Selasa, 8 Oktober 2013



BAB 2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

PERISTIWA PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN
Penentangan di Sarawak
(1) Senaraikan tokoh yang melakukan penentangan di Sarawak terhadap penguasaan James Brooke.
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK

Linggir


Rentap


Syarif Masahor


Datu Patinggi Abdul Gapur





(2) Terangkan peristiwa penentangan di Sarawak berdasarkan tokoh berikut:
i. Linggir
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Pemimpin
Seorang pemimpin kaum Iban di Saribas

Kapal
Menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar

Tindak balas
Tindak balas terhadap langkah James Brooke dan kapten Farquhar  menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas

Tewas
Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut





ii.Rentap
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Pemimpin
Pemimpin Iban

Menentang
Menentang James Brooke kerana menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang

Lanun
Orang Iban dianggap Lanun

Nanga Skrang
Beliau menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang

Usir
Rentap berjaya mengusir James Brooke

Bakar
James Brooke Bertindak balas membakar kampung mereka

Bukit Sadok
Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok

Diserang
Sekali lagi mereka diserang oleh James Brooke

Berjaya
Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap

Lemah
Rentap terpaksa berundur ke Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah



iii. Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Melayu
Penentangan orang Melayu dibawah pimpinan mereka

Menolak
Mereka menolak penguasan James Brooke di wilayah Mereka iaitu di Sungai Rajang

Cukai
Mereka kehilangan kuasa memunggut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan

Serang
Syarif Masahor menyerang kubu james Brooke di Kanowit.

Kuching
Mereka menyerang James Brooke di Kuching tetap gagal

Lari
Syarif Masahor melarikan diri  ke Brunei

Diserahkan
tetapi beliau telah diserahkan oleh sultan Brunei kepada British di Singapura

Betawi
Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi

Ditahan
Tetapi beliau ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke




Penentangan di Kelantan
(1)   Apakah sebab penentangan tindakanTok  Janggut dan pengikutnya menentang terhadap penjajahan British di Kelantan.
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Sistem penasihat
Sistem penasihat Barat diperkenalkan

Memaksa
British telah memaksa penduduk tempatan menerima pakai cukai diperkenalkan



(2)   Terangkan  tindakan Tok Janggut dan pengikutnya menentang terhadap penjajahan British di Kelantan.
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Cukai
Tok Janggut membantah dan enggan membayar cukai

Bantahan
Bantahannya tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh

Diarahkan
Pihak polis diarahkan untuk menangkap  Tok Janggut  tetapi gagal

Serang
Engku Besar Jeram,Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta rakyat tempatan bersetuju menyerang Pasir Puteh

Berjaya
Mereka berjaya menduduki Pasir Puteh

Kerajaan
Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebagai raja, Tok Janggut sebagai perdana menteri dan Che  Ishak sebagai Pegawai Daerah



(3)   Terangkan tindak balas British terhadap penentangan yang dilakukan oleh Tok Janggut  dan pengikutnya?
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Sultan
Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan

Pasukan tentera
British telah membawa masuk pasukan tentera dari Negeri Selat dengan kapal Perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat

Serangan
Mereka memulakan serangan pada Mei 1915 di Saring

Senjata
Serangan British tersusun dan penggunaan senjata yang lebih moden telah melumpuhkan perjuangan Tok  Janggut

Terkorban
Tok Janggut terkorban dalam serangan itu

Mayat
Mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bahru sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala dibawah dan kaki ke atas

Amaran
sebagai amaran kepada masyarakat yang berani menentang British



Penentangan di Terengganu
(1)   Mengapakah British bimbang dengan tindakan Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya berkaitan dengan isu tanah diTerengganu.
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Cukai
Tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan undang –undang tanah British.

Membersihkan
pada bulan Julai dan Ogos1922, Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British

Berkumpul
Pada bulan Mei 1922, kira –kira 300 orang penduduk kampung telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Maimunah

Jasa baik
Hal ini membimbangkan British, tetapi dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah mereka dapat dileraikan

Serangan
Kemarahan penduduk tempatan terhadap British menyebabkan mereka melancarkan serangan bersenjata.

Serang
Kumpulan yang menyerang bangunan kerajaan Kuala Berang  berjaya menduduki

Arahan
Kumpulan di Kuala Telemong  bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British .



(2)   Bagaimanakah  British mengatasi penentangan Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya di Terengganu.
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Kuasa
British menggunakan kuasa dan nama Sultan Terengganu

Hantar
British menghantar tiga orang pembesar yang membawa perintah sultan untuk menawan semula Kuala Berang

Tangkap
Menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya

Memudahkan
Cara ini memudahkan British kerana kerana rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada Sultan

Polis
Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala Telemong.

Menumpaskan
Berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk dengan mengorbankan 11 orang

Diserang
Haji Abdul Rahman Limbong diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura

Dibuang
Beliau berjaya ditahan dan dibuang ke negeri Makkah





FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME
(1) Apakah  faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan gerakan nasionalisme?
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Politik
Sistem politik Barat

Pendidikan
Sistem pendidikan

Dasar
Dasar British

Jepun
Pendudukan Jepun

PKM
Penguasaan parti komunis Malaya(PKM)

Mesin cetak
Kemunculan mesin cetak

Pan-Islamisme
Gerakan Pan-Islamisme sedunia

Kesedaran
kesedaran politik serantau



GERAKAN ISLAH / KAUM MUDA
(1)  Apakah maksud Gerakan Islah?
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Pemulihan
Gerakan pemulihan yang berusaha

Pandangan
Membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam.

Kaum muda
Dikenali sebagai Kaum Muda

Memajukan
memajukan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis.

Dipimpin
Dipimpin oleh Kaum Muda



(2) Senaraikan tokoh /pelopor gerakan Islah.
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK

Sheikh Tahir Jalaludin


Syed Syeikh al-Hadi


Dr. Burhanuddin al-Helmy


 



(3) Jelaskan matlamat gerakan Islah.
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Idea
Menyampaikan idea mereka demi kemajuan umat Islam

Memajukan
Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.

Penjajah
Menyematkan sikap mengkritik penjajah

Raja
Mengkritik raja yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.

Pembesar
Mengkritik pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.

Ilmu
Menuntut ilmu berkaitan pertukangan, perniagaan dan perusahaan

Pendidikan
Menekankan pendidikan dunia dan akhirat seperti fardu ain, ilmu hisab dan bahasa Inggeris

Wanita
Menggalakkan pendidikan untuk golongan wanita



(4) Berikan nama akhbar dan  majalah yang digunakan oleh gerakan Islah untuk menyampaikan idea.   
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK

Al-Imam


Neracha


Edaran Zaman


Pengasuh


Saudara



(5) Senaraikan sumbangan tokoh gerakan Islah berikut:     
 Sheikh Tahir Jalaluddin
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Kaum muda
Tokoh gerakan Kaum Muda.

Pendukung
Pendukung kepada akhbar al-Imam

Menulis
Menulis dalam majalah al-Manar.





Syed Syeikh al-Hadi
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Tokoh
Tokoh gerakan Kaum Muda

Jelutung press
Menubuhkan Jelutung Press

Saudara
Menerbitkan majalah Saudara.

Madrasah
Mendirikan madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang

Pengarang
Pengarang Novel Hikayat Faridah Hanum.



(6) Jelaskan halangan yang dihadapi oleh Kaum Muda dalam memperjuangkan ideanya.

KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Ditentang
Ditentang oleh Kaum Tua

Ulama
terdiri daripada golongan alim ulama

Pandangan
Pandangan mereka Islam itu hanyalah akhirat dan fardu ain semata-mata

Bergerak
Kaum Muda tidak dapat bergerak dengan baik di negeri-negeri Melayu.

Undang-undang
Terdapat beberapa undang-undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda

Dakwah
Tidak membenarkan kegiatan dakwah Islam tanpa kebenaran Sultan.


Buku
Risalah dan Buku Kaum Muda dilarang masuk ke negeri-negeri Melayu.

Tekanan
Tekanan British dan Kaum Tua tidak dapat menghalang Gerakan Islah

Pendidikan
Terutamanya dalam bentuk pendidikan

NNS
Kaum Muda hanya dapat bergerak dengan baik di Negeri-Negeri Selat(NNS)



(7) Nyatakan cara Gerakan Islah menyebarkan idea.          
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Madrasah
Kaum Muda menubuhkan beberapa buah madrasah

Pendidikan
Menekankan  pendidikan dunia dan akhirat seperti fardu ain, ilmu hisab dan bahasa Inggeris.

Madrasah
Madrasah memberI peluang pendidikan kepada kaum perempuan

Akhbar
Menerbitkan akhbar seperti al-Imam, Neracha, Idaran Zaman dan Pengasuh

Novel
Penerbitan novel seperti Hikayat Faridah Hanum

Risalah
Menerbitkan risalah



(8) Nyatakan peranan madrasah yang ditubuhkan oleh Kaum Muda dalam bidang pendidikan.    
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Dunia
Meliputi pendidikan dunia

Akhirat
Meliputi pendidikan akhirat

Perempuan
Memberi peluang pendidikan kepada kaum perempuan

Fardu ain
Mengenai pendidikan fardhu ain

Ilmu hisab
Mengenai pendidikan ilmu hisab

Bahasa inggeris
Mengenai pendidikan bahasa Inggeris



AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL: PENGGERAK KESEDARAN KEBANGSAAN
(1)  Senaraikan akhbar di Tanah Melayu pada tahun 1920an dan 1930an.
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK

Warta Melaya


Lembaga Melaya


Majlis


Utusan Melayu


Warta Negara



(2) Apakah isu sosial yang diperjuangkan oleh akhbar di Tanah Melayu pada tahun 1920an dan 1930an?
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Tinggi
Memajukan pendidikan tinggi di kalangan orang Melayu.

Perempuan
Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.

Sikap
Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja dan tidak berusaha.

Tabungan
Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.

Kemahiran
Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan.

Inggeris
Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu.

Taraf
Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dan diberi nilai ekonomi.

Rasmi
Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.

Tinggal
Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam.

Nilai
Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu.



(3)    Terangkan isu ekonomi yang diperjuangkan oleh akhbar di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Kerjasama
Menggalakkan penubuhan syarikat bekerjasama oleh orang Melayu.

Kemasukan
Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana akan mengancam ekonomi penduduk peribumi.

Perniagaan
Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu.

Jual
Melarang orang Melayu menjual tanah mereka.

Jimat
Menyeru orang Melayu berjimat cermat.

Kampung
Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.



(4) Terangkan isu politik yang diperjuangkan oleh akhbar di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Kritik
Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Gagal
Mengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana gaga memimpin rakyat.

Pilih
Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.

Melindungi
Menuntut di adakan Malay Administrative Service untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.

Bersatu
Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan.

Tuntutan
Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan.



(5) Senaraikan majalah di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK

Majalah Guru


Pengasuh


Bulan Melayu



(6)Nyatakan isu-isu yang dibangkitkan oleh majalah-majalah di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Anak-anak
Memberi perhatian terhadap pendidikan ke atas anak-anak Melayu.

Perpaduan
Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu.

Cinta
Meniupkan semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan.

Taraf
Meningkatkan taraf hidup orang Melayu.

Bahasa
Memajukan bahasa dan sastera Melayu.

Guru
Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa.

Pentafsiran
Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah.

Persoalan
Memberi pentafsiran kepada persoalan orang Islam.

Memperluaskan
Memperluaskan ilmu dalam semua bidang.

Menggalakkan
Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu

Gesa
Mengesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk.

Wanita
Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri.

Kesopanan
Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur.

Obor
Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.







(7) Novel Keris Melaka, Anak Mat Lela Gila, Putera Gunung Tahan dan Melor Kuala Lumpur bertemakan semangat kebangsaan. Jelaskan.

KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Perjuangan
Memaparkan semangat perjuangan menentang penjajahan Barat seperti Portugis.

Sumbangan
Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah.

Inspirasi
Menggunakan sejarah sebagai inspirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda.

Penjajah
Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan.

Warisan
Menghargai warisan bangsa sendiri.

Cinta
Mencintai tanah air.

Maruah
Menolak kesenangan demi maruah bangsa.

Wira
Semangat wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah.

Bangga
Barasa bangga dengan kebolehan sendiri.

Menolak
Seorang gadis tempatan yang menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa.

Kebebasan
Kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupan.

Moden
Wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan diri.

Negatif
Membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan bangsa.



PERJUANGAN NASIONALISME OLEH PERSATUAN-PERSATUAN  MELAYU

(1)    Senaraikan persatuan yang ditubuhkan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
KMS
Kesatuan Melayu Singapura (KMS)

Selangor
Persatuan Melayu Selangor

Perak
Persatuan Melayu Perak

Sarawak
Persatuan Melayu Sarawak

PASPAM
Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)

KMM
Kesatuan Melayu Muda (KMM)




Kesatuan Melayu Singapura /KMS

(1) Senaraikan pengasas Kesatuan Melayu Singapura.         

KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK

Mohammad Eunos Abdullah


Tengku Kadir Ali


Embok Suloh


     
(2) Apakah tujuan Kesatuan Melayu Singapura ditubuhkan?           

KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Kebajikan
Menjaga kebajikan orang Melayu Singapura

Wakil
Orang Melayu mempunyai wakil dalam pentadbiran British

Penempatan
Penempatan khas bagi orang Melayu di Singapura




(3) Nyatakan peranan Mohammad Eunos Abdullah melalui Kesatuan Melayu Singapura.

KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Wakil
Menjadi wakil dalam pentadbiran British

Majlis perundangan NNS
Menjadi wakil orang Melayu  dalam Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat(NNS)

Mendesak
Mendesak British untuk menjaga kebajikan orang Melayu Singapura

Petempatan
Memperoleh kawasan petempatan khas bagi orang Melayu di Singapura

Cawangan 
Mendorong penubuhan cawangan KMS



(4)    Apakah kejayaan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dalam membela nasib orang Melayu?
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Perhatian
Mendapat perhatian British dalam kebajikan orang Melayu Singapura

Penempatan
Memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang Melayu Singapura

Cawangan
Penubuhan cawangan baru di Melaka/P.Pinang/Negeri Melayu yang  lain




 Persatuan Sahabat Pena Malaya ( PASPAM )

(1) Apakah tujuan penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) ?

KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Berkenalan
Menggalakkan ahli berkenal-kenal

Pendapat
Menggalakkan ahli bertukar pendapat untuk memajukan diri dan bangsa

Perpaduan
Menggalakkan perpaduan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu

Membaiki
Untuk membaiki kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.




(2)  Jelaskan tujuan perjuangan nasionalisme oleh persatuan-persatuan negeri di Tanah Melayu

KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Kepentingan
Menjaga kepentingan sosio-ekonomi penduduk Melayu

Kebajikan
Mendesak British menjaga kebajikan orang Melayu

Berkenalan
Menggalakan ahli persatuan berkenal-kenal

Pendapat
Menggalakkan ahli persatuan bertukar-tukar pendapat

Memajukan
Memajukan diri dan bangsa Melayu

Perpaduan
Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan Melayu

Nasib
Membincangkan nasib Melayu dalam ekonomi / pendidikan / perkhidmatan kerajaan



(3) Apakah tujuan penubuhan Persatuan Melayu Sarawak ?

KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Perpaduan
Mengeratkan perpaduan Melayu

Pendidikan
Menggalakkan pendidikan

Budaya
Menjaga budaya        

Maruah
Menjaga maruah bangsa

Islam
Menegakkan ajaran Islam








(4) Jelaskan kegiatan berpersatuan di Sabah dan Sarawak  sekitar 1930-an         

KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
PMM
Persatuan Melayu Miri (PMM) ditubuhkan pada tahun 1936

PMS
Persatuan Melayu Sarawak ( PMS) ditubuhkan pada tahun 1939

Kongres
Persatuan ini pernah menghadiri Kongres Melayu di Singapura

Diketuai
Persatuan ini diketuai oleh Datu Patinggi Haji Abang Hj Abdullah

Perpaduan
Tujuan penubuhan untuk mengeratkan perpaduan Melayu,

Menggalakan
Tujuan menggalakkan pendidikan,menjaga budaya, dan maruah bangsa

Islam
Menegakkan ajaran Islam

Sambutan
Mendapat sambutan orang  daerah Melayu Sarawak di Kucing

Cawangan
Menubuhkan Cawangan Persatuan sahabat Pena di Jesselton, Labuan dan Tawau

Mirip
Kegiatannya mirip dengan kegiatan persatuan di Semenanjung

Anggota
Anggota terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru  sekolah Melayu



(5)    Mengapakah kegiatan persatuan di Sabah kurang aktif berbanding di Sarawak ?
           
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Kesedaran
Kurang kesedaran persatuan

Cawangan
Hanya terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena iaitu di Jesselton,  Labuan dan Tawau

Anggota
Anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah dan guru Melayu

Pendalaman
Kegiatan persatuan ini tidak tersebar ke kawasan pedalaman

Kesulitan
Kerana kesulitan perhubungan

Taraf
Taraf pedidikan yang masih rendah.





GERAKAN NASIONALISME SEMASA PENDUDUKAN JEPUN
(1) Nyatakan tindakan Jepun untuk menyekat semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Dasar
Memperkenalkan dasar pemerintahan ketenteraan Jepun

Menyekat
Menyekat kebebasan bersuara penduduk Jepun

Kebebasan
Hanya memberi kebebasan kepada pertubuhan yang menyokong /  bergerak di bawah  pengawasan Jepun

Mengharamkan
Mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan sebelumnya

Menukar
Menukar nama akhbar tempatan kepada nama Jepun  seperti Malai Simbun untuk Utusan Melayu

Bahasa
Semua sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar

Budaya
Nilai budaya Jepun diperkenalkan



(2) Senaraikan  gerakan anti Jepun di Tanah Melayu          
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK

 MPAJA


Pasukan Bintang Tiga


Force 136


 Pasukan Wataniah Pahang


Kesatuan Melayu Muda



(3) Terangkan  gerakan yang menyokong tentera Jepun di Tanah Melayu.
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Barisan
Barisan Pemuda di Perak

Dipimpin
Dipimpin oleh Ahmad Boestaman

Menyatukan
Bagi menyatukan pemuda-pemuda Melayu

Kawad
Mereka dilatih berkawad sebagai tentera sukarela Jepun



(4) Bagaimanakah  pendudukan Jepun dikatakan menjadi pemangkin gerakan nasionalisme di Tanah Melayu?
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Dasar
Dasar pemerintahan ketenteraan Jepun

Menyekat
Pemerintah Jepun menyekat kebebasan bersuara penduduk Tanah Melayu.

Kebebasan
Jepun memberikan kebebasan kepada pertubuhan yang menyokongnya.

Menubuhkan
Ahmad Boestamam menubuhkan Barisan Pemuda di Perak

Gerakan
Akibat tekanan Jepun, berlaku gerakan bawah tanah

MPAJA
PKM telah menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun

Gerila
MPAJA menjalankan perang gerila terhadap Jepun

Force 136
Orang Melayu menubuhkan Force 136 

Wataniah
Pasukan Wataniah

Anggota
Anggotanya terdiri daripada guru/pegawai tadbir kerajaan/orang kampung

Bekerjasama
Bekerjasama dengan British menentang Jepun

Kemerdekaan
KMM meminta Jepun memberikan kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia

Melayu raya
Untuk menubuhkan negara Melayu Raya/Indonesia Raya

KRIS
KRIS ditubuhkan untuk melaksanakan tugas

Sengsara
Kesengsaraan hidup zaman penjajah memberi pengajaran

Benci
Membenci semua penjajah samada British ataupun Jepun

Zalim
Mereka menganggap semua penjajah adalah zalim

Konsep
Konsep Kesemakmuran Asia diperkenalkan Jepun

Bebas
Ia  menekankan kebebasan negara-negara Asia

Kemajuan
Menentukan kemajuan masing-masing

Persaudaraan
Meningkatkan persaudaraan di kalangan negara



(6)    Terangkan usaha –usaha ke arah mencapai kemerdekaan Tanah  Melayu semasa  pendudukan Jepun.
KATA KUNCI
HURAIAN
NEUMONIK
Kemerdekaan
Ibrahim Haji Yaacob meminta Jepun memberi kemerdekaan Tanah  Melayu bersama Indonesia


Melayu raya
Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya

KRIS
Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung/KRIS ditubuhkan

Kongres
Kongres pemuda  KRIS diadakan  di Kuala Lumpur

Bincang
Membincangkan   persediaan ke arah kemerdekaan dengan Indonesia

Soekarno
Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan lebih awal 

Persidangan
Menyebabkan persidangan KRIS di Kuala Lumpur dibatalkan

Usaha
Usaha terhalang apabila Ibrahim Yaakob/isteri/ orang kanannya berlindung ke Indonesia                

Gagal
kemerdekaan di bawah Indonesia dalam gagasan Melayu Raya/ Indonesia Raya telah gagal


Kembali
British kembali menguasai Tanah Melayu pada September 1945



Tiada ulasan:

Catat Ulasan