Ekonomi kerajaan awal Asia Tenggara
a) Bentuk – bentuk kerajaan awal Asia Tenggara.
1. Kerajaan Agraria – berasaskan pertanian, penternakan, memungut hasil hutan dan laut.
2. Kerajaan agraria ini muncul di tanah subur seperti kerajaan Dvaravati di Sg Irrawady
(Myanmar), Kerajaan di lereng bukit dan tanah gunung berapi – kerajaan Taruma
(Indonesia).
3. Kerajaan maritim – berasaskan perdagangan, kelautan dan perlabuhan. Ia terletak di
pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan seperti Srivijaya di Sg Musi (Sumatera),
Kedah Tua di Sg Mudadan Merbok (Kedah), Tiumah di Pulau Tioman (Pahang).
4. Terdapat juga kerajaan agraria yang berkembang menjadi kerajaan maritim contohnya
Funan.
b) Kegiatan ekonomi kerajaan agraria.
1. Padi sawah di lembah sungai kerana bekalan air cukup.
2. Padi huma di tanah tinggi dan bukit dibuat teres dan relung kerana kurang air.
3. Tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek.
4. Hasil hutan seperti kayu gaharu, damar, buah- buahan.
3
5. Hasil rempah seperti cengkih, lada hitam.
6. Sarang burung diambil dari gua untuk perdagangan.
7. Menangkap ikan di sawah, sungai, paya.
8. Kura – kura mendapatkan kulitnya.
9. Menternak seperti lembu, kerbau, kambing, ayam.
10. Bermula dengan sara diri, kemudian terdapat lebihan hasil dijual kepada penduduk
Bandar atau kerajaan maritim.
11. Sistem pengairan amat penting dalam pertanian contoh Tasik Tonle Sap dan Sg
Mekong di Angkor.
c) Kegiatan pertanian kerajaan agraria Angkor.
1. Raja Angkor (Indravarman 1) membina dan mengurus pengairan dan baray, kesannya
hasil padi menampung keperluan makanan penduduk Angkor.
2. Bekalan air diterima dari Sg Mekong yang mengalir ke Tasik Tonle Sap dan
menyuburkan tanah.
3. Tasik ini turut mengairi sawah padi.
4. Tasik Tonle Sap juga membekalkan ikan air tawar.
5. Tasik ini amat penting untuk bekalan air minuman.
d) Kegiatan ekonomi kerajaan maritim.
1. Kerajaan ini terletak di pesisir pantai dan kepulauan.
2. Peringkat awal – menangkap ikan, memungut hasil laut.
3. Kemudian menjadi perkampungan nelayan.
4. Ada yang berkembang menjadi pengeluar emas, bijih timah.
5. Hasil lebihan telah didagangkan – maka petempatan ini menjadi tempat dagang dan
pelabuhan pembekal seperti Klang ( Selangor ), Kuala Selinsing ( Perak ).
6. Pelabuhan ini disinggahi pedagang untuk mendapatkan barangan – emas, timah, rotan,
damar, hasil laut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan