7.1 CIRI-CIRI
DEMOKRASI BERPARLIMEN
1a. Nyatakan dua corak negara demokrasi. [2 markah]
-Sistem Raja Berpelembagaan
-Sistem
Republik
b. Apakah yang dimaksudkan dengan Demokrasi berparlimen? [2markah]
-rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara
-manakala
Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat
c. Senaraikan tiga
ciri demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia.[3 markah]
-Perlembagaan
menjamin kebebasan asasi
-Raja
berpelembagaan iaitu raja menjadi pemerintah tertinggi negara dan negeri
-
Parlimen bertindak menggubal undang-undang negara
-Pilihan
Raya diadakan untuk memilih wakil rakyat
-Kuasa
Pemerintahan iaitu badan perundangan,badan pelaksana dan badan kehakiman
-Parti-parti
politik ditubuhkan untuk menjaga kepentingan kaum masing-masing
d. Apakah yang dimaksudkan dengan Perlembagaan? [2 markah]
-undang-undang tertinggi
-yang menjadi asas kepada pembentukan kerajaan
-dokumen
rasmi
-yang
di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip
-sebagai
panduan kepada kerajaan
-untuk
melaksanakan kuasa dan mentadbir negara.
e. Pada
pandangan anda, mengapakah perlu diwujudkan undang-undang bagi sebuah negara
yang berdaulat? [1 markah]
-mewujudkan
keamanan
-lambang
keutuhan sebuah negara
-mengelakkan
penindasan
2a. Keluhuran
Perlembagaan merupakan prinsip rukun negara yang ketiga.Huraikan.
[8
markah]
-Perlembagaan
mengatasi kuasa Yang di-pertuan Agong,parlimen,
jemaah menteri dan Badan kehakiman.
-Semua
jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia tidak sah.
-undang-undang
negeri mesti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan
-Perkara
75 menyatakan undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan
Persekutuan terbatal.
-Perlembagaan
memperuntukan kuasa kepada mahkamah
-membatalkan
akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen
-atau
bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia
-mahkamah
berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang
-Parlimen
memperoleh kuasa daripada perlembagaan.
-Yang
di-Pertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan Malaysia.
-menjamin
kebebasan asasi rakyat.
b. Jelaskan tentang perkara-perkara yang tidak boleh dipinda
dalam Perlembagaan.
[5markah]
-Pemerintahan
beraja sebagai ketua negara dan negeri
-
Agama Islam sebagai agama rasmi negara
-Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan
-Hak
istimewa orang Melayu
-seperti
pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa,kemudahan
pendidikan,pemberian lesen perniagaan dan perdagangan.
c.i Pada pandangan anda, apakah rasionalnya Perlembagaan Malaysia
diwujudkan?
[7
markah]
-menjamin kestabilan sesebuah negara
-menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya
- menjamin kecekapan ,kejujuran dan ketelusan
pemerintahan
-menjamin kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah
kerajaan.
-setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah
-supaya
pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat
-menjamin
taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara
-menyatakan
kewarganegaraan seseorang boleh dilucutkan jika terbukti tidak setia kepada negara ini.
-setiap
warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan
-seperti
berpesatuan, beragama dan memiliki harta.
-Yang
dipertuan Agong bertanggungjawab menjaga dan memelihara hak istimewa serta
kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
-Hak
istimewa dan dalam pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa,kemudahan
pendidikan serta pemberian lessen
perniagaan dan perdagangan.
-tidak
mengabaikan kaum lain
-menjamin
kerjasama,kesepakatan,keadilan dankepentingan bersama antara kerajaan
persekutuan dengan kerajaan negeri.
-perlembagaan
negeri tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia
-Menjamin
kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera tidak dipersoal.
-Kerajaan
persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan
untuk membantu memesatkan pembangunan Sabah dan Sarawak.
c.ii Mengapakah Perlembagaan Malaysia dibenarkan untuk dipinda?
[7
markah]
-melindungi kepentingan rakyat
-menjaga keselamatan negara
-melicinkan urusan pentadbiran negara
-supaya relevan dan sesuai dengan keperluan semasa
-menjadikan sebagai undang-undang yang munasabah
-dan kandungannya dipatuhi rakyatdengan rela hati
-melarang
perkara sensitif dari dipersoalkan secara terbuka
-antaranya
pemerintahan beraja,agama Islam,kedudukan Bahasa Melayu dan hak istimewa orang
Melayu.
-mengehadkan
seorang individu bercakap perkara sensitif
- Akta
Hasutan 1970 diluluskan
-memelihara
keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum
-pemansuhan
kekebalan bagi Yang diPertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada
kesalahan jenayah
3.a Bagaimanakah yang di-Pertuan Agong dilantik?
[4
markah]
-dipilih daripada 9 buah negeri Melayu secara bergilir-gilir
-selama 5 tahun
-dibuat
mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
-pemilihan
dibuat oleh Majlis raja-raja Melayu
b. Jelaskan
tugas dan peranan Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia.
[12 markah]
-mengetuai
3 badan kerajaan
-iaitu
badan Perundangan, badan perlaksanaan dan Badan Kehakiman
-berkuasa
memanggil persidangan parlimen
-dan
membubarkan parlimen
-merupakan
KetuaTertinggi Angkatan Bersenjata
-berkuasa
mengampun atau menangguh sesuatu hukuman
-terhadap
kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera
-bertanggungjawab
menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.
-menitah
Majlis Raja-raja Melayu mengadakan mesyuarat
-bagi
membincangkan keistimewaan,kedudukan dan kehormatan serta kemuliaan raja-raja
Melayu.
-ketua
agama Islam bagi negeri baginda sendiri dan negeri tidak beraja
-mempunyai
kuasa budi bicara untuk melantik perdana Menteri
-mempunyai
kuasa melantik dan melucut jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri
-setelah
mendapat nasihat Perdana Menteri
-boleh
mengisytiharkan undang-undang darurat dibawah undang-undang X jika keselamatan
negara terancam
-berkuasa
melantik Pengerusi dan tiga orang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
-bertanggungjawab
melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan
-mempunyai
kuasa mentauliah duta-duta.
c. Bagaimanakah caranya anda ingin
membuktikan bahawa anda adalah seorang warganegara yang setia pada negara?
[4 markah]
-menyokong konsep 1 Malaysia
-menghormati lagu Jalur Gemilang
-mendokong 5 prinsip Rukun Negara
-tidak melakukan jenayah
4.a Apakah fungsi Badan Perundangan? [2 markah]
-menggubal undang-undang
-bagi
menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat
b. Nyatakan 3 komponen yang terdapat dalam Parlimen. [3 markah]
-Yang di-Pertuan Agong
-Dewan Negara
-Dewan Rakyat
c.i. Senaraikan tiga ciri Dewan Negara
-dewan tertinggi dalamsistem pemerintahan negara
-mengandungi
69 orang ahli
-iaitu
26 ahli dipilih daripada 13 buah negeri,2 orang bagi setiap negeri
-ahli
yang dipilih bukan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri
-2
orang ahli dilantik oleh YdPA mewakili wilayah persekutuan.
-40
orang ahli dilantik oleh YdPA
-yang
dipilih daripada individu yang berjasa dan cemerlang dalam bidang professional
-ahlinya
digelar senator
-yang
mewakili setiap negeri
-dilantik
tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya
-memegang
jawatan bagi tempoh tiga tahun
-berumur
sekurang-kurangnya 30 tahun
-tarafnya
sama dengan Ahli Parlimen
-Boleh
dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri
c.ii Senaraikan tiga ciri Dewan Rakyat [3 markah]
-ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya
-mengandungi
219 orang ahli
-mewakili
semua kawasan pilihan raya seluruh negara
-tempoh
jawatan adalah 5 tahun
-tugas
utama menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat
-undang-undang
yang dibuat dinamai Akta
d. Apakah tugas Jemaah Menteri? [2markah]
-membuat dasar tertinggi negara
-menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara
-diketuai oleh Perdana Menteri
5a.
Jelaskan tugas dan peranan kementerian sebagai Badan
Pelaksana.
[8
markah]
-Perdana
Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sebuah atau beberapa
kementerian.
-setiap
kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan
-merancang
program pembangunan ekonomi dan sosial
-menyelaras
program pembangunan ekonomi di negara kita
-setiap
kementerian diketuai oleh seorang menteri
-dibantu
oleh timbalan menteri,setiausaha parlimen dan setiausaha politik
-menteri
yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri
Tak Berportfolio.
-kementerian
ini diberikan tugas-tugas khas oleh Perdana Menteri
b. Huraikan tentang perlaksanaan sistem perkhidmatan awam di
Malaysia. [8 markah]
-diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara
-bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan
jabatan kerajaan
-peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh
Ketua Setiausaha Kementerian
-beliau
dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai
perkhidmatan awam
-semua
kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan
oleh kerajaan.
-jabatan
kerajaan diketuai oleh ketua jabatan
-yang
dikenali dengan gelaran ketua pengarah
-setiap
kementerian mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.
-terdapat
juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan-badan berkanun
-merupakan
badan separuh kerajaan
-yang
mempunyai kuasa autonomi tertentu
-mempunyai
peruntukan kewangan sendiri
-ditadbir
oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri yang
berkenaan.
-bertujuan
untuk mempercepatkan pentadbiran dan program pembangunan
-di
bawah rancangan lima tahun kerajaan
-cth:MADA
dan MIDA
-Suruhanjaya
ditubuhkan untuk mengendalikan kenaikan pangkat kakitangan perkhidmatan awam.
-bertanggungjawab
memantau disiplin kakitangan perkhidmatan awam.
-cth:Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam,Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,Suruhanjaya perkhidmatan
Undang-undang dan kehakiman,Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan
tentera.
c.
Pada
pandangan anda, apakah peranan kerajaan yang sedang memerintah?
[4
markah]
-sentiasa
peka terhadap masalah rakyat
-berusaha
memajukan ekonomi negara
-sentiasa
berusaha menyembangkan bidang pendidikan
-menggubal
undang-undang yang boleh menurunkan kadar jenayah
-mengadakan
hubungan diplomatik dengan negara luar
-pandai
menguruskan kewangan negara
[lain-lain
yang munasabah]
5a. Jelaskan
tentang bidang kuasa Badan Kehakiman di Malaysia.
[8 markah]
-mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil
dan jenayah.
-perkara sivil berkaitan dengan saman
-biasanya
memerlukan affidavit
-perkara
jenayah pula melibatkan kanun keseksaan
-boleh
menentukan kesahihah undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan
pelaksana.
-berkuasa
mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri
-melaksanakan
tugas kehakiman
-mengisyitiharkan
undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau kerajaan Negeri
-mempunyai
kuasa mengisyitiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah disisi
undang-undang.
-tidak
boleh meminda undang-undang
-kerana
perkara itu adalah kuasa badan perundangan atau Parlimen .
b. Huraikan
ciri-ciri institusi kehakiman di negara kita seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia. [7 markah]
-semua
hakim dilantik oleh yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri
-urusan
pelantikan, kenaikan pangkat dan perlucutan jawatan terletak di bawah
kuasa Yang di-Pertuan Agong.
-Seseorang
hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebab munasabah.
-hakim
tidak boleh mengambil bahagian dalam politik
-hakim
dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjaminkeadilan dan kesaksamaan
undang-undang.
-Peguam
negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan
-menjadi
Pendakwa Raya atau peguam Bela bagi kerajaan
-dibantu
oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman
c. Apakah ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang Peguam Negara? [5 markah]
-Pandai berhujah
-bijak berfikir
-mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang guaman
-amanah
-taat pada agama(warak)
[mana-mana yang munasabah]
6a.
Berikan definisi pilihan raya.
[2 markah]
-proses memilih wakil rakyat untuk memerintah
-sama ada diperingkat negeri atau persekutuan.
b. Apakah tujuan diadakan pilihan raya? [2 markah]
-membentuk kerajaan
-di peringkat negeri dan persekutuan
-memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
c. Nyatakan tiga pihak yang terlibat dalam pilihan raya di
Malaysia . [3 markah]
-Suruhanjaya Pilihan Raya
-pengundi
-calon
d.i. Senaraikan tiga tugas Suruhanjaya Pilihan Raya [3 markah]
-menjamin pilihan raya yang adil dan bebas
-tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang
-menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya
-menjalankan pendaftaran pemilihan
-mengendalikan pilihan raya
-sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil
d.ii. Apakah syarat-syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya? [3 markah]
-warga negara Malaysia
-berumur 21 tahun
-bermastautin di Malaysia
-sempurna akal
-tidak muflis
-tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
-tidak disabit dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah
-boleh bertanding atas nama parti atau sebagai calon
bebas
-mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan
calon
d.iii. Apakah
syarat-syarat yang melayakkan seseorang untuk menjadi pengundi ?
[3 markah]
-nama didaftarkan dalam Senarai Daftar pemilih
-warga negara berumur 21 tahun
-bermastautin atau tidak bermastautin
-tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat
atau Dewan Undangan Negeri.
-seorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah
kawasan pilihan raya sahaja
-anggota
pasukan keselamatan,pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara
-mengundi
melalui pos
-dengan
syarat nama mereka berdaftar sebagai pengundi.
7a. Huraikan
tentang sistem pilihan raya yang diamalkan di negara kita. [6 markah]
-dijalankan
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
-proses
memilih wakil rakyat peringkat negeri dan persekutuan
-dilakukan
secara sulit
-dengan
menggunakan prosedur yang telus dan teratur
-pengiraan
undi dibuat secara terbuka
-keputusannya
direkodkan
-calon
yang mendapat undian terbanyak dikira menang
-melalui
sistem majoriti mudah
-SPR
adalah badan bebas
-tanpa
tekanan daripada parti pemerintah atau pembangkang
-menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya
-menjalankan pendaftaran pemilihan
-mengendalikan pilihan raya
-sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil
-keanggotaan SPR dilantik oleh YdPA
-pilihan raya umum diadakan 5 tahun sekali
-untuk memilih
ahli Dewan rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri serentak
-di seluruh negara
-Sabah dan Sarawak diadakan berasingan
-pilihan
raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi dimana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri
-disebabkan
kematian,perletakan jawatan atau perlucutan jawatan
-selepas
kekosongan tersebut, pilihan raya kecil perlu diadakan
-dalam
tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia
-dan
90 hari bagi Sabah dan Sarawak
-calon
dibenarkan berkempen
-tempohnya
antara 7 hingga 15 hari.
b. Galurkan secara kronologi proses pilihan raya yang
dijalankan di Malaysia.
[10
markah]
-Pembubaran parlimen dilakukan oleh YdPA
-penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh SPR
-penamaan calon
-penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding
-pelancaran kempen pilihan raya
-pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat
pengiraan undi
-pemberian kertas undi
-yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih
-kepada pengundi di tempat pengundian
-pembuangan
undi
-pengundi
akan memangkah calon pilihan dan dimasukkan dalam pati undi
-pengiraan
undi
-pengumuman
keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya
c.i Apakah
kepentingan pilihan raya kepada sesebuah negara? [4 markah]
-memilih
wakil rakyat di peringkat negeri atau persekutuan
-membuktikan
negara tersebut adalah negara demokrasi
-memilih
pemimpin dengan cara yang adil dan saksama
-mewujudkan
rasa tanggungjawab warga negara terhadap politik sesebuah negara
-supaya
warga negara mengambil tahu tentang perkembangan politik semasa
[mana-mana
yang munasabah]
c.ii. Huraikan
secara ringkas sejarah penubuhan mana-mana dua parti politik di bawah.
[4
markah]
i. UMNO
-ditubuhkan
untuk menumbangkan Malayan Union
-bekerjasama
dengan parti MCA dan MIC menubuhkan Parti Perikatan
-bertujuan
melindungi dan menjaga kepentingan orang Melayu
-mencapai
kemerdekaan
ii IMP
-diasaskan
oleh Dato Onn Jaafar
-merupakan
parti berbilang bangsa
-tidak
mendapat sambutan
-menuntut
supaya pilihan raya diadakan pada 1955
-mahukan
Tanah Melayu merdeka pada tahun1961
iii SUPP
-ditubuhkan
oleh Ong Kee Hui dan Stephan Yong
-melahirkan
perasaan taat setia
-menyatukan
kaum-kaum di Sarawak
-mendapatkan
kemerdekaan bagi Sarawak
iv USNO
-ditubuhkan
oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun
-menyokong
gagasan Malaysia
-menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
-memperjuangkan agama Islam sebagai agama rasmi.
-menukarkan
nama Borneo Utara kepada Sabah.
7.2 NEGARA
PERSEKUTUAN
1a.i Apakah
yang dimaksudkan dengan negara Persekutuan? [2 markah]
-penyatuan
beberapa buah negeri
-yang
mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan
-serta
beberapa buah Kerajaan Negeri
a.ii Apakah
yang dimaksudkan dengan Senarai Persekutuan? [2 markah]
-memuatkan
bidang kuasa Persekutuan
-iaitu
hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya
a.iii Apakah
yang dimaksudkan dengan Senarai Negeri ? [2 markah]
-mengandungi
bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri
-iaitu
Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya
a.iv Apakah yang dimaksudkan dengan Senarai Bersama? [2 markah]
-menurunkan
bidang kuasa Kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri
-iaitu
kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.
b.i Nyatakan
dua Senarai Persekutuan [2 markah]
-hal
ehwal luar negeri
-keselamatan
dalam negeri
-kerakyatan
negara
-kewangan
-perkapalan,
pelayaran dan pengangkutan
-pertahanan
-pentadbiran
dan keadilan
-pilihan
raya
-perniagaan
,perdagangan dan perusahaan
-jabatan
ukur dan penyelidikan
-kerja
raya dan tenaga pusat
-pelajaran
-kesihatan
-keselamatan
buruh dan sosial
-orang
asli
b.ii. Nyatakan
dua Senarai negeri.
[2 markah]
-Undang-undang
Islam
-Pertanian
dan perhutanan
-perkhidmatan
tempatan
-hari
cuti negeri
-tanah
-kerajaan
tempatan
-Kerajaan
Negeri
-undang-undang
negeri
b.iii. Nyatakan
dua Senarai Bersama
[2 markah]
-kebajikan
sosial
-taman
negara
-penjagaan
haiwan
-parit
dan tali air
-hiburan
awam
-biasiswa
-perancangan
Bandar dan wilayah
-kesihatan
dan kebersihan awam
-pemulihan
-perhubungan
c.i. Siapakah
yang memegang kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan? [1 markah]
-YdPA
c.ii. Siapakah
yang memegang kuasa eksekutif bagi Kerajaan Negeri ? [1 markah]
-Sultan
atau Yang Dipertua Negeri
d. Namakan
dua jawatan di dalam Dewan Undangan negeri selain daripada Ahli Dewan Undangan
Negeri bagi setiap negeri di Malaysia.
-Setiausaha
Kerajaan Negeri
-Pegawai
kewangan negeri
-Penasihat
Undang-undang Negeri
e.
Mengapakah perlu wujud kerjasama antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan
Negeri?
[3markah]
-memastikan
wujud keamanan di seluruh pelosok negara
-memastikan
kebajikan rakyat terbela
-memajukan
negara dalam semua aspek baik ekonomi,politik mahu pun sosial
[mana-mana
yang munasabah]
7.3
LAMBANG-LAMBANG NEGARA
1a. Nyatakan lambang-lambang negara Malaysia. [3
markah]
-Jata negara
-Bendera kebangsaan
-lagu kebangsaan
b.
Apakah
yang dimaksudkan dengan cogan kata”Bersekutu Bertambah Mutu” yang
terdapat pada
Jata Negara?
[2
markah]
-semangat
permuafakatan
-akan
mengeratkan lagi perpaduan
-antara
negeri di Malaysia
c. Apakah
yang dilambangkan oleh lima bilah keris pada Jata Negara ?
[1
markah]
-Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu
d. Apakah
maksud tersirat pada lambang bulan sabit dalam bendera Malaysia?
[1
markah]
-agama
Islam sebagai agama rasmi
e.i Berikan
kepentingan bendera kepada sebuah negara
yang merdeka. [3 markah]
-membezakan
sesebuah negara dengan negara yang lain
-membangkitkan
semangat perjuangan
-menimbulkan
rasa bangga terhadap negara
-dikibarkan
sebagai tanda ketaatan rakyat terhadap raja dan negara
-simbol
perpaduan,kebanggaan dan kedaulatan negara
[mana-mana
yang munasabah]
e.ii Nyatakan
maksud lagu kebangsaan negara kita
“Negaraku”? [3 markah]
-menggambarkan
kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi
-menuntut
kita supaya bersyukur
-meminta
kita taat kepada raja
-sanggup
berkorban demi mempertahankan negara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan