Ahad, 4 November 2012

Tajuk Panas Terkini

TAJUK PANAS TERKINI 2012


TAJUK PANAS TERKINI
SEJARAH KERTAS 2 SPM 2012

Selamat menghadapi peperiksaan.


PENINGKATAN TAMADUN (PENDIDIKAN)

(a)       Apakah falsafah pendidikan Athens, di Yunani ?
(b)       Berikan dua perubahan di Rom hasil penekanannya terhadap pendidikan lmu yang praktikal ?
(c)        Nyatakan ciri pendidikan agama dalam tamadun India pada Zaman Vedik.
(d)       Bagaimanakah peperiksaan awam dilaksanakan di China pada zaman peningkatan tamadunnya ?
(e)       Pada pendapat anda, mengapakah pendidikan penting dalam peningkatan tamadun manusia ?


PIAGAM MADINAH

(a)       Terangkan kandungan Piagam Madinah dari segi politik, ekonomi dan sosial.
(b)       Jelaskan kepentingan Piagam Madinah terhadap pembentukan negara Islam.
(c)        Pada pandangan anda, mengapakah ciri Piagam Madinah sesuai dilaksanakan dalam masyarakat berbilang kaum ?


HIJRAH

(a)     Apakah maksud Hijrah ?
(b)     Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam berhijrah ke Madinah ?
(c)     Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan Hijrah terhadap perkembangan Islam ?


PENYEBARAN ISLAM DI MAKKAH

(a)     Apakah yang dimaksudkan dengan bentuk dakwah berikut :
         (i)            Dakwah secara rahsia
         (ii)           Dakwah secara terbuka
(b)     Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan dakwah secara rahsia pada peringkat awal penyebaran Islam di Makkah ?
(c)     Nyatakan dua  cara yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyampaikan dakwah secara terbuka.
 (d)    Nyatakan dua cara yang dilakukan oleh orang Quraisy Makkah untuk menghalang dakwah Nabi Muhammad s.a.w. ?
(e)     Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sebab orang Quraisy Makkah menentang dakwah Nabi Muhammad s.a.w. ?


PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA

(a)     Apakah cara yang dilakukan oleh pedagang untuk membantu menyebarkan Islam di Asia Tenggara ?
(b)     Bagaimanakah pemerintah kerajaan Islam memainkan peranan mengembangkan agama Islam di rantau Asia Tenggara.
(c)     Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan pusat kebudayaan di Asia Tenggara terhadap perkembangan Islam ?


ZAMAN GELAP DI EROPAH

(a)     Nyatakan dua ciri sistem feudal di Eropah pada Zaman Gelap.
(b)     Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah faktor yang menyebabkan suasana politik di Eropah pada Zaman Gelap kucar-kacir ?
(c)     Nyatakan dua keadaan yang menunjukkan Gereja mengongkong masyarakat Eropah pada Zaman Gelap.
(d)     Pada pendapat anda, mengapakah kegiatan perdagangan di Eropah pada Zaman Gelap tidak berkembang pesat ?
(e)     Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada kemerosotan ekonomi pada Zaman Gelap di Eropah ?


GERAKAN ISLAH

(a)     Apakah maksud gerakan Islah ?
(b)     Berikan dua tokoh Kaum Muda.
(c)      Nyatakan matlamat perjuangan Kaum Muda.
(d)     Apakah cabaran yang dihadapi oleh Kaum Muda dalam perjuangannya ?
(e)     Jika anda seorang pemimpin Kaum Muda, apakah langkah yang akan anda ambil untuk mengatasi cabaran di atas ?


AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL : PENGGERAK NASIONALISME

(a)     Berikan dua judul akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1930-an.
(b)     Nyatakan isu ekonomi dan sosial yang dibangkitkan oleh pengarang dalam akhbar Melayu pada tahun 1930-an.
(c)      Apakah persoalan wanita yang dimuatkan dalam majalah Bulan Melayu.
(d)     Penulisan novel Melayu pada tahun 1930-an banyak menyampaikan mesej berkaitan semangat kebangsaan. Jelaskan mesej tersebut.
(e)     Pada pendapat anda, mengapakah penulis pada tahun 1930-an menggunakan media cetak untuk memberi kesedaran kepada masyarakat ?

PAKATAN MURNI

(a)     Terangkan empat usaha yang dilakukan oleh penduduk Tanah Melayu untuk mengadakan pakatan murni.
(b)     Jelaskan kejayaan yang dicapai hasil daripada pakatan murni.
(c)      Apakah yang mungkin terjadi jika masyarakat di negara kita mengabaikan prinsip pakatan murni ?


SURUHANJAYA REID & PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

(a)     Senaraikan anggota Suruhanjaya Reid.
(b)     Berikan dua tugas Suruhanjaya Reid ?
(c)      Apakah isu yang diberi perhatian oleh Suruhanjaya Reid dalam melaksanakan tugasnya ?
(d)     Nyatakan syarat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
(e)     Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu terhadap pembinaan negara dan bangsa ?


PEMBENTUKAN MALAYSIA

(a)     Apakah idea yang dikemukakan oleh Dato’ Onn Jaafar tentang pembentukan Malaysia ?
(b)     Terangkan  faktor yang mendorong pembentukan Malaysia.
(c)      Jelaskan reaksi penduduk Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia.
(d)     Nyatakan usaha yang dilaksanakan untuk mendapatkan sokongan penduduk Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia.
(e)     Apakah faedah yang diperolehi Sarawak dan Sabah dengan menyertai Persekutuan Malaysia ?

PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

(a)     Apakah keadaan yang menyebabkan pilihan raya kecil diadakan ?
(b)     Berikan dua tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ?
(c)      Nyatakan kelayakan untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya.
(d)     Apakah syarat yang perlu dipenuhi jika anda berminat untuk bertanding dalam pilihan raya ?
(e)     Pada pendapat anda, mengapakah pilihan raya penting dalam negara demokrasi ?


PERPADUAN KEBANGSAAN

 (a)    Terangkan langkah yang dilaksanakan oleh pemerintah negara kita untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
(b)     Berdasarkan pengetahuan anda, apakah matlamat kerajaan melancarkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ?
(c)     Pada pandangan anda, apakah langkah yang boleh dilaksanakan supaya sukan boleh memupuk perpaduan di negara kita ?

DASAR LUAR MALAYSIA

(a)     Apakah faktor yang menjadi asas penggubalan dasar luar Malaysia ?
(b)     Mengapakah dasar luar Malaysia pada tahap pertama lebih bersifat pro-Barat ?
(c)      Nyatakan langkah yang dilakukan oleh pemimpin negara kita untuk merealisasikan  dasar berkecuali.
(d)     Pada pandangan anda, mengapakah dasar luar Malaysia pada tahap ketiga lebih menekankan kepentingan ekonomi ?
(e)     Pada pandangan anda, apakah faedah yang dinikmati oleh negara kita melalui hubungan luar ?

PERANG DUNIA PERTAMA

(a)     Apakah sebab tercetusnya Perang Dunia Pertama ?
(b)     Sebutkan negara yang menjadi anggota pakatan berikut :
(i)                    Pakatan Bertiga
(ii)                 Perikatan Kuasa Tengah
(c)      Jelaskan peristiwa Perang Dunia Pertama.
(d)     Nyatakan kesan Perang Dunia Pertama ?
(e)     Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah kesan Perang Dunia Pertama boleh mengakibatkan tercetusnya Perang Dunia Kedua ?
Sumber Abg zek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan