Khamis, 5 April 2012
Selasa, 3 April 2012
MODUL LATIHAN TAJUK FOKUS SPM 2012 (TEMA 7)
Modul latihan Tema 7 untuk di jawab dan kembangkan lagi keupayaan dalam menguasai tajuk-tajuk penting berkaitan.
MODUL LATIHAN TEMA 7 (BAB 1 – BAB 3 TINGKATAN EMPAT) |
TAJUK : PENGERTIAN DAN CIRI TAMADUN AWAL
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah pengertian tamadun menurut pandangan sarjana berikut.
(i) Sarjana Barat
(ii) Sarjana Islam
[2 markah]
(b) Berikan dua tamadun awal yang terbina di lembah sungai.
[2 markah]
(c) Nyatakan dua ciri tamadun awal.
[2 markah]
(d) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat dalam tamadun awal memilih lembah sungai sebagai pusat petempatan mereka ?
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, sumbangan petempatan kekal terhadap pembinaan tamadun awal manusia ?
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a) Terangkan proses pembinaan tamadun awal manusia.
[4 markah]
(b) Huraikan ciri tamadun awal manusia.
[10 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan tamadun awal kepada kehidupan manusia pada hari ini ?
[6 markah]
TAJUK : PENINGKATAN TAMADUN (SISTEM PEMERINTAHAN)
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah bentuk pemerintahan yang dijalankan di Yunani sebelum wujudnya sistem pemerintahan demokrasi ?
[2 markah]
(b) Nyatakan dua ciri demokrasi di Yunani.
[2 markah]
(c) Bagaimanakah sistem pemerintahan bercorak republik diamalkan di Rom ?
[2 markah]
(d) Beradasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah ciri sistem pemerintahan beraja dalam tamadun India ?
[2 markah]
(e) Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah negara perlu mempunyai sistem pemerintahan yang teratur ?
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a) Terangkan sejarah sistem pemerintahan yang diamalkan di Yunani sehingga membawa kepada kemunculan sistem demokrasi.
[8 markah]
(b) Dewan Perhimpunan memainkan peranan penting dalam amalan demokrasi di Yunani. Jelaskan ciri dewan tersebut.
[6 markah]
(c) Pada pendapat anda, apakah kelebihan amalan sistem pemerintahan bercorak demokrasi ?
[6 markah]
TAJUK : PENINGKATAN TAMADUN (PERUNDANGAN)
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah satu jenis undang-undang Rom.
[1 markah]
(b) Nyatakan dua prinsip yang menjadi pegangan dalam menguatkuasakan undang-undang di Rom.
[2 markah]
(c) Bagaimanakah undang-undang yang berasaskan agama Hindu dilaksanakan dalam tamadun India ?
[2 markah]
(d) Apakah ciri undang-undang berteraskan falsafah legalisme yang dilaksanakan pada zaman Dinasti Han di China.
[2 markah]
(e) Pada pendapat anda, mengapakah undang-undang sangat penting dalam sesebuah negara ?
[3 markah]
SOALAN ESEI
(a) Jelaskan tentang undang-undang bertulis dalam tamadun Rom.
[6 markah]
(b) Undang-undang yang dilaksanakan dalam tamadun China berteraskan dua prinsip iaitu berasaskan falsafah legalisme dan ajaran Confucius. Terangkan kedua-dua undang-undang tersebut.
[8 markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah undang-undang dikuatkuasakan dalam sesebuah negara ?
[6 markah]
TAJUK : PENINGKATAN TAMADUN (PERLUASAN KUASA)
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah peranan Alexander The Great untuk meluaskan empayar yunani.
[2 markah]
(b) Nyatakan kejayaan yang dicapai oleh Maharaja Augustus Caesar dalam mengukuhkan empayar Rom.
[2 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah Asoka berjaya mengukuhkan empayar Maurya ?
[2 markah]
(d) Nyatakan langkah yang dilakukan oleh Shih Huang Ti mengukuhkan empayar Dinasti Chin.
[2 markah]
(e) Pada pendapat anda, apakah matlamat seseorang pemerintah menjalankan dasar perluasan pengaruh ?
[2 markah]
TAJUK : PENINGKATAN EKONOMI
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah punca yang menyebabkan semua negara kota di Yunani memberikan tumpuan terhadap kegiatan perdagangan ?
[2 markah]
(b) Nyatakan faktor yang mendorong kepesatan bidang perdagangan dalam tamadun India pada abad ke-3 Sebelum Masihi.
[2 markah]
(c) Berikan dua kemajuan dalam bidang pertanian yang dicapai oleh masyarakat dalam tamadun China.
[2 markah]
(d) Mengapakah aktiviti perdagangan mengalami peningkatan yang pesat pada zaman Dinasti Han di China ?
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan kegiatan perdagangan antarabangsa kepada negara kita ?
[2 markah]
TAJUK : PENINGKATAN PENDIDIKAN
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah yang anda faham tentang falsafah pendidikan Athens di Yunani ?
[2 markah]
(b) Berikan dua kesan yang berlaku di Rom hasil daripada pendidikannya yang menekankan ilmu praktikal.
[2 markah]
(c) Nyatakan ciri pendidikan agama dalam tamadun India pada Zaman Vedik.
[2 markah]
(d) Nyatakan kemahiran yang ditekankan dalam tamadun China pada peringkat pendidikan berikut :
(i) Peringkat rendah
(ii) Peringkat menengah
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah matlamat pendidikan dalam sesebuah tamadun ?
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a) Jelaskan tentang falsafah pendidikan Athens dan falsafah pendidikan Sparta dalam tamadun Yunani.
[6 markah]
(b) Pendidikan dalam tamadun China bertujuan untuk lulus peperiksaan awam. Terangkan pelaksanaan peperiksaan awam tersebut.
[8 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah matlamat pendidikan agama dilaksanakan dalam tamadun India pada Zaman Vedik ?
[6 markah]
TAJUK : KERAJAAN AGRARIA
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah ciri kerajaan agraria ?
[2 markah]
(b) Berikan dua buah kerajaan agraria yang terdapat di Asia Tenggara.
[2 markah]
(c) Nyatakan dua kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh masyarakat agraria.
[2 markah]
(d) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faktor yang membantu kemajuan bidang pertanian kerajaan agraria?
[2 markah]
(e) Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan agraria di Asia Tenggara muncul di kawasan lembah sungai ?
[2 markah]
TAJUK : KERAJAAN AGRARIA
SOALAN ESEI
(a) Nyatakan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat agraria di Asia Tenggara.
[6 markah]
(b) Berdasarkan pengetahuan anda, terangkan faktor yang membantu perkembangan bidang pertanian kerajaan Angkor.
[8 markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah tasik Tonle Sap memberikan sumbangan yang besar kepada kerajaan Angkor ?
[6 markah]
TAJUK : KERAJAAN MARITIM
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah yang anda faham tentang kerajaan agraria di Asia Tenggara ?
[2 markah]
(b) Nyatakan fungsi pelabuhan kerajaan maritim yang berikut :
(i) Pelabuhan kerajaan
(ii) Pelabuhan entreport
[2 markah]
(c) Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan Srivijaya muncul sebagai sebuah kerajaan maritim yang terulung di Asia Tenggara pada abad ke-13 Masihi ?
[2 markah]
(d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah kerajaan Kedah Tua boleh berperanan sebagai pelabuhan entreport di Semenanjung Tanah Melayu ?
[2 markah]
(e) Pada pendapat anda, mengapakah orang Melayu pada zaman kerajaan awal berjaya menguasai perdagangan maritim ?
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a) Jelaskan perkembangan yang berlaku terhadap petempatan awal di pesisiran pantai Asia Tenggara hingga menjadi pelabuhan enterport.
[6 markah]
(b) Merujuk kepada kerajaan Angkor atau Srivijaya, terangkan faktor yang membantu kerajaan tersebut menguasai perdagangan maritim di Asia Tenggara pada zaman kerajaan awal.
[8 markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan maritim sangat bergantung kepada kerajaan agraria ?
[6 markah]
TAJUK : PENGARUH HINDU DAN BUDDHA TERHADAP SISTEM
PEMERINTAHAN DI ASIA TENGGARA
SOALAN ESEI
(a) Beradasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha tersebar di Asia Tenggara ?
[6 markah]
(b) Terangkan pengaruh agama Hindu dan Buddha terhadap sistem pemerintahan beraja di Asia Tenggara.
[8 markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah sistem pemerintahan perlu disesuaikan dengan keadaan setempat ?
[6 markah]
TAJUK : PENGARUH HINDU DAN BUDDHA TERHADAP SENI BINA
DI ASIA TENGGARA
SOALAN ESEI
(a) Binaan Angkor Wat banyak dipengaruhi oleh agama Hindu. Nyatakan ciri binaan Angkor Wat.
[6 markah]
(b) Jelaskan pengaruh agama Buddha yang terdapat pada binaan candi Borobudur.
[8 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah kerajaan awal di Asia Tenggara membina monumen ?
[6 markah]
TAJUK : PENGARUH HINDU DAN BUDDHA TERHADAP BAHASA DAN
KESUSASTERAAN DI ASIA TENGGARA
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah kegunaan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara ?
[2 markah]
(b) Berikan dua perkataan Melayu yang diubahsuaikan daripada bahasa Sanskrit.
[2 markah]
(c) Nyatakan pengaruh Hindu dan Buddha yang terdapat dalam kesusasteraan di Asia Tenggara.
[3 markah]
(d) Pada pendapat anda, mengapakah karya kesusasteraan penting dalam sesebuah masyarakat ?
[3 markah]Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera
Dengan nama Allah. Dialah ar-Rahman dan Dialah ar-Rahim.
TAJUK FOKUS
SEJARAH KERTAS 2 SPM 2012
Mula-mula tu,mari kita pakat tengok analisis soalan peperiksaan Sejarah 2 SPM 2004 – 2011 sebagai panduan untuk pembelajaran Sejarah berfokuskan peperiksaan.
TINGKATAN EMPAT
TEMA | BAB | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 |
7 | 1 | ESE | ESE | STR | STR | |||||
2 | STR | STR | STR | FOKUS | ||||||
3 | STR | ESE | ||||||||
8 | 4 | STR | ESE | ESE | ||||||
5 | STR | STR | STR | FOKUS | ||||||
6 | ESE | ESE | ESE | ESE | ||||||
7 | ESE | ESE | STR | STR | FOKUS | |||||
8 | STR | STR | ||||||||
9 | 9 | ESE | STR | ESE | FOKUS | |||||
10 | ESE | STR | STR | ESE | S&E |
TINGKATAN LIMA
TEMA | BAB | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 |
10 | 1 | S & E | ESE | STR | STR | ESE | ||||
2 | STR | ESE | ESE | FOKUS | ||||||
11 | 3 | ESE | STR | STR | ||||||
4 | ESE | STR | ESE | ESE | ||||||
5 | STR | ESE | FOKUS | |||||||
6 | ESE | STR | FOKUS | |||||||
7 | ESE | ESE | ESE | ESE | STR | |||||
8 | STR | ESE | STR | FOKUS | ||||||
12 | 9 | ESE | ESE | FOKUS | ||||||
9 | ESE | STR | ESE | STR | ESE | ESE | ESE |
TAJUK-TAJUK FOKUS
SEJARAH KERTAS 2 SPM 2012
TEMA 7 (BAB 1 – BAB 3 TINGKATAN EMPAT)
JANGKAAN : 1 SOALAN
BAB 1
Pengertian Tamadun dan Ciri Tamadun Awal
· Pengertian tamadun menurut pandangan sarjana Barat dan sarjana Islam
· Tamadun awal yang terbina di lembah sungai
· Kelebihan lembah sungai sebagai pusat petempatan awal
· Ciri tamadun awal
· Peranan petempatan kekal dalam proses pembinaan tamadun
BAB 2
**Peningkatan Tamadun Manusia (Sistem Pemerintahan)
· Sejarah kemunculan sistem pemerintahan demokrasi di Athens, Yunani
· Ciri pemerintahan demokrasi di Athens
· Ciri pemerintahan republik di Rom
· Ciri pemerintahan beraja dalam tamadun India
· Pelaksanaan sistem birokrasi awam dalam tamadun China
Peningkatan Tamadun Manusia (Sistem Perundangan)
· Pembentukan undang-undang Yunani
· Jenis dan ciri undang-undang Rom
· Pelaksanaan undang-undang dalam tamadun India
· Pelaksanaan undang-undang berasaskan falsafah Legalisme & Confucius dalam tamadun China
· Kepentingan undang-undang dalam sesebuah negara
Peningkatan Tamadun Manusia (Perluasan Kuasa)
· Perluasan empayar Yunani oleh Alexander The Great
· Perluasan empayar Rom oleh Augustus Caesar
· Perluasan empayar Maurya oleh Chandragupta Maurya dan Asoka
· Perluasan empayar Dinasti China oleh Shih Huang Ti
**Peningkatan Tamadun (Peningkatan Ekonomi)
· Punca yang menyebabkan negara kota Yunani menumpukan bidang perdagangan
· Faktor yang mendorong kemajuan perdagangan dalam tamadun India
· Kemajuan bidang pertanian yang dicapai oleh tamadun China
· Sebab berlakunya peningkatan dalam bidang ekonomi
**Peningkatan Tamadun (Peningkatan Pendidikan)
· Falasafah pendidikan Athens dan Sparta dalam tamadun Yunani
· Falsafah pendidikan Rom yang menekankan ilmu praktikal
· Pendidikan berteraskan ilmu agama dalam dalam tamadun India
· Pendidikan awam dalam tamadun China
BAB 3
Kerajaan Agraria dan Maritim
· Ciri kerajaan agraria
· Faktor kejayaan kerajaan Angkor dan Funan dalam bidang pertanian
· Ciri kerajaan maritim
· Faktor kemajuan perdagangan kerajaan Srivijaya dan Kedah Tua
· Hubungan kerajaan agraria dan maritim yang saling bergantung
**Pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara
· Cara penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara
· Pengaruh Hindu dan Buddha terhadap sistem pemerintahan
· Pengaruh Hindu dan Buddha terhadap seni bina candi di Asia Tenggara
· Pengaruh Hindu dan Buddha terhadap bahasa dan kesusasteraan di Asia Tenggara
TEMA 8 (BAB 4 – BAB 8 TINGKATAN EMPAT)
JANGKAAN : 2 SOALAN
BAB 4
Penyebaran Islam di Makkah
· Cara Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan Islam di Makkah
· Rasional Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan dakwah secara rahsia
· Tokoh awal yang memeluk Islam
· Usaha orang Arab Quraisy menghalang dakwah Nabi Muhammad s.a.w.
· Langkah Nabi Muhammad s.a.w. menghadapi cabaran
BAB 5
Hijrah
· Pengertian Hijrah
· Faktor Nabi mengarahkan umat Islam berhijrah ke Madinah
· Peristiwa yang membawa kepada Hijrah
· Kepentingan Hijrah kepada umat Islam
· Nilai daripada peristiwa Hijrah
**Piagam Madinah
· Maksud Piagam Madinah
· Kandungan Piagam Madinah dari segi politik, ekonomi dan sosial
· Kedudukan orang Yahudi mengikut Piagam Madinah
· Kepentingan Piagam Madinah dalam pembinaan negara
· Pelaksanaan Piagam Madinah dalam konteks masyarakat majmuk
**Penyebaran Islam Semasa di Madinah
· Strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyebarkan Islam
· Alasan menyangkal dakwaan orientalis Barat yang mengatakan Islam menggunakan peperangan untuk menyebarkan Islam
· Tujuan peperangan dalam Islam
· Peraturan yang mesti dipatuhi semasa berperang
· Keburukan peperangan
· Langkah mengelakkan peperangan
BAB 7
**Teori Kedatangan Islam ke Asia Tenggara
· Teori dan bukti Islam datang terus dari Tanah Arab
· Teori dan bukti Islam dibawa ke Asia Tenggara melalui India
· Teori dan bukti Islam dibawa ke Asia Tenggara melalui China
· Faktor yang membantu penyebaran Islam di Asia Tenggara
**Penyebaran Islam di Asia Tenggara
· Cara yang digunakan oleh pedagang untuk menyebarkan Islam
· Cara yang digunakan oleh pemerintah untuk menyebarkan Islam
· Peranan kerajaan Islam dalam menyebarkan Islam
· Peranan pusat kebudayaan Islam dalam menyebarkan Islam
· Peranan mubaligh menyebarkan Islam
TEMA 9 (BAB 9 – BAB 10 TINGKATAN EMPAT)
JANGKAAN : 1 SOALAN
BAB 9
**Zaman Gelap di Eropah
· Maksud Zaman Gelap
· Keadaan politik di Eropah pada Zaman Gelap
· Keadaan ekonomi pada Zaman Gelap
· Keadaan sosial pada Zaman Gelap
· Perubahan yang berlaku di Eropah pada penghujung Zaman Gelap
Gerakan Reformation
· Maksud reformation
· Faktor berlakunya gerakan reformation
· Perkembangan gerakan reformation di Eropah
· Kesan gerakan reformation
**Kesan Revolusi Perindustrian di Eropah (Hubungan Pekerja – Majikan)
· Gerakan Luddite
· Langkah menghalang gerakan pekerja
· Bentuk penindasan terhadap golongan pekerja
· Usaha membela nasib golongan pekerja
BAB 10
**Pembandaran di Tanah Melayu
· Maksud pembandaran
· Faktor kemunculan bandar baru
· Fungsi bandar baru
· Sebab berlakunya pembandaran tidak seimbang antara kawasan
· Langkah mewujudkan pembandaran seimbang
Pendidikan vernakular di Tanah Melayu
· Ciri pendidikan vernakular
· Perkembangan sekolah Melayu
· Perkembangan sekolah Cina dan Tamil
· Perkembangan sekolah Inggeris
· Sebab pendidikan vernakular tidak berjaya memupuk perpaduan
TEMA 10 (BAB 1 – BAB 2 TINGKATAN LIMA)
JANGKAAN : 1 SOALAN
BAB 1
**Birokrasi Barat di Asia Tenggara
· Ciri sistem pemerintahan tradisional di negara-negara Asia Tenggara
· Ciri sistem birokrasi di negara-negara Asia Tenggara
· Pelaksanaan pentadbiran peringkat pusat di IndoChina
· Pelaksanaan pentadbiran peringkat tempatan di Filipina
· Kesan pelaksanaan sistem birokrasi
Nasionalisme di Asia Tenggara
· Faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara
· Ciri nasionalisme tahap pertama dan kedua di Asia Tenggara
· Perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina dan Indonesia
· Langkah penjajah mennangani gerakan bersifat radikal
· Kelainan gerakan nasionalisme di Thailand berbanding dengan negara lain
BAB 2
**Akhbar, Majalah dan Novel Melayu Tahun 1930-an
· Judul akhbar dan majalah berbahasa Melayu tahun 1930-an
· Isu politik, ekonomi dan sosial yang dibangkitkan dalam akhbar Melayu
· Persoalan yang menjadi topik dalam Majalah Guru, Pengasuh dan Bulan Melayu
· Mesej semangat kebangsaan dalam novel Melayu tahun 1930-an
· Persoalan semasa berkaitan media cetak pada hari ini
**Perjuangan Persatuan-Persatuan Melayu
· Kejayaan yang dicapai oleh Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
· Matlamat penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
· Kegiatan bersifat politik Kesatuan Melayu Muda
· Sebab kurangnya penglibatan masyarakat Sabah dalam persatuan
· Kepentingan Kongres Melayu 1939 dan 1940
TEMA 11 (BAB 3 – BAB 8 TINGKATAN LIMA)
JANGKAAN : 3 SOALAN
BAB 3
Pembinaan Negara dan Bangsa
· Faktor pembinaan negara bangsa moden di Eropah
· Maksud realpolitik
· Amalan realpolitik dalam pembinaan negara bangsa Jerman dan Itali
· Kaedah pembinaan negara Islam Madinah
· Kaedah pembinaan negara dan bangsa Malaysia
BAB 5
**Pakatan Murni
· Maksud pakatan murni
· Faktor yang mewujudkan pakatan murni
· Langkah mewujudkan pakatan murni
· Peranan Dato’ Onn Jaafar mewujudkan pakatan murni
· Kejayaan pakatan murni
· Kepentingan dan nilai daripada pakatan murni
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
· Penubuhan dan peranan Suruhanjaya Reid
· Isu yang diutamakan oleh Suruhanjaya Reid dalam merangka perlembagaan
· Langkah ke arah menghasilkan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
· Isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
· Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
BAB 6
**Pembentukan Malaysia 1963
· Faktor dan cadangan pembentukan Malaysia
· Reaksi terhadap pembentukan Malaysia
· Peranan dan penubuhan Suruhanjaya Cobbold
· Peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
· Peranan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
· Penentangan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia
BAB 8
**Perpaduan Kebangsaan
· Kedudukan Bahasa Melayu mengikut Perlembagaan
· Langkah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
· Matlamat kerajaan mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
· Ciri Kebudayaan Kebangsaan
· Peranan sukan ke arah memupuk perpaduan
· Kepentingan perpaduan
Dasar Pelajaran Selepas Kemerdekaan
· Matlamat dan kandungan Penyata Razak 1956
· Kandungan Penyata Razak yang dijadikan Ordinan Pelajaran 1957
· Syor yang terkandung dalam Laporan Rahman Talib 1960
· Kandungan Akta Pelajaran 1961 yang berasaskan Laporan Rahman Talib
· Pengenalan sistem persekolahan Aneka Jurusan 1969 mengikut Kajian Aminudin Baki 1965
· Kandungan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974
· Hala tuju pendidikan negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1988
Wawasan 2020
· Konsep Wawasan 2020
· Teras Kemajuan Bersepadu mengikut Wawasan 2020
· Cabaran dalam mencapai Wawasan 2020
· Strategi menghadapi cabaran Wawasan 2020
· Ciri masyarakat Malaysia mengikut Wawasan 2020
· Tanggungjawab warganegara Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020
TEMA 12 (BAB 9 TINGKATAN LIMA)
JANGKAAN : 1 SOALAN
BAB 9
Blok Dunia dan Perang Dingin
· Maksud blok dunia
· Faktor kemunculan blok dunia
· Sebab berlakunya perang dingin
· Perbezaan ideologi kapitalis dengan komunis
· Cara kuasa besar menyebarkan pengaruh
· Kesan perang dingin terhadap negara Dunia Ketiga
**Dasar Luar Malaysia
· Faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar
· Prinsip dasar luar tahap pertama yang bersifat pro-Barat
· Prinsip dasar luar tahap kedua yang bebas dan berkecuali
· Prinsip dasar luar tahap ketiga yang mengutamakan kepentingan ekonomi
· Faedah mengadakan hubungan luar
Malaysia Dalam Hubungan Serantau (ASEAN)
· Matlamat penubuhan ASEAN
· Pengisytiharan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
· Langkah merealisasikan prinsip ZOPFAN
· Kerjasama ekonomi dan sosial dalam kalangan negara ASEAN
**Cabaran Masa Depan
· Kepentingan ICT
· Faktor kerajaan mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC)
· Definisi k-masyarakat dan k-ekonomi
· Kepentingan k-ekonomi dan k-masyarakat
- Langkah mewujudkan k-masyarakat
Sumber:Abang Zek
Langgan:
Catatan (Atom)