MODUL LATIHAN TAJUK FOKUS SPM 2012 (TEMA 10)
MODUL LATIHAN TEMA 10 (BAB 1 – BAB 2 TINGKATAN LIMA)
|
TAJUK : PENGENALAN BIROKRASI BARAT DI ASIA TENGGARA
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah ciri pemerintahan tradisional di IndoChina sebelum penjajahan Perancis di negara tersebut.
[2 markah]
(b) Nyatakan sistem pentadbiran birokrasi Union Indochinoise yang dilaksanakan oleh Perancis semasa menjajah IndoChina.
[2 markah]
(c) Apakah yang anda faham tentang sistem encomienda ?
[2 markah]
(d) Berikan dua tugas encomiendero di bawah sistem encomienda.
[2 markah]
(e) Pada pendapat anda, mengapakah sistem encomienda ditentang oleh masyarakat tempatan Filipina ?
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a) Huraikan ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh penjajah Barat di tanah jajahannya di Asia Tenggara.
[8 markah]
(b) Nyatakan perubahan pentadbiran yang dilaksanakan oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn di Thailand.
[6 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kesan pelaksanaan sistem birokrasi terhadap pemerintahan di negara Asia Tenggara.
[6 markah]
TAJUK : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan semangat nasionalisme ?
[2 markah]
(b) Nyatakan dasar penjajah yang menyebabkan munculnya semangat nasionalisme.
[2 markah]
(c) Nyatakan ciri nasionalisme di Asia Tenggara pada tahap berikut :
(i) Tahap pertama
[2 markah]
(ii) Tahap kedua
[2 markah]
(d) Pada pendapat anda, mengapakah setiap warganegara perlu memiliki semangat cinta akan negara ?
[2 markah]
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah matlamat perjuangan Jose Rizal di Filipina ?
[2 markah]
(b) Nyatakan langkah yang dilakukan oleh Andres Bonifacio untuk menuntut kemerdekaan Filipina daripada Sepanyol.
[2 markah]
(c) Nyatakan peranan Raden Adjeng Kartini untuk mengubah nasib rakyat Indonesia.
[2 markah]
(d) Berdasarkan
pengetahuan anda, apakah tindakan yang dilakukan oleh penjajah Barat
untuk menangani gerakan bersifat radikal di Asia Tenggara ?
[2 markah]
(e) Sebagai generasi selepas merdeka, mengapakah kita harus menghargai perjuangan nasionalis silam ?
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a) Terangkan faktor kemunculan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.
[6 markah]
(b) Nyatakan ciri perbezaan gerakan nasionalisme antara tahap pertama dengan tahap kedua di Asia Tenggara.
[8 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah kuasa Barat menangani gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara ?
[6 markah]
SOALAN ESEI
(a) Terangkan perkembangan gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina atau di Indonesia.
[8 markah]
(b) Berdasarkan
pengetahuan anda, mengapakah nasionalisme di Thailand berbeza daripada
yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara ?
[6 markah]
(c) Pada pendapat anda, apakah faktor yang menjamin kejayaan sesuatu perjuangan ?
[6 markah]
TAJUK : GERAKAN ISLAH
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah maksud gerakan Islah ?
[2 markah]
(b) Namakan dua tokoh Kaum Muda di Tanah Melayu.
[2 markah]
(c) Nyatakan matlamat perjuangan Kaum Muda.
[2 markah]
(d) Apakah cabaran yang dihadapi oleh Kaum Muda dalam mencapai matlamat perjuangannya ?
[2 markah]
(e) Sebagai pemimpin Kaum Muda, apakah tindakan yang boleh anda laksanakan untuk menghadapi cabaran di atas ?
[2 markah]
TAJUK : AKHBAR, MAJALAH & NOVEL : PENGGERAK NASIONALISME
SOALAN STRUKTUR
(a) Berikan dua akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan di negara kita pada tahun 1930-an.
[2 markah]
(b) Apakah isu yang dibincangkan oleh penulis dalam akhbar tersebut ?
(i) Isu ekonomi
[2 markah]
(ii) Isu sosial
[2 markah]
(c) Nyatakan persoalan berkaitan wanita yang dibincangkan oleh pengarang majalah Bulan Melayu.
[2 markah]
(d) Pada pendapat anda, mengapakah media cetak menjadi saluran utama untuk membangkitkan kesedaran masyarakat di negara kita ?
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a) Jelaskan isu politik, ekonomi dan sosial yang dibangkitkan dalam akhbar berbahasa Melayu di negara ini pada tahun 1930-an.
[9 markah]
(b) Berdasarkan
pengetahuan anda, apakah mesej semangat kebangsaan yang disampaikan
oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) melalui novel karangan beliau.
[6 markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah persoalan berkaitan orang Melayu diberi perhatian meluas oleh media cetak sekitar tahun 1930-an ?
[5 markah]
TAJUK : NASIONALISME PERSATUAN MELAYU
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah matlamat perjuangan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ?
[2 markah]
(b) Berikan dua peranan Mohamed Eunos Abdullah dalam Kesatuan Melayu Singapura (KMS).
[2 markah]
(c) Nyatakan kejayaan yang dicapai oleh Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dalam perjuangannya.
[2 markah]
(d) Nyatakan tujuan penubuhan Persatuan Sabahat Pena Malaya (PASPAM).
[2 markah]
(e) Sekiranya
anda menjadi pemimpin Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM), apakah
aktiviti yang akan anda laksanakan untuk mencapai matlamat penubuhan
persatuan tersebut ?
[2 markah]
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah tujuan penubuhan persatuan Melayu di Negeri Melayu Bersekutu (NMB) ?
[2 markah]
(b) Nyatakan dua tindakan bersifat politik yang dilakukan oleh Kesatuan
Melayu Muda (KMM) untuk membantu Jepun menentang British di Tanah Melayu.
[2 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, me ngapakah hasrat Kesatuan Melayu
Muda (KMM) untuk membentuk Melayu Raya tidak tercapai ?
[2 markah]
(d) Apakah matlamat persatuan Melayu menganjurkan Kongres Melayu pada tahun 1939 dan 1940 ?
[2 markah]
(e) Pada pendapat anda, mengapakah Kongres Melayu berjaya meningkatkan kesedaran nasionalisme orang Melayu ?
[2 markah]
Sumber Abg Zek kito