Soalan Ramalan
Sejarah Kertas 3 SPM 2014
(MODEL 2)
Aspek
|
Perincian
|
Markah
|
Ruj
|
Pengenalan
|
1 (a) maksud demokrasi berparlimen
|
5
|
ms 5
ms 7
|
(b) Corak pemerintahan negara demokrasi dunia.
|
|||
Isi
dan Huraian
|
2 Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen di Malaysia.
|
10
|
ms 8
|
3 Jentera kerajaan Malaysia dalam melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
|
30
|
ms 20
|
|
4 Amalan pilihan raya dalam sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen di Malaysia.
|
10
|
ms 26
|
|
5 Kebaikan prinsip pengagihan kuasa
antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri dalam amalan sistem
demokrasi berparlimen di Malaysia.
|
10
|
ms 30
|
|
6 (a) Cabaran yang
dihadapi dalam melaksanakan sistem
demokrasi berparlimen di Malaysia.
|
10
|
ms 35
|
|
(b) Cadangan langkah untuk memantapkan sistem tersebut.
|
|||
7 Kejayaan pelaksanaan sistem demokrasi
berparlimen yang menjadikan Malaysia
dihormati di peringkat antarabangsa
|
10
|
ms 33
|
|
8 Iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.
|
10
|
ms 38
|
|
Kesimpulan
|
9 (a) Pengetahuan yang diperolehi daripada tugasan yang anda laksanakan.
(b) Nilai
yang boleh anda ambil untuk diri anda, negara
dan bangsa.
(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia
cemerlang dan terbilang.
|
5
|
ms 39
|
KERTAS SOALAN TAMAT
CORAK
PEMERINTAHAN NEGARA DEMOKRASI DI DUNIA
|
Contoh Soalan :
Corak
pemerintahan negara demokrasi dunia.
[5 markah]
Isi Jawapan :
Negara demokrasi lahir daripada perjuangan
berasaskan kedaulatan rakyat.
Terdapat dua corak pemerintahan
negara demokrasi, iaitu Sistem Raja
Berperlembagaan dan Sistem Republik. Sistem
Raja Berperlembagaan mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi
peringkat negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Sistem
Republik menolak institusi beraja dan diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
[5 markah]
LATAR BELAKANG
DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA
|
Contoh Soalan :
Latar
belakang pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia selepas negara mencapai kemerdekaan.
[5 markah]
Isi Jawapan :
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak tahun 1957. Terdapat dua corak
pemerintahan demokrasi iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan sistem
Republik. Sistem Raja Berperlembagaan ialah sistem yang mengekalkan raja
sebagai pemerintah tertinggi negara. Pemerintah dibantu oleh Perdana
Menteri. Sistem Republik menolak institusi beraja. Kerajaan diketuai
oleh presiden.
Malaysia mengamalkan
sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Rakyat melibatkan
diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang
taat setia rakyat. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat
bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Mereka berhak mengekalkan
atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.
[5 markah]
MAKSUD
DEMOKRASI BERPARLIMEN
|
Contoh Soalan :
Maksud
demokrasi berparlimen
[5 markah]
Isi Jawapan :
Malaysia
mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
dan Raja Berperlembagaan sejak tahun
1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat
melibatkan diri dalam sistem pemerintahan manakala Raja-Raja Melayu
menjadi lambang taat setia rakyat.
Dalam
sistem demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan.
Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong,
mengekalkan atau menukarkan kerajaan melalui pilihan raya.
[5 markah]
CIRI PEMERINTAHAN
DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA
|
Contoh Soalan :
Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen di Malaysia.
[15 markah]
Isi Jawapan :
Ciri
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia ialah mempunyai
perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi
asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan menjadi panduan kepada
kerajaan untuk mentadbir negara. Perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan.
Ciri yang
kedua ialah mempunyai institusi Raja Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan
bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan
Malaysia. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda bertindak
mengikut Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.
Ciri yang
ketiga ialah mempunyai Parlimen.Parlimen ialah badan perundangan yang
menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang
di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Ciri yang
keempat ialah mengamalkan pilihan raya. Pilihan raya ialah proses memilih
wakil rakyat untuk memerintah samada di peringkat negeri atau persekutuan. Pilihan
raya diadakan dalam dua bentuk iaitu pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.
Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
[bersambung ......]
[.....
sambungan]
Ciri yang
kelima ialah mempunyai badan yang menjalankan pemerintahan. Kuasa
pemerintahan dibahagikan kepada badan perundangan, badan pelaksana dan badan
kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan untuk
mengelakkan pembolotan kuasa.
Ciri yang
keenam ialah mempunyai parti-parti politik. Ideologi politik dan sikap
perkauman menjadi asas pembentukan parti politik di negara kita. Parti-parti
ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan menjaga kepentingan kaum
masing-masing.
Ciri yang
ketujuh ialah mengamalkan kebebasan asasi. Setiap warganegara mempunyai hak
asasi dan kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Warganegara
bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik. .
[15 markah]
NILAI-NILAI
DEMOKRASI BERPARLIMEN
|
Contoh Soalan :
Nilai-nilai
demokrasi yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia.
[15 markah]
Isi Jawapan :
Nilai demokrasi yang perlu difahami
oleh warganegara Malaysia ialah menjunjung tinggi perlembagaan negara. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara .
Perlembagaan menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan. Ketertinggian perlembagaan
mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.
Nilai demokrasi kedua yang perlu
difahami oleh warganegara Malaysia ialah taat setia kepada negara. Setiap warganegara dituntut mematuhi perlembagaan dan
undang-undang negara untuk menjamin taat setia kepada negara. Perlembagaan
Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan
dilucutkan kewarganegaraannya. seseorang warganegara boleh dilucutkan
kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini.
Nilai demokrasi ketiga yang perlu
difahami oleh warganegara Malaysia ialah jaminan hak asasi dan kebebasan rakyat
di negara ini. Setiap warganegara mempunyai
kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Rakyat bebas untuk
membentuk kerajaan dengan cara memilih wakil rakyat melalui pilihan raya.
Bagaimanapun rakyat perlu mengetahui had kebebasan mereka di sisi
undang-undang.
[bersambung ......]
[.....
sambungan]
Nilai
demokrasi keempat yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah
menghormati institusi Raja Berperlembagaan. Yang
di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda merupakan simbol keutuhan
dan perpaduan rakyat di negara ini.
Nilai
demokrasi kelima yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah mematuhi
konsep pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
ditetapkan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Pembahagian
kuasa dibuat agar sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang
perbalahan.
Nilai demokrasi keenam yang perlu
difahami oleh warganegara Malaysia ialah mematuhi prinsip pengasingan kuasa
antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan
untuk mengelakkan pembolotan kuasa. Ketiga-tiga badan menjalankan tugas
berasingan. Satu pihak tidak boleh mengambil tugas yang tidak berkaitan
dengannya.
Nilai demokrasi ketujuh yang perlu
difahami oleh warganegara Malaysia ialah mengiktiraf hak istimewa serta
kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberia lesen
perniagaan dan perdagangan. Hak keistimewaan tersebut tidak boleh dipersoalkan.
[15 markah]
KEPENTINGAN
PERLEMBAGAAN
|
Contoh Soalan :
Kepentingan perlembagaan dalam melaksanakan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
[15 markah]
Isi Jawapan :
Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan negara. Perlembagaan menentukan rangka dan bentuk pentadbiran negara.
Perlembagaan membantu melicinkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Perlembagaan menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan dan ketelusan dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran.
Perlembagaan menjadi panduan kepada pemimpin negara dalam menjalankan pemerintahan. Perlembagaan dapat menentukan pemerintahan yang dijalankan oleh pemimpin negara menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.
Perlembagaan menjamin
taat setia rakyat kepada negara. Perlembagaan membentuk semangat
patriotisme rakyat. Seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain atau tidak
setia kepada negara boleh dilucutkan kerakyatannya.
Perlembagaan menjamin hak asasi dan
kebebasan rakyat. Setiap warganegara mempunyai hak dan kebebasan
untuk persatuan, beragama dan memiliki harta. Walau bagaimanapun, warganegara perlu mengetahui had kebebasan mereka
di sisi undang-undang.
[bersambung ......]
[.....
sambungan]
Perlembagaan
menjadi rujukan dalam menggubal undang-undang persekutuan dan negeri. Perlembagaan
Negeri tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan menentukan peranan Yang
di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong Agong berperanan memelihara hak istimewa orang
Melayu dan Bumiputera di Sarawak dan Sabah. Contohnya jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa,
kemudahan pendidikan, serta kemudahan pemberian lesen perniagaan dan
perdagangan.
Perlembagaan menjamin kerjasama
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Bidang kuasa kerajaan
ditetapkan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Pentadbiran
negara dapat diselaraskan tanpa perbalahan.
Perlembagaan menjamin hak istimewa
orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan di Sabah tidak dipersoalkan. Ini
adalah jaminan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan
Sabah menyertai persekutuan Malaysia.
[15 markah]
TUJUAN DAN
KAEDAH PINDAAN PERLEMBAGAAN
|
Contoh Soalan :
Tujuan pindaan perlembagaan dibuat dan
kaedah yang diamalkan dalam membuat
pindaan perlembagaan.
[10 markah]
Isi Jawapan :
Tujuan Pindaan Perlembagaan
Pindaan perlembagaan dibuat bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat. Pindaan perlembagaan juga bertujuan menjaga keselamatan negara. Pindaan perlembagaan dibuat untuk melicinkan urusan pentadbiran. Selain itu, pindaan perlembagaan dibuat supaya sesuai dengan keperluan semasa.
Pindaan perlembagaan dibuat agar dapat menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah. Pindaan perlembagaan dibuat untuk memastikan kandungan perlembagaan dipatuhi oleh dengan rela hati.
Pindaan perlembagaan bertujuan melarang perkara-perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Pindaan perlembagaan dibuat bertujuan memelihara keharmonian rakyat berbilang kaum. Pindaan perlembagaan juga dibuat untuk memansuhkan imuniti bagi Yang Dipertuan Agong daripada kesalahan jenayah.
[5 markah]
Kaedah Pindaan Perlembagaan
Pindaan Perlembagaan Malaysia dapat dilakukan melalui empat kaedah. Kaedah Pertama ialah melalui persetujuan majoroti lebih suara ⅔ Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja. Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah ini ialah tentang tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu, meminda syarat kewarganegaraan, mengenai kedudukan Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertuan Negeri, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah dan perubahan sempadan negeri.
Kaedah Kedua ialah melalui persetujuan majoriti lebih suara ⅔ Dewan Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah ini ialah tentang keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah, kuasa kerajaan negeri menahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah, kuasa perundangan dan pemerintahan, kuasa negeri, agama, bahasa, dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sarawak dan Sabah.
Kaedah Ketiga ialah melalui
persetujuan lebih suara ⅔ Dewan Parlimen. Perkara yang boleh dipinda melalui
kaedah tersebut ialah perkara yang tiada disebut dalam mana-mana tiga kaedah
pindaan.
Kaedah Keempat ialah melalui persetujuan lebih suara Dewan Parlimen. Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah ini ialah pindaan Jadual 2, 6 dan 7 Bahagian III tentang kewarganegaraan, pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara dan persempadanan pilihan raya. Selain itu, pindaan Perkara 74 mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Perkara lain ialah Perkara 76 mengenai perkara dalam Senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan, persetiaan, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan negara lain.
[5 markah]
PERANAN
INSTITUSI RAJA BERPERLEMBAGAAN
|
Contoh Soalan :
Peranan institusi Raja Berperlembagaan
dalam sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen di Malaysia.
[10 markah]
Isi Jawapan :
Peranan institusi Raja Berperlembagaan dalam sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen di Malaysia ialah Raja-Raja Melayu menjadi lambang
taat setia rakyat. Yang
di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda mengetuai Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.
Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu
daripada tiga unsur Parlimen. Baginda
mempunyai kuasa untuk memanggil dan membubarkan Parlimen. Baginda
juga mempunyai kuasa melantik Ahli Dewan Negara.
Baginda
merupakan simbol perpaduan rakyat. Baginda hendaklah bertindak
berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Baginda bertindak atas nasihat
Perdana Menteri. Baginda tidak boleh bertindak sendiri kecuali memerlukan
budi bicara baginda
Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Tertinggi dalam Angkatan Tentera. Baginda boleh mengampunkan dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera.
Yang
di-Pertuan Agong menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Yang
di-Pertuan Agong mempunyai kuasa menitahkan Majlis Raja-Raja bersidang.
[bersambung ......]
[.....
sambungan]
Yang
di-Pertuan Agong adalah Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri,
Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Yang di-Pertuan
Agong mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong mempunyai
kuasa melantik dan memecat Menteri dan Timbalan Menteri atas nasihat
Perdana Menteri.
Yang
di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengisytiharkan undang-undang darurat. Yang
di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Pengerusi dan ahli Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Yang
di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik hakim, Peguam Negara dan Ketua
Audit Negara. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mentauliahkan duta-duta
negara kita.
[10 markah]
BIDANG KUASA
YANG DI-PERTUAN AGONG
|
Contoh Soalan :
Kedudukan dan bidang kuasa Yang
di-Pertuan Agong dalam sistem demokrasi
yang berasaskan Raja Berperlembagaan di Malaysia.
[10 markah]
Isi Jawapan :
Yang
di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda mengetuai Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan
Kehakiman. Yang
di-Pertuan Agong adalah salah satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda mempunyai kuasa untuk memanggil
dan membubarkan Parlimen. Baginda juga mempunyai kuasa melantik
Ahli Dewan Negara.
Baginda
merupakan simbol perpaduan rakyat. Baginda hendaklah bertindak
berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Baginda bertindak atas nasihat
Perdana Menteri. Baginda tidak boleh bertindak sendiri kecuali memerlukan
budi bicara baginda
Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Tertinggi dalam Angkatan Tentera. Baginda boleh mengampunkan dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera. Yang di-Pertuan Agong menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa menitahkan Majlis Raja-Raja bersidang.
Yang
di-Pertuan Agong adalah Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri,
Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Yang di-Pertuan
Agong mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong
mempunyai kuasa melantik dan memecat Menteri dan Timbalan Menteri atas
nasihat Perdana Menteri.
[bersambung ......]
[.....
sambungan]
Yang
di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengisytiharkan undang-undang darurat
jika keselamatan negara terancam.
Yang
di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Pengerusi dan ahli Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) serta melantik Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Yang
di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik hakim, Peguam Negara dan Ketua
Audit Negara. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mentauliahkan duta-duta
negara kita.
[10 markah]
JENTERA
KERAJAAN DEMOKRASI BERPARLIMEN
|
Contoh Soalan :
Jentera kerajaan Malaysia dalam
melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen.
[30 markah]
Isi Jawapan :
(a) Yang di-Pertuan Agong
Salah satu jentera kerajaan Malaysia
dalam melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah Yang
di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dipilih
daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu secara bergilir-gilir. Yang
di-Pertuan Agong mengetuai Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan
Kehakiman.
Bidang
kuasa Yang di-Pertuan Agong ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia. Baginda
mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen.
Yang
di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri.
Baginda juga mempunyai kuasa melantik dan memecat Jemaah Menteri setelah
mendapat nasihat Perdana Menteri.
Yang
di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat jika
mendapati keselamatan negara terancam.
Yang
di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Pengerusi Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR), Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Baginda
mempunyai kuasa melantik Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan Ketua Audit
Negara. Baginda berkuasa mentauliahkan duta-duta negara kita.
[bersambung ......]
[.....
sambungan]
(b) Badan Perundangan
Jentera kerajaan yang berikutnya ialah Badan
Perundangan atau Parlimen. Parlimen
bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri
daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Keahlian
Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada
individu yang cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau
bidang tertentu yang lain. Tempoh menjadi Ahli Dewan Negara ialah selama tiga
tahun. Keahlian Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya.
Tempoh menjadi ahli Dewan Rakyat ialah selama lima tahun.
(c) Badan
Pelaksana
Jentera kerajaan yang seterusnya
ialah Badan Pelaksana. Badan Pelaksana merujuk kepada Jemaah Menteri atau Kabinet . Kabinet merupakan
pembuat dasar tertinggi negara. Jemaah Menteri juga melaksanakan
dasar-dasar kerajaan.
Kabinet diketuai
oleh Perdana Menteri. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri
dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha
Politik.
Perkhidmatan
awam diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab
mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Semua kakitangan awam
bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jabatan
kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang digelar Ketua Pengarah.
Sesebuah kementerian mempunyai jabatan di peringkat pusat, negeri dan
daerah.
Terdapat juga
badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. mempunyai kuasa
autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan
sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah.
[bersambung .....]
[.....sambungan]
Beberapa suruhanjaya
ditubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan
pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam. Antaranya termasuklah
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya
Perkhidmatan Undang-Undang, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan
Tentera.
(d) Badan Kehakiman
Jentera kerajaan yang lainnya pula
ialah Badan Kehakiman. Badan Kehakiman mempunyai
kuasa menentukan perkara sivil dan jenayah. Badan kehakiman boleh menentukan
kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan
pelaksana. Badan kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan
Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
Sistem mahkamah
diwujudkan untuk melaksanakan tugas kehakiman di Malaysia. Mahkamah mempunyai
kuasa mentafsir perlembagaan dan mengisytihar undang-undang bertulis
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri . Mahkamah juga mempunyai kuasa mengisytiharkan
sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak
boleh meminda undang-undang.
Mahkamah
terbahagi kepada dua hirarki iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah. Mahkamah
Atasan terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sarawak
dan Sabah, Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Rendah
terdiri daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.
Semua hakim
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Seorang
hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang
munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Penasihat
undang-undang ialah Peguam Negara.
Peguam Negara menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan.
[30 markah]
PENGASINGAN
KUASA PEMERINTAHAN BADAN
PERUNDANGAN, BADAN PELAKSANA DAN BADAN KEHAKIMAN
|
Contoh Soalan :
Pembahagian kuasa pemerintahan antara
Badan Perundangan, Badan Pelaksana
dan Badan Kehakiman dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
[30 markah]
Isi Jawapan :
Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia
mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan dibahagikan
kepada badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga
badan ini dipegang oleh pihak berasingan untuk mengelakkan pembolotan
kuasa.
(a) Badan perundangan
Badan
perundangan merujuk kepada Parlimen. Parlimen bertanggungjawab menggubal
undang-undang. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan
Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan
Negara adalah dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Ahli Dewan Negara digelar senator. Keahlian
Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri
daripada individu yang cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang
profesional atau bidang tertentu yang lain. Tempoh keahlian Dewan Negara ialah
selama tiga tahun.
Dewan
Rakyat adalah dewan terpenting. Tugas Dewan Rakyat adalah menggubal dan
meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat dipilih
oleh rakyat dalam pilihan raya. Ahli Dewan Rakyat mewakili semua kawasan
pilihan raya di seluruh negara. Tempoh keahlian Dewan Rakyat ialah selama lima
tahun.
[bersambung ......]
[.....
sambungan]
(b) Badan Pelaksana
Badan
pelaksana merujuk kepada Jemaah Menteri atau Kabinet. Kabinet merupakan pembuat
dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri juga melaksanakan dasar-dasar
kerajaan. Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri.
Setiap kementerian
bertanggungjawab menggubal dasar, merancang serta menyelaras program
pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Kementerian diketuai oleh
seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
dan Setiausaha Politik.
Perkhidmatan awam
Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSU). Ketua Setiausaha
Negara bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan
kerajaan. Pentadbiran di peringkat kementerian diketuai Ketua Setiausaha
Kementerian. Beliau dibantu oleh pegawai perkhidmatan awam.
Sesebuah
kementerian mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah. Jabatan
kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua
Pengarah.
Terdapat juga
badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan berkanun mempunyai kuasa autonomi
tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan
ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah.
Beberapa suruhanjaya
ditubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan
pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam. Antaranya termasuklah
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya
Perkhidmatan Undang-Undang, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan
Tentera.
[bersambung ......]
[.....
sambungan]
(c) Badan Kehakiman
Badan
Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan
jenayah. Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang
dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Badan kehakiman juga
berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
Selain
daripada mentafsir perlembagaan negara, Badan Kehakiman juga mempunyai kuasa mentafsir
dan mengisytihar undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri. Mahkamah mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan
tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak mempunyai kuasa meminda
undang-undang.
Mahkamah di
Malaysia terbahagi kepada dua hirarki iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah
Rendah. Mahkamah Atasan terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan
Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan. Mahkamah
Rendah terdiri daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.
Hakim dilantik
oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Seorang hakim tidak
boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim
tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik.
Penasihat undang-undang
ialah Peguam Negara. Peguam Negara menjadi Pendakwa Raya atau Peguam
Bela bagi kerajaan.
[30 markah]
AMALAN PILIHAN
RAYA DI MALAYSIA
|
Contoh Soalan :
Amalan pilihan raya dalam sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
[15 markah]
Isi Jawapan :
Pilihan
raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Setiap
warganegara harus melibatkan diri dalam menentukan kerajaan.
Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat
samada di peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan dilakukan secara
sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur
Pilihanraya di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu
pilihanraya umum dan pilihanraya kecil. Pilihanraya umum ialah pilihan
raya yang diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri secara
serentak di seluruh Malaysia.
Pilihanraya kecil diadakan untuk memilih wakil
rakyat apabila berlaku kekosongan mana-mana kerusi Parlimen atau DUN
akibat kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil
diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi
Sabah dan Sarawak.
Pilihan
raya melibatkan tiga pihak iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), calon
dan pengundi. Suruhanjaya Pilihan
raya(SPR) ditubuhkan untuk menjalankan pilihan raya. Anggota
SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Fungsi utama SPR ialah menentukan
sempadan pilihanraya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan
pilihanraya.
[bersambung ......]
[.....
sambungan]
Pihak yang kedua ialah calon
yang bertanding. Warganegara bebas menjadi calon dan bertanding dalam
pilihan raya. Syarat menjadi calon ialah seseorang itu mestilah warganegara Malaysia,
berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, tidak muflis, tidak
memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan kesalahan
oleh mahkamah. Sebelum proses pengundian dijalankan, calon yang bertanding
dibenarkan berkempen. Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima
belas hari sahaja.
Pihak yang ketiga ialah pengundi.
Seseorang pengundi layak mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai
Daftar Pemilih. Seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau
tidak bermastautin di Malaysia dan tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya
boleh mengundi dalam pilihan raya.Pengundi boleh mengundi melalui pos
jika individu tersebut adalah anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar
negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara.
[15 markah]
PENGAGIHAN
KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN & KERAJAAN NEGERI
|
Contoh Soalan :
Prinsip pengagihan kuasa antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
[10 markah]
Isi Jawapan :
Persekutuan ialah penyatuan beberapa
buah negeri. Persekutuan mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta
beberapa buah Kerajaan Negeri. Kerajaan-kerajaan tersebut menjalankan tugas
mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
Kerajaan Persekutuan ialah
kerajaan yang mempunyai kuasa dalam hal pentadbiran negara sebagaimana yang
diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Badan Pelaksana bagi Kerajaan
Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Jemaah Menteri
menjalankan kuasa bagi pihak Yang Dipertuan Agong. Jemaah Menteri diketuai oleh
Perdana Menteri.
Kerajaan Negeri ialah
kerajaan yang mempunyai kuasa dalam hal pentadbiran negeri mengikut
Perlembagaan Negeri. Badan Pelaksana Negeri terletak pada Sultan atau
Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan menjalankan pentadbiran
bagi pihak Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan / Majlis
Tertinggi / Kabinet diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri.
Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan
mengikut Senarai Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia ialah Hal Ehwal
Luar Negeri / Pertahanan, Keselamatan
Dalam Negeri, Kerakyatan Negara, Kewangan, Pelajaran dan Kesihatan
[bersambung ......]
[.....
sambungan]
Bidang kuasa Kerajaan Negeri
mengikut Senarai Negeri dalam Perlembagaan Malaysia ialah Undang-undang
Islam, Tanah, Pertanian dan Perhutanan, Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri, Cuti-cuti
Negeri dan Undang-undang Negeri.
Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri mengikut Senarai Bersama dalam Perlembagaan Malaysia
ialah Kebajikan Sosial, Biasiswa, Taman
Negara, Perancangan Bandar dan Wilayah, Penjagaan Haiwan, Kesihatan dan Kebersihan Awam, Parit dan Tali
air, Hiburan Awam dan Perhubungan
Pembahagian kuasa bertujuan memelihara
hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Sifat ini
dapat membentuk kerajaan persekutuan yang stabil dan membantu mengurangkan
perbalahan etnik.
[10 markah]
KEBAIKAN
PENGAGIHAN KUASA
|
Contoh Soalan :
Kebaikan pengagihan kuasa antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
[10 markah]
Isi Jawapan :
Pengagihan kuasa antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri ialah dapat menentukan bidang kuasa
kedua-dua kerajaan. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah
dinyatakan dalam Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Pengagihan
kuasa dapat menggelakkan pertindihan kuasa. Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri dapat memenuhi tanggungjawabnya terhadap rakyat mengikut
bidang kuasanya.
Pengagihan kuasa dapat mewujudkan
keadaan politik yang lebih stabil. Konsep tersebut memelihara
hubungan baik antara kedua-dua kerajaan. Perpaduan antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri menjadi lebih erat.
Pengagihan kuasa telah mewujudkan pentadbiran
yang seragam.Pengagihan kuasa berdasarkan Senarai Persekutuan, Senarai
Negeri dan Senarai Bersama dapat memastikan pentadbiran menjadi lebih cekap.
Pembahagian kuasa menyebabkan pembangunan
yang seimbang antara negeri dalam persekutuan.Program pembangunan berjalan
lancar. Perkara itu terjadi kerana wujudnya penyelarasan pentadbiran
antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Pengagihan kuasa telah mengiktiraf
hak autonomi Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri diberi bidang kuasa khusus
mengikut Senarai Negeri.
[10 markah]
KEPENTINGAN
SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN
|
Contoh Soalan :
Kepentingan sistem demokrasi berparlimen
terhadap pembinaan negara dan bangsa
Malaysia.
[10 markah]
Isi Jawapan :
Sistem demokrasi berparlimen memberi peluang kepada
rakyat membentuk kerajaan. . Rakyat berpeluang Sistem demokrasi
berparlimen memberi peluang kepada rakyat memilih perwakilan mereka
melalui pilihan raya. Rakyat mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang
berwibawa. Rakyat berhak mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang
sedia ada melalui pilihan raya.
Sistem demokrasi berparlimen memberi peluang kepada rakyat melibatkan diri dalam pemerintahan negara. Rakyat boleh membuat dasar kerajaan melalui perwakilan yang mereka pilih.
Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia mengiktiraf
Raja Berperlembagaan. Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia
rakyat.
Sistem demokrasi
berparlimen memberi kebebasan bersuara kepada rakyat. Rakyat boleh menyuarakan
pandangan melalui perwakilan yang dipilih oleh mereka. Kerajaan boleh
menegur kelemahan pentadbiran kerajaan melalui saluran tertentu.
Sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen membolehkan kerajaan menjalankan
pemerintahan dengan cekap. Perlembagaan Malaysia menjadi panduan untuk
kerajaan menjalankan pentadbirannya.
[bersambung ......]
[.....
sambungan]
Sistem demokrasi berparlimen menjamin undang-undang yang
adil dan dapat diterima oleh rakyat. Undang-undang yang bercanggah dengan
Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan
setiap undang-undang.
Sistem pemerintahan demokrasi dapat mengelakkan
pembolotan kuasa dalam menjalankan pemerintahan. Perkara tersebut dapat
dielakkan kerana sistem demokrasi di Malaysia mengamalkan prinsip
pengasingan kuasa antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan
Kehakiman.
Sistem demokrasi dapat mewujudkan sebuah persekutuan
yang kukuh. Konsep pengagihan kuasa melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama telah
mewujudkan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
Sistem demokrasi memberi ruang untuk rakyat menubuhkan
parti-parti politik. Rakyat bebas menganut ideologi politik yang
tidak bertentangan dengan dasar kerajaan. Rakyat juga boleh menyertai parti
politik untuk memelihara kepentingan kaum mereka.
[10 markah]
KEJAYAAN MELAKSANAKAN
SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN
|
Contoh Soalan :
Kejayaan Malaysia melaksanakan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
yang menjadikan negara kita dihormati.
[10 markah]
Isi Jawapan :
Malaysia berjaya mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. Kejayaan ini menjadikan kita dihormati kerana mengekalkan Raja-Raja Melayu menjadi Ketua Utama Negara.
Malaysia
berjaya menjalankan pemerintahan demokrasi berpandukan Perlembagaan
Malaysia. Kejayaan ini menyebabkan Malaysia dihormati sebagai sebuah negara
berdaulat.
Malaysia
berjaya mengelakkan pembolotan kuasa dalam pemerintahan negara melalui amalan
pengasingan kuasa antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.
Kecekapan pemerintahan ini menyebabkan banyak negara luar meniru amalan pemerintahan
negara kita.
Malaysia berjaya memperkasakan fungsi Parlimen
sebagai institusi penting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
Perbahasan Parlimen dijalankan secara telus, profesional dan berhemah. Masyarakat
dunia mengiktiraf Parlimen Malaysia sangat berwibawa.
Malaysia berjaya menjalankan pentadbiran yang cekap
melalui Badan Pelaksana. Negara menjadi stabil
dan berkembang pesat ekonominya. Malaysia menjadi negara yang makmur
dan sejahtera.
[bersambung ......]
[..... sambungan]
Malaysia berjaya meningkatkan kewibawaan Badan
Kehakiman yang menguatkuasakan undang-undang negara. Negara luar sangat berpuas
hati dengan keputusan mahkamah Malaysia terhadap kes-kes yang melibatkan
rakyat mereka.
Malaysia berjaya mengamalkan pilihan raya yang bebas
dan bersih. Pertubuhan Bangsa Bersatu yakin bahawa hak asasi dan kebebasan
individu hidup subur dalam sistem pilihan raya di negara ini.
Malaysia berjaya membentuk kerajaan
yang berwibawa melalui pilihan raya. Pemimpin Malaysia sering diminta
memberi pandangan untuk membantu meningkatkan kecemerlangan bidang
sosial dan pendidikan di peringkat antarabangsa.
Malaysia berjaya memberi kebebasan kepada rakyat menubuhkan
dan menyertai mana-mana pertubuhan. Pertubuhan bukan kerajaan dari negara kita dihormati
masyarakat dunia kerana peranannya membantu meringankan krisis kemanusiaan
di peringkat antarabangsa.
Malaysia berjaya memupuk perpaduan kaum melalui
gabungan parti politik pelbagai kaum. Malaysia dikagumi kerana kehidupan harmoni
masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Malaysia berjaya mengamalkan konsep pengagihan kuasa
antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Rahsia kejayaan mewujudkan
pembangunan seimbang antara Kerajaan Negeri sering menjadi rujukan negara
serantau dan antarabangsa.
[10 markah]
CABARAN MELAKSANAKAN
SISTEM DEMOKRASI DAN
LANGKAH MENGATASI CABARAN
|
Contoh Soalan :
Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam melaksanakan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran
tersebut.
[10 markah]
Isi Jawapan :
Cabaran
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah mewujudkan amalan pilihan raya yang lebih bersih. Amalan politik wang semakin menjadi-jadi dalam pilihan raya. Gejala rasuah ini membantutkan usaha memilih pemimpin yang cekap dan berwibawa.
Cabaran yang kedua ialah penyalahgunaan hak dan kebebabasan bersuara. Masyarakat mengamalkan kebebasan bersuara secara mutlak tanpa mematuhi had-had yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Sebagai contohnya mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera di Sarawak dan Sabah.
Cabaran
yang ketiga ialah sikap tidak menghormati institusi Raja Berperlembagaan
sebagai salah satu ciri sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Segelintir
masyarakat mempersendakan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tanpa
mempedulikan bahawa baginda mempunyai fungsi dan kedudukan tersendiri dalam
sistem pemerintahan negara.
[bersambung ......]
[.....
sambungan]
Cabaran
yang keempat ialah sindrom menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah.
Terdapat pihak tertentu yang menggunakan tunjuk perasaan dan demonstrasi
jalanan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan. Gejala ini
menggugat kestabilan negara dan mengundang huru-hara.
Cabaran
yang kelima ialah sikap tidak menghormati peruntukan Perlembagaan Malaysia.
Segelintir masyarakat membangkitkan isu perkauman dan mempersoalkan hak
keistimewaan orang Melayu walaupun Perlembagaan Malaysia dengan jelas menyebut
perkara tersebut tidak boleh dipersoalkan.
Cabaran
yang keenam ialah terdapat usaha pihak yang tidak bertanggungjawab untuk membawa
keluar Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia. Usaha ini boleh
menyebabkan keutuhan Persekutuan Malaysia menjadi tergugat.
Langkah Mengatasi Cabaran
Sebagai langkah mengatasi cabaran di atas, kerajaan
hendaklah menguatkuasakan Akta Hasutan secara tegas. Gejala mencabul Perlembagaan
Malaysia hendaklah dikenakan tindakan yang keras.
Akta baru yang lebih tegas perlu diluluskan oleh
Parlimen untuk membendung politik jalanan di Malaysia. Sesiapa yang didapati
menganjurkan demonstari atau tunjuk perasaan hendaklah dikenakan tindakan tegas
untuk mencegah berlakunya huru-hara dalam negara.
Kerajaan patut meningkatkan
semula peranan Jabatan Penerangan ke arah meningkatkan kefahaman masyarakat
tentang sistem demokrasi berparlimen. Jabatan Penerangan harus menyebarluaskan
maklumat kepada masyarakat dengan cara yang lebih cekap seperti menganjurkan
seminar, forum, debat dan lain-lain.
[bersambung ......]
[.....
sambungan]
Langkah yang seterusnya ialah memperkasakan lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). SPRM diberi kuasa yang lebih
luas agar badan ini dapat membanteras gejala politik wang dalam pilihan raya.
Kementerian Pelajaran patut memperkenalkan semula mata
pelajaran ketatanegaraan di sekolah. Mata pelajaran tersebut diharapkan
dapat meningkatkan kefahaman rakyat tentang konsep demokrasi berparlimen di
peringkat awal lagi.
Kementerian Komunikasi dan
Multimedia perlu menasihati kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya bebas yang akan
memantau penggunaan media sosial baru.Badan ini diberi kuasa untuk
mengambil tindakan mahkamah terhadap pengguna media sosial yang tidak berhemah.
Dengan itu, gejala menimbulkan perkara-perkara sensitif melalui laman sosial
dapat dihindari.
[5 markah]
IKTIBAR
DARIPADA KEJAYAAN MENGAMALKAN DEMOKRASI
|
Contoh Soalan :
Iktibar
yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.
[10 markah]
Isi Jawapan :
Iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia
melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi ialah sanggup mempertahankan
perkara baik dalam usaha mengekalkan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen.
Kita hendaklah bijak dalam melantik pemimpin, agar
negara kita mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Jika kita sentiasa
peka terhadap perkembangan semasa, sudah tentu sistem pemerintahan negara
kita dapat memenuhi kehendak rakyat.
Setiap rakyat perlu memiliki jati diri yang kukuh
agar unsur-unsur negatif tidak mempengaruhi pemikiran mereka. Kita hendaklah sentiasa
berfikiran positif apabila menegur kerajaan agar sistem pemerintahan menjadi
lebih lancar.
Kita hendaklah mengamalkan sikap toleransi kaum supaya
negara aman dan harmoni. Sikap mementingkan perpaduan mestilah
diutamakan dalam menjaga keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara kita.
Sekira setiap warganegara menghayati prinsip Rukun Negara, kestabilan
politik negara akan dapat dikekalkan.
Kita mestilah menghormati hak
asasi dan kebebasan individu dalam membuat keputusan penting demi masa
depan negara. Kita perlu menghormati amalan demokrasi supaya kesinambungan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dapat diteruskan. Kita juga dituntut menghargai
keamanan supaya keharmonian dan kesejahteraan hidup rakyat berterusan.
[10 markah]
KESIMPULAN
|
Contoh Soalan :
(a) Pengetahuan yang diperolehi
daripada tugasan yang anda laksanakan.
(b) Nilai yang boleh anda ambil
untuk diri anda, negara dan bangsa.
(c) Harapan
menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
[5 markah]
Isi Jawapan :
Daripada tugasan yang
saya laksanakan, saya dapat mengetahui sejarah perkembangan sistem
pemerintahan demokrasi di Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan. Saya
dapat mengetahui ciri-ciri penting amalan sistem demokrasi berpalimen di
Malaysia.Saya juga dapat mengetahui jentera kerajaan yang berperanan
dalam menjalankan kuasa pemerintahan demokrasi di negara kita. Selain itu, saya
juga mengetahui bahawa sistem pilihan raya merupakan amalan terpenting dalam
pembentukan kerajaan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
Nilai yang boleh
diambil ialah semangat perpaduan merupakan elemen penting dalam negara
berbilang kaum. Nilai yang berikutnya ialah hubungan baik antara pemimpin
dengan rakyat perlu diteruskan dalam mewujudkan pemerintahan negara yang
cemerlang. Sikap berani membuat perubahan ke arah yang lebih baik, bukan
sahaja dapat membawa manfaat kepada diri, tetapi juga mendatangkan kebaikan
kepada bangsa dan negara. Nilai yang seterusnya ialah berusaha gigih ke
arah mencapai kejayaan
Sebagai kesimpulannya,
saya berharap negara kita akan kekal sebagai sebuah negara demokrasi yang
dihormati di seluruh dunia. Saya sentiasa berdoa agar masyarakat Malaysia
sentiasa hidup bersatu padu. Wawasan menjadi sebuah negara maju
berpendapatan tinggi pada 2020 adalah impian setiap warganegara
Malaysia.
[5 markah]
ihsan abgzek