Petua Untuk Seorang Guru
KALAU GURU.....* mengajar sambil duduk
murid belajar sambil mengantuk
* mengajar sambil berlakon
murid belajar dengan tekun
* mengajar tanpa alat
murid akan belajar dengan ralat
* menjadi pemudah cara
ramai murid pandai berbicara
* kurang merancang
dalam bilik darjah banyak temberang
* suka berdamping
banyak murid dapat dibimbing
* mengajar banyak bercakap
ada murid bertambah gagap
* berbudi bahasa
akan dikenang sepanjang masa
* pentingkan diri sendiri
murid tidak akan menghargai
* penuh tanggungjawab
disiplin murid mudah digilap
* GURU SEPATUTNYA.......
* Secara sedar menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah yang berbeza mengikut potensi murid
- mempelbagaikan kaedah pembelajaran
* Menguasai pengetahuan dalam bidang yang diajar
* Mengenal pasti potensi murid
* Memberi latihan yang mencukupi dan mencabar
* Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan
* Bertindak sebagai pemudah cara dan bukan pemberi fakta
* Mempelbagaikan aras soalan
* Mahir memilih Bahan Bantu Mengajar yang sesuai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan