Rabu, 24 Oktober 2012


Tajuk Ramalan SPM 2012

Untuk SPM 2012 tajuk yang paling popular ialah daripada Tema akhir di tingkatan 5, tema ini memang wajib keluar dalam SPM pada tiap-tiap tahun. Tajuk yang belum keluar lagi dalam SPM tinggal  beberapa tajuk lagi : Pelajar boleh mengulangkaji tajuk-tajuk seperti

1. Perang Dunia Pertama

2. Blok Dunia
3. Perang Dingin
4. Dasar Luar malaysia

Pelajar boleh melihat contoh-contoh soalan :


Jelaskan faktor-faktor yang membawa berlakunya Perang Dunia Pertama
(1914-1918)****                                                                                                                        
F1        -  Berlaku disebabkan kemunculan nasionalisme di Eropah.
H1a      -  Negara-negara kecil di Eropah bersatu membentuk sebuah negara bangsa lebih besar.
H1b      -  Kuasa-kuasa besar ini berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan.
H1c      -  Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa besar ini sanggup berperang untuk                     
                membuktikan kekuasaan masing-masing.
F2        -  Wujud pakatan negara-negara Eropah.
H2a      -  iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
C2a      -  Pakatan Kuasa Tengah terdiri Jerman, Austria-Hungry dan Italy
C2b      -  Pakatan Bertiga terdiri Britain , Peranchis dan Rusia.
H2b      -  Persaingan antara kedua-dua pakatan i mengancam perimbangan kuasa dunia yang wujud
   pada masa itu.
F3        -  Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.
H3a      -  bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan untuk mendapatkan bahan mentah
H3b      -  dan untuk memasarkan barang keluaran mereka
F4        -  Faktor politik
H4a      -  Archduke Franz Ferdinand  pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya dibunuh oleh
   pengganas Serbia.
H4b      -  Austria yang mendapat sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia.
H4c      -  Serbia pula disokong oleh sekutunya Rusia dan Peranchis
F5        -  Serangan Jerman terhadap Perancis
H5a      -  Jerman yang menyerang Perancis melalui negara berkecuali Belgium menimbulkan                  
                kemarahan Britain.
H5b      -  Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman.
H5c      -  Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan Amerika turut                       
                terlibat dalam perang itu.

Jelaskan kesan Perang Dunia Pertama dari segi ekonomi.            *****

F1        -  Negara-negara yang berperang mengalami inflasi        
F2        -  Menanggung hutang peperangan yang tinggi kerana perbelanjaan perang yang besar
F3        -  Diakhir perang Pakatan Bertiga membelanjakan US$125 bilion
F4        -  Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan US$60 bilion
F5        -  membawa kepada masalah pengangguran
F6        -  Pasaran dunia diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun
F7        -  ia memberi kesan kepada negara Eropah terutama Britain
F8        -  Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan luarnya.  

Mengapakah Liga Bangsa gagal mencapai matlamat penubuhannya?****

F1        Gagal menggalakkan keamanan / kesejahteraan dunia
F2        Tidak berjaya mencapai  kerjasama antarabangsa
F3        Gagal menjamin keselamatan dunia
F4        Kuasa-kuasa besar tidak akur dengan prinsip Liga Bangsa
F5        Pencerobohan Perancis di Ruhr ( Jerman )1923
F6        Pencerobohan Jepun di Manchuria 1931
F7        Pencerobohan Itali di Habsyah (Ethiopia)
F8        Pencerobohan Itali di Perancis  1940
F9        Jepun menarik diri daripada Liga Bangsa 1931
F10       Liga Bangsa sebuah organisasi yang lemah
F11       Tidak disertai Amerika Syarikat dan Soviet Union
F12       Liga Bangsa dibubarkan pada tahun 1945

Jelaskan bagaimana kemelesetan ekonomi dunia tahun 1929 antara faktor berlakunya
Perang Dunia Kedua.

F1        Kemelesetan ekonomi berlaku di Amerika Syarikat
F2        Kemudian merebak ke seluruh dunia
F3        Amerika tidak mampu menyediakan pinjaman untuk Jerman
F4        Jerman tidak mampu membayar hutang perang
F5        Kemelesetan ekonomi menyebabkan negara-negara Eropah mengurangkan peruntukan ketenteraan
F6        Di antaranya ialah negara Britain, Peranchis dan Itali
F7        Jerman cuba mengalih perhatian rakyat daripada masalah ekonomi
F8        Jerman bertindak mengukuhkan ketenteraannya
F9        Jerman menjalankan dasar perluasan kuasa
F10       Jepun juga cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah            ekonomi
F11       Jepun mengukuhkan kuasa ketenteraan
F12       Jepun merangsang aktiviti dasar perluasan kuasa
F13       Jepun menakluki Manchuria 1931
F14       Jerman menduduki Peranchis
F15       Jepun menduduki Indo-China

. Apakah yang dimaksudkan dengan blok dunia ?

F1     Negara yang sehaluan bersatu
F2     Negara yang bertindak bersama-sama untuk kepentingan ahli
F3     Negara ini tampil dalam pelbagai bentuk sama ada berdasarkan aspek politik/ ekonomi/ geografi

Mengapakah terbentuknya blok dunia ?

F1    Perbezaan  ideologi dan fahaman politik
F2    Persaingan antara blok kapitalis (Amerika) dengan blok komunis (Soviet Union)
F3    Kedua-dua blok berusaha membuktikan kekuatan
F4    Ingin menjaga kepentingan masing-masing

Jelaskan ciri-ciri Blok Dunia berikut selepas tamat Perang Dunia Kedua.***
Blok Kapitalis
 
 



F1        Blok kapitalis merupakan negara demokratik
F2        Kerajaannya dipilih melalui pilihan raya
F3        Blok kapitalis memberi peluang perniagaan persendirian
F4        Blok kapitalis juga memberi peluang pemilikan persendirian
F5        Blok kapitalis menganjurkan kebebasan individu sepenuhnya



Blok Komunis
 
 



F1        Blok komunis diperintah oleh diktator
F2        Hanya Parti Komunis sahaja yang diiktiraf
F3        Bagi blok komunis perniagaan dimiliki oleh kerajaan
F4        Kerajaan komunis sahaja menguruskan perniagaan
F5        Blok komunis melindungi / mengawal kebebasan individu

Jelaskan perkembangan perkembangan politik berikut selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.

(i)                     Blok Dunia****

F1        Kebuntuan dalam rundingan penyelesaian Perang Dunia Kedua
H1a      Menimbulkan bibit perpecahan
H1b      Blok dunia merupakan Negara-negara yang sehaluan
H2a      Bertindak secara bersama
H2b      Menjaga kepentingan ahli
H2c      Tampil dalam pelbagai bentuk
H2d      Sama berdasarkan aspek politik/ekonomi /geografi
H2e      Terbentuk semasa Perang Dingin berasaskan geopolitik

(ii)                    Perang Dingin****

F1        Berlaku disebabkan perbezaan ideologi/fahaman politik
H1a      Persaingan kuasa antara berlaku blok kapitalis dengan blok komunis
H1b      Blok kapitalis diketuai oleh Amerika Syarikat
H1c      Blok Komunis diketuai oleh Soviet Union
F2        Tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung
H2a      Bersaing membuktikan kekuatan
H2b      Bersaing untuk menyebarkan pengaruh
H2c      Memajukan kepentingan masing-masing di Eropah/ Asia
H2d      Melalui propaganda/bantuan ekonomi/bantuan ketenteraan
F3        Negara Dunia ketiga mengamalkan sikap berkecuali
H3a      Kedua-dua blok berusaha mempengaruhi pegangan Negara-negara Dunia Ketiga
H3b      Tawaran bantuan pertahanan/ekonomi
H3c      Negara Dunia Ketiga menjadi rebutan dua kuasa besar/ Rebutan Amerika Syarikat/Soviet Union/China
F4        Penubuhan NATO/Pakatan Warsaw/SEATO( South East Asia Treaty Organisation)
H4a      Berlaku perlumbaan senjata
           






Apakah kesan daripada  Perang Dingin?****

F1        Pembentukan blok dunia
F2        Yang terbahagi kepada blok kapitalis dan blok komunis
F3        Penubuhan NATO
F4        Penubuhan pakatan WARSAW
F5        Pembentukan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (South-East Asia Treaty Organization / SEATO
F6        Berlaku perlumbaan senjata
F7        Negara Dunia Ketiga membina identiti sendiri
F8        Negara Dunia Ketiga tidak memihak kepada mana-mana blok

Dasar-Dasar Luar Malaysia

Kepentingan penggubalan dasar luar Malaysia.

F1
Menjamin keselamatan rakyat dan negara
F2
Memelihara kepentingan nasional
F3
Mengekalkan kedaulatan negara
F4
Menggalakkan pembangunan/ kemajuan ekonomi
F5
Menjaga keamanan sejagat
F6
Menjadi warga dunia yang bertanggungjawab
F7
Memupuk kesejahteraan dunia

Bentuk Hubungan Luar
Maksud
Bilateral
Hubungan terus dengan negara tertentu
Multilateral
Hubungan melalui kumpulan atau pertubuhan seperti ASEAN, OIC

Terangkan lima asas penggubalan dasar luar Malaysia sejak mencapai kemerdekaan

F1
·         Faktor Sejarah
H1a
·         Hubungan perdagangan dengan China, Arab, Siam dan Kepulauan Melayu
H1b
·         Hubungan serumpun di Kepulauan Melayu
H1c
·         Contoh Brunei, Singapura, Indonesia dan Malaysia.
H1d
·         Menyertai Komanwel selepas merdeka
H1e
·         Pro-Barat kerana mengamalkan dasar anti komunis
H1f
·         Bergantung kepada Barat untuk mendapatkan bantuan pertahanan
F2
·         Faktor Ekonomi
H2a
·         Mengamalkan pasaran bebas
H2b
·         Hubungan baik dengan Britaian dan Amerika Syarikat kerana pasaran bijih timah dan getah
H2c
·         Mengharapkan pasaran dan modal dari Barat selepas merdeka
H2d
·         Menggalakkan kemasukan pelaburan asing
H2e
·         Meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk
H2f
·         Pelaksanaan Dasar Pandang ke Timur
H2g
·         Berbaik dengan Jepun dan Korea Selatan
H2h
·         Meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia
H2i
·         Mengalakkan kemasukan pelaburan negara Jepun dan Korea
F3
·         Faktor Politik
H3a
·         Mengamalkan amalan demokrasi berparlimen
H3b
·         Berhak menentukan hala tuju masa depan negara berdasarkan prinsip keamanan sejagat
H3c
·         Menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain
H3d
·         Menyokong Palestin untuk mewujudkan keamanan di Asia Barat
H3e
·         Berpegang teguh kepada prinsip piagam PBB
H3f
·         Menyokong resolusi PBB ke arah keamanan dunia

F4

·         Kedudukan Geografi
H4a
·         Berkongsi sempadan dengan Indonesia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand
H4b
·         Perairan menjadi laluan kapal dagang dunia
F5
·         Faktor Demografi
H5a
·         Menjalin hubungan baik dengan negara Islam
H5b
·         Tidak menjalin hubungan degan Israel kerana menceroboh Palestin
H5c
·         Menentang dasar aparteid
H5d
·         Menghargai kebebasan beragama dan budaya hidup rakyat

Perkembangan Dasar Luar Malaysia (spm 2010 )

Tahap Pertama: Tunku Abdul Rahman ( 1957 – 1970 )

·         Dasar pro-Barat yang antikomunis
·         Dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel
·         Ia dilaksanakan disebabkan faktor politik,ekonomi dan sosial.
·         Faktor politik merujuk kepada ancaman komunis.
·         Malaysia mendapatkan bantuan  pertahanan daripada negara-negara Komanwel.
·         Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) 1956.
·         Dasar berbaik dengan negara jiran disebabkan timbul krisis selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia,terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia.
·         Malaysia menandatangani beberapa perjanjian dan menubuhkan ASA 1961 dan
      Maphilindo pada 1962 serta ASEAN pada 1967.
·         Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain.
·         kerana Malaysia anggota blok sterling,mengharapkan permintaan negara Barat
·         terhadap hasil timah dan getah dan pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia.
·         Bagi mengurangkan kebergantungan ini,Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas
·         Mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Jepun.

  Tahap Kedua: Tunku Abdul Razak  (1972 -1976) & Tun Hussein  ( 1976 – 1981 )

·         Mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
·         Perubahan ini  disebabkan kurangnya peranan AMDA dan kurangnya pengaruh British di Timur  
·         Ia juga kerana pergolakan yang berlaku di Vietnam.
·         Mengisytiharkan ZOPFAN
·         Menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China.
·         Menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976.

 Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad ( 1981 – 2003)

·         Dasar tahap ini mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberi penekanan kepentingan ekonomi.
·         Malaysia menjalin hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN,seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
·         Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model pembangunan.
·         Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain menerusi
·         lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri,Dato Seri Dr Mahathir ke negara Afrika,Amerika Selatan Caribbean dan Pasifik Selatan.
·         Melalui siri lawatan ini,Malaysia  menandatangani perjanjian perdagangan dua hala.
·         Malaysia menjalin hubungan dengan negara Dunia Ketiga.
Sumber cikgusejarah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan