Sabtu, 4 April 2015


Bilakah munculnya petempatan dan kerajaan awal.
 1. Sumber bertulis dan artifak arkeologi digunakan untuk menentukan jangka masa kemunculan sesuatu kerajaan.
2. Kerajaan terawal adalah Funan (dikatakan abad ke-2 M), buktinya jumpaan langgam seni arca di sini dipengaruhi langgam seni arca Amravati India.
 3. Hubungan awal dengan China berbentuk diplomatik.
4. Hubungan awal dengan India berbentuk kebudayaan.
5. Hubungan perdagangan antarabangsa berlaku sejak zaman logam buktinya jumpaan
gendang gangsa di Dongson (Vietnam), Batu Buruk (Terangganu), Sg.Klang (Selangor).
6. Hubungan perdagangan dengan Rom juga berlaku buktinya jumpaan manik di Kota
Tinggi dan Muar (Johor).
7. Bijih Timah telah diproses menjadi gendang gangsa di Dongson dan menjadi
pelabuhan pembekal.
8. Kebanyakan petempatan awal ini belum boleh ditakrif sebagai kerajaan kerana masih
belum menpunyai raja.
9. Walau bagaimanapun perdagangan maritim berkembang seiring dengan kemahiran
membuat kapal layar dan perahu.
10. Jumpaan manik dan tembikar membuktikan perdagangan maritime berlaku sejak abad
ke –5 SM tetapi kerajaan awal Asia Tenggara hanya muncul pada abad ke –2 M.
(2) Ekonomi kerajaan awal Asia Tenggara
a) Bentuk – bentuk kerajaan awal Asia Tenggara.
1. Kerajaan Agraria – berasaskan pertanian, penternakan, memungut hasil hutan dan laut.
2. Kerajaan agraria ini muncul di tanah subur seperti kerajaan Dvaravati di Sg Irrawady
(Myanmar), Kerajaan di lereng bukit dan tanah gunung berapi – kerajaan Taruma
(Indonesia).
3. Kerajaan maritim – berasaskan perdagangan, kelautan dan perlabuhan. Ia terletak di
pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan seperti Srivijaya di Sg Musi (Sumatera),
Kedah Tua di Sg Mudadan Merbok (Kedah), Tiumah di Pulau Tioman (Pahang).
4. Terdapat juga kerajaan agraria yang berkembang menjadi kerajaan maritim contohnya
Funan.
b) Kegiatan ekonomi kerajaan agraria.
1. Padi sawah di lembah sungai kerana bekalan air cukup.
2. Padi huma di tanah tinggi dan bukit dibuat teres dan relung kerana kurang air.
3. Tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek.
4. Hasil hutan seperti kayu gaharu, damar, buah- buahan.
3
5. Hasil rempah seperti cengkih, lada hitam.
6. Sarang burung diambil dari gua untuk perdagangan.
7. Menangkap ikan di sawah, sungai, paya.
8. Kura – kura mendapatkan kulitnya.
9. Menternak seperti lembu, kerbau, kambing, ayam.
10. Bermula dengan sara diri, kemudian terdapat lebihan hasil dijual kepada penduduk
Bandar atau kerajaan maritim.
11. Sistem pengairan amat penting dalam pertanian contoh Tasik Tonle Sap dan Sg
Mekong di Angkor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan