Sistem pemerintahan beraja / Candi Borobudur
7. T4B5 - Bukti Islam tersebar bukan melalui perang / Perjanjian Hudaibiyah
8. T4B6 - Pertembungan tamadun / Penyebaran Islam ke Eropah
9. T4B10 - Kemasukan Cina & India / Kewangan & Insurans

PILIHAN 2 - STRUKTUR

1. T4B2 - Tamadun Yunani - Pemerintahan / Sumbangan / Demokrasi
2. T4B5 - Penyebaran Islam di Makkah - cara / Sebab penentangan / Kepentingan beragama
3. T4B7 - Pengaruh Islam di AT - Pemerintahan / Pendidikan / Bahasa & sastera / Kesenian
4. T5B1 - Nasinalisme Thai - Sebab2 tahap 1 / Ekonomi kapitalis

ESEI

5. T4B2 - Tamadun India - Ekonomi / Pendidikan
6. T4B7 - Pengaruh Islam di AT - Ekonomi / Gaya hidup / Cara gemilangkan Islam
7. T4B10 - Pembandaran / Kesihatan / Usaha bangunkan negara
8. T5B2 - Akhbar, majalah & Novel - Isu sosial / pendidikan / politik / ekonomi / Tugas pengarang 1930-an / Cara tanamkan semangat kebangsaan
9. T5B3 - Pentadbiran - Kelantan / N9 / Sebab pentadbiran tradisi perlu dikekalkan

Terima kasih!

Ahad, 4 November 2012

DOA-DOA UNTUK CALON SPM 2012


1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
2. Ketika menerima kertas soalan:
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika terlupa jawapan:
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku
sumber ustazsiber

SPM 2012

Doakan Kejayaan Anak-Anak Kita Dalam Peperiksaan: Selamat Menjawab Soalan

Soalan dan Jawapan Struktur 2012 Terkini

Soalan dan jawapan soalan panas terkini


Soalan Panas 2012 sejarah
Soalan Struktur
Soalan 1
a.      Punca perdagangan Yunani
-          Bentuk muka bumi yg menghalan kegiatan pertanian
-          Memberi tumpuan kepada kegiatan perdagangan
-          Kekurangan tanah menyebabkan terpaksa mendapat makanan daripada luar
-          Athens  telah mendapatkan bekalan makanan dari kawasan selatannya dan Laut Hitam
-          Athens juga menjadi pusat pengumpulan barang keperluan yang datang dari Timur. 
b.      Faktor Kepesatan Perdagangan di India
Perdagangan dalaman di wilayah India
Perdagangan dengan Negara luar dengan Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara
Terdapat pelabuhan penting seperti Tamralipti
 Wujud persatuan perdagangan dan perusahaan / Sresthin / Persatuan tukang kayu / tukang logam / tukang kulit
 Persatuan mengawal harga barangan / kualiti barangan / gaji pekerja
Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan
Raja mengawasi pelaksanaan undang-undang
Mata wang emas digunakan sebagai medium jual beli
Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik
Terdapat sektor perusahaan tekstil seperti kain kapas dan sutera , barang kemas seperti emas, batu permata dan  mutiara
Pelbagai jenis cukai dikenakan spt hasil pertanian dan buah-buahan
 Perdagangan maritim dijalankan dengan Alam Melayu, China, Rom dan Sri Lanka
c.       Kemajuan bidang Pertanian di China
F1    Pengenalan alat tenggala
F2    Membuat batas tanaman
F3    Pengenalan kolar kuda untuk menarik tenggala kayu / kereta kuda / kereta sorong beroda
F4    Membuat penyisir tanah
F5    Penciptaan alat kegunaan pertanian/Cangkul/Bajak
F6    Sistem penanaman secara bergilir untuk Kekal kesuburan tanah
F7    Kawasan bukit diteres untuk pertanian
F8    Pembinaan sistem pengairan untuk pertanian
F9    Pembinaan terusan untuk kawalan banjir 
d.      Ciri-ciri pendidikan agama tamadun India
Mementingkan keagamaan
Agama  Hindu sebagai teras
Didominasi  oleh kaum lelaki
Kaum wanita tidak mempunyai ruang menerima pendidikan
Pendidikannya memberi tumpuan pembelajaran kitab-kitab veda
BahasaSanskrit merupakan medium pengajaran penting
Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab-kitab veda
Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha
Pendidikan peringkat awal diberikan di istana dan di rumah
Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahma
Lahir universiti agama Buddha, iaitu Nalanda
e.      Perubahan akibat perkembangan dalam pendidikan
-          Kemajuan kepada Negara
-          Peningkatan tahap intelektual
-          Membentuk Negara maju
-          Peningkatan taraf hidup
-          Peningkatan teknologi
Soalan 2
a.      Ciri-ciri system Feudal di Eropah
F1         Terdiri daripada golongan pemerintah ( raja ) dan golongan yang diperintah ( rakyat )
F2         Raja memiliki tanah secara mutlak
F3         Pentadbirannya dibantu oleh pembesar
F4         Raja mengurniakan tanah kepada pembesar untuk ditadbir
F5         Pembesar mendapat naungan / perlindungan daripada raja
F6         Pembesar memberikan khidmat tenaga dan cukai kepada Raja
F7         Golongan hamba memberi khidmat tenaga kepada golongan pembesar
b.      Faktor politik kucar kacir di zaman gelap
Keadaan politik tidak stabil
Tiada pentadbiran pusat yang berkesan
Adanya golongan baron / tuan tanah yang sangat berkuasa
Keadaan hidup yang tidak selamat
Menyebabkan petani tepaksa mencari perlindungan dari tuan tanah
c.       Keadaan gereja mengongkong masyarakat Eropah
Gereja amat berkuasa
Memiliki hartanah yang banyak
Hanya memberi fokus kepada kegiatan amalan agama
Hanya menekankan pembelajaran ilmu keakhiratan sahaja
d.      Faktor kegiatan perdagangan tidak berkembang
F1         Aktiviti perdagangan diganggu oleh orang gasar seperti Viking dan Magyar
F2         Kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang-orang Islam
F3         Memberi tumpuan kepada kegiatan pertanian
F4         Kegiatan perdagangan terhad kepada perniagaan barangan pertanian
F5         Aktiviti perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem barter
F6         Penggunaan mata wang amat terhad
F7         Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh
e.      Iktibar kemerosotan ekonomi zaman gelap
Pertanian berskla besar
Tumpuan kepada kegiatan perdagangan
Menggunakan matawang
Perlu menguasai teknologi
Keadaan politik perlu stabil
Soalan 3
a.      Contoh akhbar
-          Warta Malaya, Lembaga Malaya, majlis, Utusan Melayu, Warta negara
b.      Persoalan dalam akhbar
-          Memajukan pendidikan Tinggi utk orang Melayu
-          Menggalakkan pendidikan untuk wanita
-          Pendidikan bahasa inggeris
-          Memertabatkan bahasa melayu
-          Menggalakkan syarikat kerjasama
-          Menggalakkan perniagaan
-          Mengkritik dasar british
-          Menyeru orang Melayu supaya bersatu
-           
c.       Mesej dalam Novel
Anak Mat Lela Gila  -Ishak Hj Muhammad
       F1  Semangat menentang penjajah oleh anak muda
      F2  Menghargai warisan bangsa sendiri
      F3  Mencintai tanah air
      F4  Menolak kesenangan demi maruah bangsa
d.     Putera Gunung Tahan – Ishak Hj Muhamamd
  
    F1   Semangat wira pemuda tempatan menentang penjajah
    F2   Mencintai tanah air
    F3   Bangga dengan kebolehan sendiri
    F4   Seorang gadis tempatan menolak cinta pegawai penjajah
    F5  Tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa
Melor Kuala Lumpur – Harun Aminurrashid
F1  Emansipasi atau kebebasan wanita menentukan hala tuju 
F2  Wanita yang mengutamakan pendidikan untuk kebaikan diri
F3  Membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan
e.      Kenapa guna media cetak untuk memberi kesedaran
F1  Kos murah
F2  Ramai pembaca
F3  Tersebar luas
 F4  Sesuai untuk isu semasa
 F5  Menarik
F6  Mudah didapati
 F7  Cetakan lebih kerap
-           
Soalan 4
a.      Faktor Malaysia mengamalkan dasar pro barat
Malaysia mendapatkan bantuan  pertahanan daripada negara-negara Komanwel.
Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) 1956.
Dasar berbaik dengan negara jiran disebabkan timbul krisis selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia,terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia.
Malaysia menandatangani beberapa perjanjian dan menubuhkan ASA 1961 dan  Maphilindo pada 1962 serta ASEAN pada 1967.
Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain.
kerana Malaysia anggota blok sterling,mengharapkan permintaan negara Barat
terhadap hasil timah dan getah dan pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalamekonomi Malaysia.
Bagi mengurangkan kebergantungan ini,Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas
Mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Jepun.
b.      Usaha kerajaan melaksanakan dasar luar Malaysia
Dasar luar Malaysia adalah sentiasa berubah-rubah mengikut peredaran masa dan perkembangan dunia.
·      Pro Barat
·      Anti Komunis
·      Berbaik dengan jiran
·      Hubungan baik dengan komanwel
·      Dasar Berkecuali
·      Berbaik-baik dengan semua negara
·      Hubungan baik dengan negara Komunis
·      Mengekalkan dasar-dasar tahap kedua
·      Memberi penekanan terhadap kepentingan ekonomi
·      Dasar Pandang ke Timur
·      Tingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain untuk memantapkan ekonomi negara.
c.       Usaha mencapai matlamat dasar luar tahap dua
- Mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
 - Mengisytiharkan ZOPFAN
- Menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China.
 - Menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976.
d.      Kenapa dasar luar Malaysia tahap 3  menekankan kepentingan ekonomi
-          Dasar pandang ke Timur telah diperkenalkan dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model pembangunan.
-          Ia bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima paikai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.
e.      Asas pertimbangan kerajaan dalam melaksanakan dasar luar
Menjalin hubungan dengan negara luar sejak Kesultanan Melayu Melaka
Hubungan luar berbentuk hubungan perdagangan seperti China, Arab, Siam dan negeri-negeri di Kepulauan Melayu
Terjalan hubungan dengan negeri-negeri Melayu serumpun seperti Brunei dan Singapura
Malaysia menyertai negara-negara Komanwel
Hubungan diplomatik dengan Britain, Australia dan New Zealand
Malaysia diancam komunis / Parti Komunis Malaya
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
Malaysia berhak tentukan hala tuju dan masa depan sendiri
Malaysia tekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain
Malaysia sokong Palestin mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat
Malaysia berpegang teguh kepada prinsip dan piagam PBB
Soalan Esei
Soalan 5
a.      Maksud Piagam Madinah
Perlembagaan bertulis
Dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. berpandukan wahyu
Menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam madinah
Mencatatkan peraturan dan tanggungjawab ketua negara dan rakyat
Dirangka berasaskan persetujuan orang Islam dan bukan Islam
b.      Isi Kandungan Piagam Madinah
Nabi Muhammad s.a.w. pemimpin di Madinah
Baginda sebagai ketua hakim
Menyelesaikan masalah antara orang Islam dengan bukan Islam
Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh
Masyarakat Madinah wajib mempertahankan Madinah daripada ancaman musuh
Masyarakat Madinah dianggap sebagai ummah
Mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara
Tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing
Bebas mengamalkan adat selagi tidak bertentangan dengan Islam
Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing
Bebas mengamalkan adat selagi tidak bertentangan dengan Islam
Kerjasama antara masyarakat  Madinah dituntut dalam memajukan ekonomi negara
Unsur riba dihapuskan dalam sistem perniagaan
Melarang penindasan
Masyarakat madinah mempunyai peluang ekonomi yang sama rata
c.       Kepentingan Piagam madinah
Kerajaan Madinah menjadi model kerajaan Islam
Menjadi panduan menjalankan pemerintahan berasaskan Islam
Perlembagaan yang dapat diterima pakai oleh semua masyarakat
Merangkumi peraturan berkaitan dengan dunia dan akhirat
Sistem pemerintahan yang meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi
Unsur - unsur Islam dapat dipraktikkan dalam negara berbilang kaum
Islam melarang riba , penipuan , rasuah dan penindasan
Ekonomi Islam dapat dipraktikkan kerana mementingkan keadilan dan ketelusan
Ekonomi Islam di Madinah meningkat
Sifat bertimbang rasa dan bersedekah digalakkan
Masalah ekonomi orang Muhajirin dapat diatasi
Dapat menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik
Setiap kaum terikat dengan undang-undang
Semua bangsa mempunyai hak yang sama
Semua bangsa harus mematuhi peraturan yang ditetapkan
Taraf dan kedudukan rakyat sama
Konsep keadlian sosial dapat dipraktikkan
Amalan dan sifat positif seperti perpaduan, bekerjasama dan rela berkorban dapat dipraktikkan
Soalan 6
a.      Bukti Teori Kedatangan agama Islam
Islam berkembang menerusi aktiviti para pedagang
Bukti catatan Cina Bahawa oarang Arab / Parsi telah mempunyai pusat peraniagaan/petempatan di Canton / Amoy sejak tahun 300 Masehi
Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah , Mesir  ke Cina sejak awal lagi sehingga munculnya Islam di Mekah pada abad ke-7
Asia Tenggara sebagai pelabuhan persinggahan pedagang Arab ke negara China
Pedagang Arab membina perkampungan Islam  bernama Ta Shih di Sumatera Utara.
Persamaan bahan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan sastera Semenanjung Tanah Arab
Orang Arab berkahwin dengan wanita tempatan.
Perkataan Arab yang terdapat dalam tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab
Adat resam dan kebudayaan orang Melayu dipengaruhi budaya Arab
Pengislaman raja di asia Tenggara dilakukan oleh Syeik dari Arab
Penulisan kitab agama menggunakan gaya penulisan Arab         Mana-mana 3 x 1 m
b.      Cara pedagang menyebarkan  islam
Pedagang mempunyai sikap dan tingkah laku yang murni yang menjadi ikutan masyarakat tempatan
Menjadikan perkampungan / pelabuhan persinggahan sebagai menjadi pusat perbincangan agama Islam di kalangan pedagang
Pedagangan menjalankan dakwah
Pedagang membawa bersama ulama untuk menyebarkan Islam
Mempunyai sifat mahmudah / berhemah / lemah lembut menarik lebih ramai penduduk tempatan
Hubungan baik pedagang dengan pemerintah tempatan yang memberi keistimewaan untuk berdakwah.
c.       Pedagang Islam dianugerahkan jawatan syahbandar di beberapa pelabuhan di Asia Tenggara                                                                                      
d.      Faktor islam mudah tersebar
-          Keistimewaan agama Islam itu sendiri telah menarik orang ramai untuk menganut agama Islam.
-          Konsep seperti Tuhan yang Maha Esa atau Tauhid, keadilan, hak individu dan masyarakat, kehidupan yang harmoni, menyanjung akhlak mulia, dan konsep kebahagian di dunia dan akhirat.
-          Islam yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah agama yang menuntut manusia berfikir secara rasional
-          pemikiran ini berjaya diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat di Asia Tenggara
Soalan 7
a.      Langkah mewujudkan pakatan murni
Membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ( CLC)
 CLC dianggotai oleh kaum Melayu ,Cina dan India
CLC adalah titik permulaan kerjasama kaum di tanah melayu
CLC mengutamakan perpaduan antara kaum asas kemerdekaan
CLC mengadakan rundingan dengan UMNO dan beberapa perkara dipersetujui
Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa ( RIDA )
Tujuannya untuk memajukan ekonomi dan pendidikan orang Melayu
Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di PTM
Fakta
Pilihanraya akan diadakan di peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan ( MPP )
Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu oleh Dato; Onn
Gagal kerana orang melayu enggan mengubah struktur UMNO
Meningggalkan UMNO dan tubuh Parti Kemerdekaan Malaya ( IMP )
Dato’ Onn membuka keahlian IMP kepada semua kaum
Menggunakan konsep kerjasama antara kaum
Gagal kerana perpaduan terlalu asing bagi  kaum Cina, India dan kaum lain
Penubuhan Persidangan kebangsaan oleh Sir Malcolm Mac Donald
Tujuannya mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman
Konvensyen Kebangsaan dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin UMNO bersama MCA
Asas pembentukan Parti perikatan kerana disertai oleh pelbagai parti dan persatuan politik
b.      Kejayaan pakatan murni
Kerjasama UMNO-MCA telah memenangi Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada 1952
Menang  9 daripada 12 kerusi
Perikatan UMNO-MCA memenangi 26 daripada 37 kerusi dalam Pilihanraya bandaran bandar utama
Parrti Perikatan memenangi 226 daripada 268 dalam Pilihanraya Negeri 1954
Kemenangan ini menunjukkan pemuafakatan kaum diterima oleh penduduk Tanah Melayu
Kerjasama UMNO –MCA menjadi asas penubuhan Parti Perikatan
 MIC Menganggotai Perikatan pada 1955
Pemimpin Parti Negara , UMNO, MCA dan MIC mengaggotai Jawatankuasa Pilihanraya majlis Mesyuarat Perundangan
Perikatan memenangi  51 daripada 52 kerusi dalam Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan ( MPP) 1955
Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri
Pembentukan kabinet yang terdiri daripada pelbagai kaum
Tunku Abdul Rahman mengetuai rundingan kemerdekaan
c.       Apakah yang mungkin terjadi jika mengabaikan pakatan murni
F1        Perbalahan kaum
F2        negara tidak aman
F3        Pembangunan  terbantut
F4        Negara kita akan terus di jajah
F5        Ekonomi Negara tidak akan berkembang
F6        Memudahkan campurtangan kuasa asing dengan menjajah Negara kita
Soalan 8
a.      Reaksi sabah Sarawak terhadap pembentukan Malaysia
Sarawak
Parti pertama yang menyokong gagasan ini ialah Parti Negara Sarawak (PANAS)
SNAP, BERJASA, PESAKA dan SCA  menentang kerana mahukan kemerdekaan terlebih dahulu
Parti ini kemudiannya menyokong
SUPP terus menentang
PANAS , SNAP , BERJASA , PESAKA dan SCA membentuk parti perikatan
menyokong gagasan ini
Sabah
Sebelum ini tiada parti
melahirkan parti-parti politik seperti UNKO, USNO, parti Kaum Dusun , Parti Pasok Momugun ,Parti Bersatu , Parti Demokratik
Tujuan mengemukakan pandangan dan mendapatkan sokongan
Kemudiannya membentuk parti perikatan Sbah menyokong gagasan ini
menuntut 20 perkara untuk dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia
Inginkan kemerdekaan terlebih dahulu
b.      Usaha mendapat sokongan penduduk Sarawak dan sabah terhadap pembentukan Malaysia
Mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah untuk menjelaskan tentang penubuhan Malaysia
Mengadakan rundingan antara pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai British di Sarawak dan Sabah
Menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum mengumpulkan pandangan tentang pembentukan Malaysia.
Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold yang mengandungi pandangan rakyat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan dalam perlembagaan.
Menubuhkan Suruhanjaya Cobbold untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) untuk memperincikan cadangan-cadangan Suruhanjaya Cobbold.
Jawatankuasa Antara Kerajaan mengunjungi Sarawak dan Sabah untuk menerangkan penubuhan Malaysia.
JAK mengadakan mesyuarat mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah
ke dalam Malaysia dan membincang hak penduduk Sarawak dan Sabah.
Setiausaha PBB menubuhkan perwakilan Malaysia ke PBB untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
c.       Moral dalam kejayaan pembentukan Malaysia
Soalan 9
Langkah –langkah pemerintah Negara memertabatkan bahasa melayu
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada tahun 1956
Pelancaran “Minggu Bahasa”untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu
Pelancaran “Bulan Bahasa” untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu
Slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” dilancarkan pada tahun 1960
Menubuhkan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
seperti Sekolah Alam Shah, Sekolah Sri Puteri dan Kolej Sultan Abdul Halim
Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967 untuk mengukuhkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Pada tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah rendah   Inggeris ditukar kepada
bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat
Penubuhan  Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977 yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar
Mulai tahun 1982, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris
Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah pada tahun 1990
a.      Matlamat kerajaan dalam dasar kebudayaan kebangsaan
Menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia
Memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
Unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
Islam sebagai unsur yang terpenting
b.      Langkah yang boleh dilaksanakan supaya sukan memupuk perpaduan
Penyertaan dalam bidang sukan tanpa mengira ideologi
Dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat
Aktiviti sukan terbuka kepada semua yang berminat tanpa mengira kaum
Sukan dijadikan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSSS) ditubuhkan pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan
Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan dua tahun sekali berperanan mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri
Soalan tambahan
Soalan 10
a.      Sebab tercetusnya perang dunia pertama
Berlaku disebabkan kemunculan nasionalisme di Eropah
Negara-negara kecil di Eropah bersatu membentuk sebuah negara bangsa lebih besar
Kuasa-kuasa besar ini saling berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan
Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa besar ini sanggup berperang untuk membuktikan kekuasaan masing-masing
Wujud pakatan negara-negara Eropah
Pakatan Kuasa Tengah terdiri Jerman, Austria-Hungry dan Itali
Pakatan Bertiga terdiri Britain , Peranchis dan Rusia
Persaingan antara kedua-dua pakatan ini mengancam perimbangan kuasa dunia yang wujud pada masa itu
Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi
Bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan untuk mendapatkan bahan mentah
Bersaing untuk memasarkan barang keluaran mereka
Archduke Franz Ferdinand  pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya dibunuh oleh pengganas Serbia
b.      Peristiwa perang dunia pertama
Austria yang mendapat sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia
Serbia pula disokong oleh sekutunya Rusia dan Peranchis
Serangan Jerman terhadap Peranchis
Jerman yang menyerang Perancis melalui negara berkecuali Belgium menimbulkan kemarahan Britain.
Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman
Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan Amerika turut terlibat dalam perang itu
c.       Kesan Perang dunia pertama
Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
Membawa kepada Persidangan Damai (Jun 1919) memeterai Perjanjian Versailles
Penubuhan Liga Bangsa[1919)
Mengubah peta Eropah
Pembentukan negara baharu di Eropah seperti Poland
Negara-negara yang berperang mengalami inflasi
Menanggung hutang peperangan yang tinggi kerana perbelanjaan perang yang besar
Di akhir perang Pakatan Bertiga membelanjakan US$125 bilion
Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan US$60 bilion
Membawa kepada masalah pengangguran
Pasaran dunia diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun
Keadaan ini telah memberi kesan kepada negara Eropah terutama Britain
Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan luarnya
Kematian yang tinggi iaitu 8.5 juta orang
Kemusnahan harta benda
d.      Usaha untuk mengelakkan peperangan
Mematuhi dan mengamalkan undang-undang
Menghormati dan tidak mencabar hak orang lain
Menanam kesedaran pentingnya keamanan
Mengutamakan keharmonian kaum
Berbaik-baik dengan semua negara
Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar
Mematuhi matlamat Piagam PBB
Berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi
Kerjasama di peringkat antarabangsa
Bersama-sama menentang keganasan
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Terima mana-mana jawapan calon yang munasabah
e.      Asean dalam konsep Zophan
Deklarasi Kuala Lumpur.
Di dalam deklarasi tersebut negara anggota ASEAN telah sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali.
Ia juga dikenali sebagai Zone Of Peace, Free and Neutrality          ( ZOPFAN ).
Tujuan Zopfan
·      Mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara
·      Tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau timur bagi mengelakkan campurtangan kuasa-kuasa besar
Konsep ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh Kempuchea
ASEAN mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik  Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk.
Mesyuarat tersebut telah dijalankan di Kuala Lumpur pada tahun 1982 dan hasilnya Vietnam telah bersetuju dengan cadangan tersebut.
Mesyuarat-Mesyuarat Menteri Luar ASEAN telah bersetuju bahawa Asean adalah  Zon yang bebas daripada Senjata Nuklear.
Rantau ini tidak membenarkan mana-mana kapal menggunkan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.
Pengisytiharkan ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara-negara anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN
Sumber Panas